Ads: (Please Click!)

Sunday, August 14, 2011

Drama: Hina! Adegan Sadis Di Bulan Puasa



Salam Ramadhan.

Di bulan puasa ni mesti ada di kalangan korang yang bosan.. yang penat.. yang sibuk dengan kerja harian.. dan mungkin ada yang kesedihan. Takpe. Tu semua ujian untuk kita. Sebab itu, internet tempat kita melepaskan 'segala-galanya' kan? Marah, gumbira, sakit hati, dengki, mengantuk, lapar dan........ sangap! Haha.

Sedang aku duk sibuk godek-godek aku punya komputer, terjumpa la satu artikel lama. Mak oi. Siyes lama beb. Aku check properties file ni (simpan dalam bentuk Notepad). Huih! Tahun 2006 ni. Kemudian, aku check senarai entry kat dalam blog. Kot-kot aku dah pernah post ke apa ke. Hah, takde. Cantek!

READ MORE / LESS >>

Oleh itu, dengan rasa senang hatinya aku mahu share ini cerita. Share satu cerita yang amat-amat sadis. Aku edit sikit mana-mana yang patut sebab ada ejaan salah la ape la. Entah siapa la reka cerita ni. Memang layan. Rasa nak hempuk je sampai lunyai!

Jom baca.


* * * * * * * * * *


Perkara nie terjadi pada 6 tahun yang lepas, esok tuh nak puasa. Kerana kejadian ni, sampai sekarang ni aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa. Sehari sebelum puasa, aku ngan kawan aku pergi la jalan-jalan kat Sungai Wang. Biasa ler hari minggu. Ddah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas. Pekena teh ngan nasi ayam.

Dah makan, aku pun cakap kat member aku, aku nak gi ker Lot 10, nak buat greeting card untuk member aku. Perempuan. Hehehe.. (Greeting card machine. Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah).

Aku pun nak gerak. Member aku semua tunggu kat situ. Biasa la diorang bukan minat nak ikut. Dah tau bosan menunggu aku menulis card cinta. Jadi aku pun pegi ler..

Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak. Mesti member aku sound nyer. Aku pun start tulis..

"HALLOOO"

Itulah suara yang aku dok dengar. Ish awek mana lak nie. Sekali aku pun pandang ler. Tengok bawah dulu. Aduh, sikit punya lawa kaki dia. Slow-slow aku pandang atas.. Pergh! Sikit nyer cun la! Aku takleh lah nak kata apa. Aku pun terdiam.

Sekali lagi dia kata, "HELLO"

Aku tarik nafas aku pun jawab ,"HI". Aku ingat dia pun senyum jer. Sekali dia kata, "I'M LINA MARLIANA."

Pergh! Sikit punya sedap nama dia. Cantik lak tuh! Aku pun senyum.

"That is a nice card, untuk siapa?" tanya Lina.

"Its for my friend. Dia nyer birthday tommorow."

"Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie. I hope you can help me?"

Pucuk dicita, ulam mendatang. Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill. Aku pun setuju nak tolong. Setelah selesai, dia pun ajak aku jalan-jalan. Dia kata dia dari Singapore datang sini ada shooting untuk modelling. Dia pun bagi aku business card dia.

Dalam hati aku, punya la happy. Maklumlah, kita nie bukan ler handsome pun. Boleh kenal dengan model kira ok ler. Dengan bangganya aku teman dia pegi shopping. Agaknya dalam sejam jugak ler aku berjalan. Dah puas ler aku dengar cerita dia dan keluarga dia dan reaksi 'BERTAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU' ni. Hehehe.. Sebab baik la katakan.. BAIK? BAIK ADA MAKNA NIE.. Aku pun teringat member aku tunggu kat Sg. Wang. Aduh!

"Lina, not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautiful as you and how I admire your softness and your kindness. I really like to stay and try to know you better. But I have to go now 'cause my friends is waiting for me. Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday. I hope you don't mind."

Sikit punya power ayat aku tuh. Aku pun chow. Aku pun tak sabar nak bagi tau member aku yang aku jumpa model sikitnyer lawa. Tengah aku berlari nak gi Sq. Wang, aku pun selisih ngan member-member aku kat Jambatan tengah tuh. Aku senyum dengan bangganya.

Diorang sikit punya 'panas'. Lama tunggu aku. Aku tak kisah. Aku pun cerita la kat diorang apsal aku lambat. Tapi, sekali dia orang boleh gelak kat aku. Takpe, takpe. Aku pun cakap kalau tak percaya jom aku tunjuk. So kitorang pegi la kat Lot 10 balik. Sampai jer Lot 10, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia. Aku tengah naik escalator, dia tengah turun. Aku pun sound member aku.

"Tu dia. Yg pakai tang top tuh. Cun huh! Aku dah cakap korang tak nak percaya."

"Ko tipu ah..! Tegur ler. Aku nak tengok betul ke tak betul," balas member aku.

"Ye.. jap tunggu ler kita dekat sikit."

Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh

"HI LINA", sekali.

