Pak Hamid dan Jijie berjalan berdua-duaan di kala mentari melabuhkan tirainya.. dipimpin tangan Jijie sepanjang perjalanan.. suasana senja itu menggamit kenangan Pak Hamid sewaktu dia masih kecil dahulu.. di waktu beginilah selalu ayahnya memimpin tangannya menuju ke surau.. jaraknya tidak jauh.. lagipun keluarganya tiada kenderaan walau basikal sekalipun.. jadi mereka anak beranak berjalan kaki saja.. kenangan bersama arwah ayahnya sedikit diubati bersama anak saudara isterinya ini.. pada Jijie sajalah Pak Hamid selalu ke surau.. hendak diharapkan anak-anaknya? mereka hanya tahu terperap di rumah saja.. seperti anak dara! sudah berbuih mulut Pak Hamid memarahi dan menasihati anak-anaknya.. tetapi ibarat masuk telinga kanan, keluar terlinga kiri..
"Pak Long.. malam ni kat surau ada karipap tak?", tanya Jijie..
Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..
"kenapa Pak Long tak tahu?", soal Jijie lagi..
"Pak Long pun tak tanya orang kat surau tu.. jadi Pak Long tak tahulah.."
"kenapa Pak Long tak tanya?"
"sekejap lagi, kita sampai, Jijie tanya la Pak Imam ya.."
"kenapa nak kena tanya Pak Imam, Pak Long?"
"dia kan imam kat surau.. mesti la dia tahu.."
"kenapa Pak Imam jadi imam kat surau..?"
Pak Hamid menepuk dahi.. dia tidak menjawab soalan Jijie tadi.. tetapi Jijie bertalu-talu mengulangi persoalan yang sama.. ya, begitulah Jijie..
"kenapa? kenapa Pak Long?"
"aduh, Jijie.. pening kepala Pak Long.. nanti Pak Long jawab selepas kita balik dari surau ya?"
azan Maghrib berkumandang di surau kampung itu.. Pak Hamid menghayati setiap rangkap azan yang berkumandang.. Jijie yang duduk di sebelahnya bemain-main dengan bulu-bulu sejadah.. khusyuk.. Pak Hamid membiarkan saja.. Pak Hamid tahu yang selalunya Jijie tidak duduk diam.. jadi dia biarkan saja.. elok juga dia begitu daripada membuat bising di dalam surau seperti kebiasaannya.. selalu jugalah Pak Hamid menjegil matanya di atas kenakalan Jijie.. langsung itulah Jijie kerdip lalu duduk diam..
bilal mengalunkan iqamah.. sesudah iqamah, semua makmum berdiri termasuk Pak Hamid.. malam itu, jemaah agak sedikit dari bilangan sebelumnya.. kebanyakkan daripada mereka adalah golongan-golongan veteran.. hanya ada beberapa orang sahaja orang muda di surau tersebut..
Pak Hamid menarik tangan Jijie untuk bersama berdiri di dalam saf.. bersebelahan dengannya.. kedudukan Pak Hamid betul-betul di belakang imam.. Jijie menghayun-hayunkan tangannya..
"Jijie.. jangan nakal-nakal ya.. kita solat sama-sama.. ikut Pak Imam tau..", bisik Pak Hamid kepada Jijie.. Jijie hanya terkebil-kebil.. dia mengangguk.. entah Jijie faham atau tidak, Pak Hamid tidak tahu..
"ah, asalkan dia tidak mengganggu jemaah lain sudahlah..", fikir Pak Hamid..
beberapa ketika, semua jemaah selesai di rakaat pertama.. Pak Hamid melihat Jijie dengan ekor matanya.. Jijie tidak duduk diam.. sekejap dia menghayun tangan.. sekejap dia menyepak angin dengan kakinya.. sekejap dia membuat lagak seperti 'ultraman'.. Pak Hamid menahan sabar.. bimbang khusyuk dalam solatnya terganggu..
sewaktu imam membaca surah Al-Fatihah, Pak Hamid perasan Jijie merapati di belakang imam.. Jijie berdiri membelakangi Pak Hamid.. Pak Hamid memerhati.. dia melihat Jijie menggerakkan tangannya menghala ke depan.. Jijie memegang kain pelikat Pak Imam.. lalu Jijie menarik perlahan-lahan.. awalnya, Pak Hamid tidak perasan apa sebenarnya yang Jijie sedang lakukan.. bila Jijie menarik kain Pak Imam, barulah dia sedar.. kain belakang Pak Imam sedikit 'terpelosok' memasuki alur bontotnya! Jijie menarik perlahan agar tidak mengganggu konsentrasi Pak Imam.. kain yang terpelosok itu akhirnya terkeluar setelah ditarik oleh Jijie.. ah, malunya.. Pak Hamid sedikit tersentak.. Jijie kembali masuk ke dalam safnya tadi.. lantas Jijie memandang ke arah Pak Longnya.. lalu Pak Hamid menjegil matanya.. oleh kerana takut, Jijie kembali berdiri di belakang imam.. dia menjolok masuk kembali kain pelikat Pak Imam ke 'tempat asalnya'.. tiba-tiba..
"(cencor) (cencor) (cencor) oi budak!", marah Pak Imam..
malam itu, beberapa orang jemaah yang hadir di surau terbatal solatnya kerana ketawa.. termasuk Pak Hamid.. dan juga Pak Imam.. malam itu juga, Jijie dimarahi teruk oleh Pak Imam dan Pak Hamid.. walaupun begitu, semua ahli keluarga Pak Hamid gelak besar bila kejadian itu diceritakan kembali oleh Pak Hamid.. walaupun malu, Pak Hamid ketawa kecil juga di atas kenakalan Jijie.. terlintas dibenaknya..
"bilakah agaknya aku boleh menimang cucu?"