
Maaf kerana tajuk entry sedikit berbunyi kasar dan mungkin 'kurang ajar'. Bukan aku sengaja provokasikannya. Ini adalah realiti. Setelah apa yang terjadi beberapa jam yang lepas, barulah aku boleh mempersetujui dengan apa yang rakan-rakan aku katakan sebelum ini bahawa, 'berpakaian sopan tak semestinya baik' atau 'bertudung labuh tak semestinya alim'!Beberapa jam yang tadi, aku ke salah satu tempat yang boleh dikatakan terkenal di Kemaman. Niat aku satu; mencari bundle yang baru dibuka beberapa hari yang lepas. Sedang aku naik tangga bergerak untuk ke tingkat atas, aku melalui lorong yang agak...