Ads: (Please Click!)

Friday, April 17, 2009

Tuluskah cinta?


beberapa hari yang lalu, aku berborak menerusi Yahoo! Messenger dengan beberapa orang rakan (secara conference) tentang cinta.. banyak kami bincangkan.. bukannya serious sangat.. sekadar suka-suka saja.. banyak topik tentang cinta yang kami bualkan secara maya.. antaranya, tentang ketulusan cinta, lelaki memiliki ramai teman wanita, dan perempuan cerewet.. dan kami masing-masing berkongsi cerita cinta kami..

topik pertama; ketulusan cinta..

topik ni asalnya aku yang mula.. aku tanya kepada mereka, "tuluskah cinta kamu semua?" dan mereka menjawab, "mesti!" dan aku bertanya kembali, "sejauh mana tulus cinta kamu?" mereka menjawab, "ibarat; biar lautan api sanggup ku renang, biar setinggi gunung dugaan menanti sanggup ku daki!"

manis kata-kata itu, bukan? aku bertanya kembali, "begitukah ketulusan cinta?" mereka menjawab, "tidak semestinya.." dan aku bertanya lagi, "jika begitu, macam mana?" lalu mereka membalas, "cinta mestilah bermula dari hati yang murni dan ikhlas.. sanggup membuat apa saja demi cinta dan orang yang disayangi.. bukan hanya untuk nafsu semata-mata.. tapi biarlah lahir dari benak hati yang suci dan redha.."

wow! sungguh cantik kata-kata itu.. tapi cukupkah itu bukti ketulusan cinta?

Klik sini untuk meneruskan pembacaan..

topik kedua; lelaki ramai teman wanita..

topik ini membuatkan aku panas telinga sebentar.. sehinggakan aku memarahi kawan perempuan aku.. bila difikir kembali, mungkin ada benarnya fakta sedemikian.. walaupun begitu, tidak semua lelaki adalah sebegitu.. betul, bukan?

sekejap kami bertegang di dalam conference, akhirnya aku mengalah.. imbauan kenangan lalu membuatkan aku berhenti berdebat.. aku ditanya, "jujur pada diri! pernah kau memiliki banyak teman wanita?" aku terdiam sebentar, lantas aku menjawab, "sejujurnya.. ya!"

lalu aku menceritakan kenangan lama kepada mereka.. aku mengatakan, pada pertengahan tahun 2003, aku sendiri memiliki 4 orang teman wanita serentak! mereka terkejut.. ya.. 4 orang serentak.. mereka bagai tidak percaya, lalu bertanya, "macam mana kau couple 4 orang serentak? mustahil!" lalu aku menjawab, "seorang; budak satu kampung, seorang; budak Pulau Pinang, seorang; budak Marang, Terengganu, dan seorang lagi; budak Johor Bahru!"

"patut la pun! berjauhan!"

ya.. kami berjauhan.. mungkin kerana dosa lama itu juga, kini aku tidak punyai sesiapa.. aku mengaku aku dahulu bebas dan jahil.. mereka bertanya, "bagaimana boleh berubah sekarang?" lantas aku menjawab, "dahulu aku mengambil jalan bandaraya, kiri kanan aku redah.. sampai masa, aku rasakan aku begitu hina dipandangan masyarakat.. lalu aku membuat pusingan 'U' dan memasuki jalan sehala, menuju jalan kebenaran yang di redhai oleh-Nya.."

itukah cinta? ya.. bagi aku, itulah cinta.. lelaki ramai teman wanita; itu aku sendiri tidak nafikan.. tapi bukan kebanyakan.. hanya segelintir, lebih-lebih lagi lelaki yang berhati busuk dan jongos!

topik ketiga; perempuan cerewet..

biasalah.. jika perempuan tidak berpuas hati ke atas lelaki, lelaki juga sebaliknya.. bila timbul topik ini aku banyak berdiam diri.. hanya beberapa ketika aku menyampuk..

mungkin benar.. perempuan itu cerewet.. tapi perlu dilihat pula, cerewet di mana dan apa.. seperti juga lelaki, tidak semua perempuan itu cerewet!

"ala.. perempuan kalau berjalan, lebih-lebih lagi bila shopping! cerewet nak itu ini.. sebelum beli nak pilih itu ini.. belum lagi makan.. mak ai..! cerewet! habuk sikit dalam pinggan sanggup mereka marah-marah kat mamak tu!"

hm.. mungkin juga!

topik terakhir; cerita cinta..

si A bercinta sejak zaman persekolahan sehinggalah sekarang.. mungkin beberapa tahun terdekat lagi mereka akan berkahwin.. alhamdulillah.. si A selalu bergaduh dengan teman wanitanya.. kenapa? kerana si A selalu saja mementingkan kawan-kawannya berbanding teman wanitanya.. kenapa? bagi si A, kawan-kawan adalah lebih penting.. habis, teman wanita bagaimana? si A menjawab, "itu tanggungjawab aku yang belum pasti! bila dia bergelar isteriku, dialah nyawa utamaku!"

si B menceritakan, dalam hidupnya hanya 2 kali dia bercinta.. sekali semasa dia tamat zaman persekolahan.. dan kedua bersama tunangnya, semasa tempoh belajar di menara gading.. dan sekarang dia sudah hampir satu tahun bertunang.. selama tempoh pertunangan, dia cukup bahagia bersama lelaki pujaanya.. memang tidak B nafikan, selama tempoh pertunangan banyak liku, ranjau, dan ujian datang kepadanya.. antaranya, dia pernah dicintai oleh lelaki sekelasnya.. dia juga pernah mendapat sebentuk cincin dari lelaki yang sama fakulti dengannya.. mujurlah bila diketahui si B sudahpun bertunang, ancaman sebegitu berkurangan.. dan dia juga bertuah mendapat tunang yang begitu memahami dan tidak mempunyai hati cemburu buta!

si C baru saja mendapat pekerjaan.. walaupun tahap akademiknya tidaklah setaraf teman wanitanya, si C tidak sesekali membanding-bandingkannya.. dia menganggap itu akan menjadi faktor timbulnya satu jurang dalam percintaan.. baginya, tahap akademik bukan penghalang seseorang untuk bercinta.. dia memperakui dia tidak cemerlang dalam pelajaran.. tapi itu bukan penghalang utama dalam bercinta.. dia berasakan sungguh beruntung mendapat teman wanita yang memahami kedudukannya.. teman wanitanya selalu memberi dorongan dan semangat untuk beliau bagi meneruskan hidup.. ya.. si C di kalangan orang susah.. bapanya telah lama meninggal dunia.. ibunya hanya sebagai penjual nasi lemak ditepi jalan utama di kampungnya.. kasihan, bukan? bagaimana hubungan cinta si C? teman wanitanya berjauhan dengannya.. dia berada di tempat kelahiran manakala teman wanitanya sekarang melanjutkan pelajaran di Ireland.. hanya beberapa bulan sekali mereka berbual di telefon.. rindu? ya.. dia sangat merindui teman wanitanya.. si C sudah merancang.. teman wanitanya akan balik pada akhir tahun ini.. ketika itu dia akan masuk meminang teman wanitanya.. alhamdulillah..

aku? aku masih lagi solo.. mereka mengacah.. lalu mereka bertanya, "tidak mungkin kau tiada sesiapa..?" aku berkias, "kapal selalu saja bocor!" mereka ketawa.. aku hanya bergurau..

aku pernah mencuba.. semuanya gagal.. namun aku tidak kecewa dan berputus asa.. mungkin belum ketemu jodoh sesuai untukku.. adakah aku cerewet dalam perkara ini? mungkin juga ya.. mungkin juga tidak.. aku tidak pasti.. ah, mungkin saja aku tidak pandai untuk bercinta..

"tidak akan bulan jatuh ke riba.. tidak akan perigi mencari timba..!", kata si A..

ya, benar! namun apa yang boleh aku lakukan? jodoh adalah ketentuan Allah swt.. hidup mesti terus.. walaupun begitu, aku bahagia dan gembira dengan kehidupan aku sekarang.. cukup dulu untuk diriku seorang.. nanti masa sesuai akan berkongsi pula, bersama orang lain.. hanya waktu saja menjadi tanda tanya.. bila? maaf.. aku tidak boleh menjawab soalan itu..

**********

biarlah sejauh mana perjalanan, biarlah sedalam mana lubang digali, yang benar tetap akan kita perolehi, selagi hati kita bersih dan suci dari dosa.. cinta? biarlah TULUS CINTA itu hanya untuk-Mu Yang Maha Esa buat masa sekarang.. putus asa? tidak.. cuma belum sampai masa.. kecewa? tidak.. kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum.. sedih? tidak.. ini adalah pengajaran hidupku.. menagih simpati? tidak.. hanya ingin berkongsi cerita.. ada sesiapakah mahu membaca? itu aku tidak peduli.. aku hanya suka menulis..

..... aku masih tertanya-tanya..... manakah dan apakah ketulusan cinta???

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
9 Comments


9 Orang Kentut Madu:

alien said... [Reply]

cinta itu komplikated..

Atiqah Adnan said... [Reply]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

cinta itu tulus~
kalau penikmatnya ikhlas merasai cinta dan tulus menjiwainya...

bukan sekadar luah dengan mulut..
tapi hati tidak..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kapten Luffy said... [Reply]

aku pun tak dapat jawab... huhuhu

best jugak kalau sembang mcm tu

my name is Ain said... [Reply]

cinta ni tlalu kompleks..

GadisKasutConverse said... [Reply]

topik 1:cinta anugerah terindah buat setiap manusia dari ALLAH.bila cinta dtg hargai+jagai cinta agar cinta itu tak hilang..

topik 2:4 org tmn wanita dlm 1 masa?haish...sgguh tidak jujur kanda!but manusia blh berubah kan?ihiks!!

topik 3:itu perempuan yg menganggap dirinya terlalu sempurana.dinda tak cerewet pun.sempoi itu biasa!!

topik akhir:cinta cinta cinta.......di mana mahu crk cinta?pada siapa?..fikirlah sendiri('',)

GuLe2sweet said... [Reply]

jgn mudah melafaz kasih ..
kasih itu pd siapa ?
jgn mudah melafaz syg ..
syg itu utk siapa ?
jgn mudah melafaz cinta ..

cinta itu pd yg Esa..
cintakan bunga, bungakan layu ..
cintakan manusia, manusiakan pergi ..

cinta ..
ntah laa tk phm ..
huhu ..
tp betullah kat ats tu kot bro ?
hehe
tah ..
abaikan ..

pikul beban said... [Reply]

cinta bukan tulus tapi fulus

Aduka said... [Reply]

alien: btol3.. love is soooo complicated!

qa: mendalam maksudnya tu..

uncle luppy: elele.. uncle mesti byk xprience kan.. xkan xleh jwb kot.. =P

ain: btol2.. kompleks spt shopping kompleks.. =P

dinda reen: yup dinda.. tp kanda dh menyesali perbuatan dahulu.. alhamdulillah allah bukakan hati utk bertaubat.. =)

sis qis: er.. mungkin btol kata sis tu.. tiada cinta yg kekal slain kpd allah kan?

pikulbeban: mu tu mmg.. pisau cukur.. =P

Unknown said... [Reply]

cinta bukan hanya sekadar kata2...aku xpercaya cinta!!....

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger