sebelum aku teruskan merepek dan merapu, ingin aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi mengikuti, atau dalam english-nya 'follow', blog aku yang tidak seberapa ini.. kalau dulunya 'follower' maintain 20 orang, dan kini telah pun mencecah 100! terima kasih..! tidak dilupakan juga kepada pembaca-pembaca yang sudi klik iklan nuffnang aku.. biarlah sedikit tapi aku menghargainya dengan seikhlas hati.. ya, memang pada mulanya aku meletak nuffnang sekadar suka-suka sahaja.. tetapi bila melihat hasilnya, alhamdulillah.. aku akan mengekalkan ketiga-tiga iklan nuffnang di dalam blog aku ini.. terima kasih lagi sekali semua..!
Klik sini untuk meneruskan bacaan..
untuk pengetahuan semua, semalam aku mendapat panggilan daripada boss aku.. tetapi bukan aku yang menjawab panggilan, sebaliknya kawan aku, sebab boss yang call kawan aku tu.. haha.. boss aku mengatakan bahawa minggu ini adalah minggu terakhir aku perlu berada di client-side, KL.. alhamdulillah.. jiwa yang memberontak dan kepalaotak yang sedia sengal ini terasa sedikit kelegaan.. pada awalnya, aku tidak suka bekerja di KL, lebih-lebih lagi di client-side.. lama kelamaan, menjadi seronok pula..
ah, sudah tidak sabar lagi rasanya untuk pulang ke rumah.. dan kemudiannya tadi aku mendapat e-mail daripada boss..
Subject: Last day of work in AmBank
Message:
Assalamualaikum,
Your last day of work in Ambank is on 3rd April 2009. You are required to report for work in Centivo office on 6th April 2009.
aku termenung seketika memikirkan hal kerja.. ah, banyak yang aku telah belajar selama berada sebulan lebih di KL.. Aaron, David, dan Siew Kuen.. ketiga-tiga team-mate ini telah banyak memberi tunjuk ajar kepada aku tentang selok belok pengaturcaraan Java web untuk membina aplikasi sistem bank.. lebih-lebih lagi kepada Aaron.. tidak jemu-jemu mengajar aku itu dan ini walaupun kadang-kadang persoalan aku ajukan kepada dia lebih dari sekali.. mujurlah Aaron faham kedudukan aku selaku developer 'newbie'.. dia pun memperakui bahawa dia dulu seperti aku juga.. terkial-kial dan merangkak-rangkak menulis pengaturcaan Java.. ah! terasa sayang pula nak meninggalkan mereka..
masa semakin suntuk.. tinggal 2 hari lagi aku perlu berada di AmBank.. petang tadi Siew Kuen memberi tugasan terbaru kepada aku..
"hello latiff.. recently i met a client in the meeting.. they said that auditorial part you had done need more adjustment.. so i need your hand to do the adjustment lor.."
"adjustment? which part?", aku bertanya..
"all of it!", balas Siew Kuen..
"!!!"
selepas itu dia berkata lagi, "i need you to complete it fast, before you going back to KT.. can ha?"
"OMG!", jerit aku dalam hati.. "nak siapkan dalam masa 2 hari sahaja?!"
dalam kepalaotak aku sudah berputar pelbagai bala.. oh, tidak.. dapatkah aku menyiapkan tugasan terbaru ini?
balik saja ke rumah, terus saja aku mengadap laptop.. hendak atau tidak, aku terpaksa.. tak siap kerja, confirm rekod kerja aku buruk.. oh, tidak..!
dua jam aku mengadap laptop.. jemu kini menjelma.. dan kini, aku di sini.. mencipta entry terbaru untuk hari ini.. walaupun tidak menarik ceritanya..