"hello.. siapa..?", tanya aku.. suara agak garau sebab baru bangkit dari tidur..
"hai.. tak kenal saya?", tanya suara lembut lagi halus.. suara perempuan..
"errr.. siapa ni? takde dalam simpanan la.. sorry.. siapa ek?", tanya aku lagi untuk kepastian..
"sampai hati.. awak juga yang bagi nombor awak kat saya kan? awak cakap awak nak berkenalan dengan saya kan? awak kata nak call saya, tapi saya tunggu awak langsung tak call.. jadi saya call saja la..", jawab perempuan tersebut panjang lebar..
"ok.. kalau betul saya bagi nombor saya kat awak, buktikan bila dan di mana?", jawab aku spontan..
"oh, awak lupa ek.. memang betul la awak cakap awak ni pelupa..", kata perempuan tersebut sambil ketawa kecil.. "kalau begitu, awak tekalah!"
aduh! berteka-teki pula.. aku menggaru kepala yang tidak gatal..
Klik sini untuk meneruskan pembacaan..
"cuba awak ingat elok-elok.. mana tau kot awak bagi nombor awak kat dalam internet ke.."
"dalam internet? er.. dalam blog ada kot.. tapi saya tak kasi kat mana-mana perempuan pun! saya bagi kat lelaki! tu pun nak beli barang tau!", jawab aku dengan nada suara yang agak meninggi..
"ala awak ni.. saya tau awak ni masih single kan? jadi tak salah saya call awak kan?", kata perempuan itu.. aku terdiam sejenak.. kalau betul aku single, apa kena mengenanya? hendak mengurat aku kah?
"aduh.. awak silap orang kot..", kata aku, cuba mengelak..
"takde silapnya.. awak Latip kan?"
"ya.."
"kalau camtu, saya tak silap kan? jadi saya nak ajak awak keluar.. jom jumpa..!"
ah, sudah..! apa kes dan niat sebenarnya si perempuan yang tidak dikenali ini? adakah ini benar? aku terdiam lagi.. aku terfikir, adakah ini berakhirnya 'zaman solo' aku? oh, tidak..!
"errr.. saya tak kenal awak.. camne nak jumpa? nama pun saya tak tahu!", kata aku seolah-olah ingin mecungkil siapa sebenarnya perempuan itu..
"saya tahu pasal awak.. awak kerja kat terengganu.. dulu belajar kat kolej.. lagi.. em.. awak ni kurus orangnya dan pakai spek! betul tak?", kata perempuan itu dengan ketawa kecil..
"alahai.. kalau betul awak baru kenal saya, takkan banyak awak tahu pasal saya.. awak ni mesti rakan satu Jasper.. tak pun satu kolej dengan saya ni..!"
"teka lah.. saya tahu je pasal awak, tau?! malulah awak yang tak kenal saya!"
aduh..! terkena aku.. aku terasa sedikit tercabar.. pantang betul orang berkata sedemikian kepada aku.. aku menyebut beberapa nama perempuan yang aku kenali.. dari nama bekas kekasih hingga kawan-kawan di Jasper.. malangnya.. semua salah!
"penatlah.. dah semua saya sebut nama perempuan yang saya kenal.. semuanya salah.. awak terus terang sajalah siapa awak.. kan senang..", kata aku mengalah..
perempuan tadi diam sebentar.. beberapa ketika kemudian dia berkata, "tak mengapalah.. memang awak pelupa dan dasar lupa kawan!"
aduh! kena lagi.. aku terus saja memujuk.. aku mengaku yang aku memang pelupa akan tetapi aku tidak akan melupai kawan-kawan aku yang mengenali aku.. aku meminta maaf berkali-kali kepada perempuan itu.. parah kali ni.. aku bernasib baik.. perempuan itu termakan pujuk aku.. hehe.. bagaimana?
"ok lah.. jumpa nanti saya belanja awak makan ok? awak pilih je kat mana awak nak makan.. McD? Pizza Hut? wherever but once, ok?", kata aku..
tiba-tiba perempuan tadi gelak besar.. aku terkial-kial dan bingung..
"hoi! ang ni memang jiwang la Latip! aku ni.. Yatie!", kata perempuan tadi..
"Yatie?! Yatie KPTM?!", tanya aku dengan nada sedikit meninggi kerana terkejut..
"ya la..! amboi ang.. sampai ati ang noh.. kalau awek merajuk cepat je ang nak belanja itu ini tau! kalau aku..... jangan kata nak belanja, SMS pun tak! dah la sebut nama-nama perempuan, langsung tak sebut nama aku noh..!"
aku tergamam.. aku terdiam.. celaka..! aku dipermainkan..???
"wei Yatie! ape kes kau buat aku camni? hampeh kau!", marah aku.. Yatie gelak besar..
"padan muka ang! aku tau masa ni ang tak bangkit tidoq lagi.. saja ja aku kacau ang! bangkit! bangkit tidoq!", kata Yatie sambil gelak besar lagi..
"eiiii.. kau ni Yatie.. ingat awek mana la tadi nak mengurat aku..! cium kang!"
"gatai.."
"oooo.. kau kenakan aku ya Yatie..! jaga kau! dah la pakai nombor Celcom tak bagitau aku! pastu call aku buat-buat suara orang lain plak! siap la kau kalau aku jumpa kau suatu hari nanti! siap! siaaappp..!"
"tak takut..! aku report kat mak aku!", kata Yatie mengugut gurau.. kami gelak bersama-sama.. lantas kami bergayut dalam hampir sejam..........
Yatie.. adalah kawan baik aku semasa di kolej.. sampai sekarang kami masih rapat.. dahulu kami juga selalu menjadi bahan bual bicara 'radio-radio' di kolej.. sehinggakan kami dijadikan bahan gosip juga di kolej dahulu.. sejak terpisah pada tahun 2006, selepas habis pengajian di Kolej Poly-Tech MARA Kota Bharu, Kelantan, kami hanya berhubung melalui SMS dan Friendster sahaja.. ramai juga rakan-rakan bertanya, "bila lagi? takkan kawan aje kooottt..!" maaflah.. banyak kejadian manis selama kami berkawan.. cukup hanya berkawan.. bila lebih-lebih, yang suka jadi duka pula.. kami masih lagi gila-gila seperti di kolej dahulu.. semasa aku outstation di Kuala Lumpur, aku sempat sekali berjumpa dengannya.. dan tadi.. aku terkena PANGGILAN HANGIT dari Yatie..
"jaga kau Yatie.. aku jumpa kau, aku 'rogol' kau!"