Ads: (Please Click!)

Sunday, August 21, 2011

TUTORIAL : Open Image In New Tab


Salam Ramadhan.

Ini adalah tutorial bagaimana mahu buat satu link image automatik terbuka pada tab browser yang baru atau dalam bahasa Inggerisnya, auto open in new tab.

READ MORE / LESS >>

Normalnya, setiap gambar yang di-upload ke dalam blog dengan menggunakan platform Blogger, ia akan secara auto mencipta link kepada gambar tersebut. Di mana, apabila gambar yang telah kita upload itu di-klik, browser akan load untuk 'preview' gambar tersebut dalam skala ukuran yang sebenar (width dan height) dalam page yang sama.

Namun, method ini biasanya menyusahkan kerana kita perlu menekan butang back untuk kembali ke laman (page) sebelumnya. Setelah butang back ditekan, browser sekali lagi akan loading page tersebut. Oleh yang demikian, 'open image in new tab' amat berguna untuk mengurangkan browser mengalami proses loading yang kerap.

Bagaimana caranya?

Okey. Kita akan buat satu eksperimen.

1) Buat satu entry baru. Kemudian upload satu gambar contoh. Saya ambil gambar kucing, seperti di bawah. Pastikan anda cipta entry pada tab 'Compose'.


2) Klik pada tab 'Edit HTML'. Editor anda akan bertukar seperti di bawah.


3) Apa yang tertera di dalam Editor tersebut adalah satu kod HTML bagi link dan gambar yang telah kita upload sebentar tadi. Maka, pada kod ini perlu kita tambah satu kod supaya gambar kita akan terbuka secara auto ke tab yang baru jika di-klik. Caranya, copy kod ini: target="_blank"

4) Kemudian, ubah kod <a dengan menambah kod yang telah anda copy tadi menjadi <a target="_blank". Lihat contoh seperti di bawah.


5) Akhir sekali, klik butang 'Publish Post' dan cuba anda preview. Klik pada imej. Adakah imej anda terbuka pada tab yang baru?

Itu saja. Mudah saja, bukan?

Cara ini adalah salah satu teknik atribut HTML yang dipanggil 'anchor'. Anda boleh membaca dan menyelidik sendiri secara terperinci di W3Schools.com. KLIK SINI untuk terus ke laman tersebut.

Diharapkan tutorial ini membantu anda. Selamat mencuba!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
2 Comments


2 Orang Kentut Madu:

ceksumolek's said... [Reply]

thank youu~ ^_^

Admin said... [Reply]

bagus..baru kupaham..hehe

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger