"inilah style! baru nampak cool!" ... cool?!
"bro! kau ni kuno la.. kau lelaki.. takkan tak pernah hisap rokok, bro! jangan nak menipu kitorang la.. tengok bibir dah tau la kau merokok bro!" ... apa? kuno? aku merokok?
"kau jangan menyibuk pasal kitorang boleh tak? suka hati kitorang la nak hisap rokok ke hisap ##### ke..! kau apa peduli? mak bapak kitorang pun tak peduli, tau?" ... bagus la sangat.. kau ngan mak bapak kau sama saja.. baghal! tau ke tak apa tu baghal?!
ya.. memang aku tak nafikan aku dahulu pernah merokok.. tapi sejujurnya aku kini insaf.. tiada guna lagi aku merokok.. tidak mendatangkan faedah malah menghabiskan duit pula.. bukan itu saja, penyakit pun dapat! lantas aku pun nekad dan berazam tidak mahu merokok lagi..
Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..
suatu hari, waktu itu aku bekerja (outstation) di Kuala Lumpur.. aku terbaca satu artikel di internet.. lebih kurang begini hujah tersebut; "ulama-ulama ada berpendapat bahawa merokok adalah makruh.. setelah sekian lama didebat, ulama telah memutuskan (ijma') bahawa merokok adalah haram.."
lebih kurang macam tu la artikelnya.. aku ingat-ingat lupa.. pada petang tersebut, aku ke kantin AmBank untuk minum petang.. aku bersama seorang lagi kawan sekerja aku.. beberapa minit kemudian, kawan aku membuka dan terus mengambil sebatang rokok.. langsung dicucuhnya rokok tersebut.. sedutan pertama aku lihat dia memejamkan mata.. mungkin menikmati asap rokok memasuki genap rongga-rongga kerongkong dan paru-paru..
lantas aku bertanya, "kau bila lagi nak berhenti merokok macam aku?"
"niat tu ada.. tapi.. nanti la..!", jawab kawan aku ringkas..
"kau ni tak ada kesungguhan.. sebab itu la.. usaha tak nampak! cakap saja tak guna..", kata aku sinis..
"ye la.. aku sekarang makin kurang la ni merokok.."
"ala.. kurang apa macam tu.. cakap pandai la.. rokok ni kan HARAM..!"
"eh mana ada haram.. makruh la.."
"kau dengar sini.. merokok tu haram tau.. semalam aku baru baca artikel yang mengatakan merokok tu haram!", terang aku..
"ulama mana yang cakap?"
"ijma' ulama la ni..!"
"huih! mana ada..! tak semua ulama cakap haram la.. ada juga yang mengatakan hukumnya harus! ada yang kata makruh! jadi, aku berpegang kepada MAKRUH tu aje la..!"
lantas aku berhujah, "aku tak pandai sangat dalam agama ni.. tapi tahu la sikit-sikit.. meh sini aku nak bagitau.. kenapa rokok tu haram? merokok ibarat buat maksiat.. contohnya sekarang kau merokok.. kau tak sedar dalam masa yang sama kau sebarkan penyakit kepada orang lain dengan asap rokok kau tu.. maksiat pun macam tu juga.. katakanlah kau buat maksiat depan mata aku.. kalau aku tak tegur kau, aku pun dapat dosa sama tau! dan satu lagi hadis ada mengatakan bahawa, makanlah apa saja dari sumber yang halal kecuali benda-benda yang mendatangkan mudarat kepada diri kamu! jadi, rokok tu layak ke kita letak hukumnya makruh?!"
kawan aku terdiam selepas mendengar hujah aku.. mata terkebil-kebil.. aku ketawa terbahak-bahak.. dia hanya tersengih seperti kerang busuk..
nak insafkan perokok tegar bukannya senang.. berkilo-kilo, berduyun-duyun, berkoyan-koyan kerajaan buat kempen berhenti merokok.. ada ke orang nak ikut? sekarang lain pula.. kotak rokok sekarang ada gambar-gambar akibat merokok.. ada gambar bayi pra-matang.. ada gambar kanser paru-paru.. tapi.. ada ke orang nak ikut? haihhhh..! lagi dia hisap! ada seorang hamba Allah ni, siap pilih nak gambar mana satu kat kotak rokok dia! adessss.. selagi tak kena penyakit, selagi tu la perokok-perokok tegar ni 'mencari atau membuat penyakit'!
dalam peratusan lelaki dan wanita, berapa peratus sangatkah perokok yang berjaya berhenti daripada merokok? mungkin 10%.. mungkin 5%.. atau mungkin kurang dari itu! aku pun tak pasti.. tapi pergilah di mana-mana saja.. ada saja perokok.. mujurlah ada bulan Ramadhan.. perokok-perokok mungkin 'ditambat' sepertimana 'syaitan ditambat' di bulan Ramadhan..
dahtu.. perokok tu 'syaitan' la ek?