Salam.
Pagi tadi (sebenarnya sejak semalam) kecoh di Facebook tentang beberapa video di Facebook yang berbaur politik termasuklah salah satu video darinya yang ada unsur penghinaan hukum Allah (hudud), termasuklah beberapa orang pemimpin. Video tersebut sebenarnya di'embed' dari laman YouTube mengisarkan lakonan semula perbualan antara orang muda dan tua, lelaki dan perempuan, termasuk beberapa orang lelaki cina, india, dan sikh. Kononnya dilakonkan sebagai simbolik 1Malaysia.
Walau bagaimanapun, video ini terlalu ekstrem menghentam dan mencerca serta memperlekeh hukum yang termaktub di dalam al-Quran (iaitu hudud) dengan mengaitkan beberapa kes berat yang berlaku di Kelantan yang tidak pasti kesahihannya, termasuklah penghinaan kepada beberapa pemimpin yang kebanyakkannya dari pihak pembangkang.
Jom saksikan, dan anda nilailah sendiri.
Kecewa, amat kecewa. Bukannya apa. Orang kristian, orang hindu, atau mana-mana agama penganut agama selain Islam pun tiada langsung menghina agamanya sendiri. Orang Islam negara kita? Macam mana? Bukankah hukum Allah (hudud) itu salah satu dalam termaktub di dalam al-Quran? Tetapi orang Islam kita langsung tidak ada perasaan malu apabila menghina dan mempersendakan hukum Islam mereka itu sendiri. Seolah-olah maruah Islam dirobek-robek oleh orang Islam itu sendiri!
Jika anda lihat video di atas, mereka seolah-olah merendah-rendahkan hukum Allah ini dengan menyatakan ramai penghidap AIDS, ibu tunggal tidak mendapat nafkah, masalah wanita bekerja di tempat-tempat maksiat dan sebagainya berlaku di Kelantan. Angka mereka meningkat walaupun diperintah oleh pemimpin Islam. Makna kata, jika hudud dilaksanakan sekalipun, atau pemimpin Islam memerintah sekalipun, kes jenayah berat tetap berlaku!
Seorang rakan telah menegur saya setelah beberapa status dan artikel (termasuk video) telah saya buat di Facebook. Dia menyatakan, "Tak perlu marahlah. Biar saja mereka. Mereka ini sudah tergolong di dalam kaum-kaum dan bangsa-bangsa yang mereka tampilkan dalam video itu."
Saya bertanya, "Kaum dan bangsa? Apa maksudnya?"
Rakan saya menjawab, "Itulah cina, india, sikh, dan apa jua kaum dan bangsa yang ada di dalam video itu, termasuk lelaki tua yang berkopiah."
Saya masih tidak faham, lalu bertanya lagi, "Kenapa berkata begitu?"
Dengan tenang rakan saya menjawab, "Mereka sebenar-benarnya telah KAFIR kerana mempersenda, bahkan pula menghina agamanya sendiri!"
Daripada perbualan di Facebook itu, saya telah merujuk beberapa orang rakan termasuk seorang ustaz yang amat tersohor masa kini iaitu Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Kemudian saya ditemukan dengan satu video ceramah dari ustaz. Di bawah ini adalah video yang boleh membidas video 'Sembang Rakyat' itu. Saksikan.
Astaghfirullah.
Bukanlah ada hak bagi kita untuk mengkafirkan seseorang. Akan tetapi jika dirujuk mana-mana kitab sekalipun, termeterai sudah bahawa jika sebesar zarah pun kita menolak hukum Allah dan mengi'tiqadnya pula maka kafirlah ia dari agamanya.
Maka memang benarlah apa yang diperkatakan oleh rakan saya itu. Kenapa perlu Islam diperlekeh sedemikian rupa semata-mata kepentingan sesebuah parti politik? Tertarik dengan dialog lelaki tua (berkopiah tapi bodoh) itu, "Dah dekat pilihanraya ni, mula lah lagu-lagu hudud dia tu!"
Saya mendapat balasan dari rakan pembangkang, "Dah dekat pilihanraya ni, mula lah fitnah-fitnah dan video-video lucah dia tu!"
Lucu pula. Haha!
Aduka: Sokong parti yang benar-benar menyokong Islam secara total. Bukan ambil sekerat-sekerat! Kembalilah kita kepada Islam yang hakiki dan suci!
PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!