Dia tengok aku ngan member aku. Dia pun menjeling tajam. Pergh! Sikit punya sombong! Dia tarik muka macam aku tak kenal dia. Fuhhhh.. aku pun terkejut. Tak tau nak cakap apa. Member aku semua gelak bagai nak rak kat situ. Lahabau.

"KENAL KONON. SETAKAT KO LER, SEPULUH DIA BOLEH CARI LA!"

Aku pun tak tau nak kata apa. Member aku semua gelakkan aku. Aku jadi blur. Ada ke patut satu perempuan buat camtuh kat orang macam aku ni. Aku betul-betul tak paham. Adakah semua perempuan cantik macam nie??? Mungkin kot.. Aku dah mula berfikiran negatif. Tapi aku tetap suka kat dia sebab aku masih lagi fikir yang dia ni baik. Bodoh ker aku?

Aku rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh. Aku pun tengok dia, dia pun tengok aku balik sambil buat muka blur dan menyampah. Makin lama aku makin jauh dari pandangan dia. Dia tenung aku macam tak puas hati.

Tiba-tiba..

GEDEBUK!!!!!!!

Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh. Dia terjatuh. Habis semua shopping bag dia berterabur atas lantai. Dia tersembab dan menjerit sakit. High heel dia tersangkut kat escalator. Aku terdiam. Member aku semua pun senyap. Aku tak
tau, tiba-tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag dia, cuba nak tolong dia. Aku pun tengok atas. Member aku semua blur, semua senyap. Tengah aku duk tolong tuh, tiba-tiba..

"PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!" Lina menjerit.

Security guard datang. Orang semua tengok. Ramai yang nampak aku tengah duk pegang shopping bag dia. Aku pun terdiam. Fuhhh! Dalam hati aku aku dah risau. Aku pencuri ker atau ada pencuri yg dia nampak. Aku pun senyap.

Paaappp!!! Aku kena pegang. Security tahan aku, aku pun lagi blur! Apa ni? Aku nak tolong tapi aku plak kena tangkap. Ish! Apa yang dah jadik ni???

Check punya cek, rupa-rupa handbag dia hilang. Aku pun dah takut. Jantung bergedup laju. Security tanya aku, mana bag dia.

"Mana saya ambik! Saya nampak dia jatuh. Saya pun tolong la dia. Mana saya ada ambil beg."

"Bang. Handbag saya dah hilang. Ni mesti dia yg ambik. Passport saya, credit card saya, handphone semua ada kat dalam tuh! Bang, macam mana nie?"

"I tak ambik handbag you lah! Mana ada! I came down here to help you, apsal you kata I curik bag you?" tanya aku. Sikit punya hangin aku tiba-tiba je kena tuduh camtu kan.

Aku dah panik.

"Tadi sikit punya baik you jalan jalan ngan I. Apsal tiba-tiba u kata I pencuri? Apa masalah ni?"

"Since when I jalan jalan ngan you hah?! I takkan keluar ngan orang macam you lelaki macam you tau! Muka pun macam muka pencuri!"

Aduh!!! Aku dah bengang. Terasa dihina. Aku pun keluarkan business card yang dia bagi.

"Then what is this???? Macam mana I ada card you kalau bukan you yag bagi???"

Mata Lina membulat. Macam terkejut.

"Mana you dapat business card I huh?! Mesti you ambil dalam bag I! Buat apa I nak bagi kat orang macam you? Bang, see.. I told you yang dia yang amik handbag I!"

Sekali lagi, apa yang aku cakap backfire balik kat aku. Aku pun kena bawak ke office. Member aku semua ikut aku. Aku pun dah takut giler. Abang aku senyap jer. Dia tak tau nak tolong aku macam mana. Member aku pun semua tak tau nak buat apa. Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia. Lina duk memaki hamun aku. Aku diam je time kena maki tu. Aku defend, aku cakap aku tak ambik. Tapi bukti business card ada kat aku. Aku yang bersalah. Aku tak mengaku.

Paaaanggggg!!! Aku kena tampar. Aku diam lagi. Aku cakap aku tak ambik. Office dah kecoh sebab dia dah mengamuk.

"HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU! MANA BAG I?! I TAK KIRA. ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN. MASUK LOKAP! TAK GUNANYA JANTAN!"

Itulah kata-kata dia. Begitu terasa terhina aku waktu tu. Tapi aku diam je. Takleh nak kata apa-apa dah.

Ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan nasib aku masa tuh. Aku dah nekad dah. Kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku tak salah, dan aku sayang kat mak bapak aku. Aku dah sedih giler. Aku pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak. Pipi aku pedih kena tumbuk dan tampar. Aku nampak ada orang datang. Sikit punya smart.. Pakai jeans ngan slack. Rambut panjang ikat belakang. Dia perkenalkan diri dia. Manager kat situ.

"APA MASALAH NIE??? OK. What's your name?"

"Lina.. I nyer handbag hilang. Orang nie yang curi."

"Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising-bising."

"Saya tak ambil. Dia yang tuduh bukan-bukan."

"Lina, how sure are you, this guy took your handbag?"

"Masa I jatuh tadik, tiba-tiba dia ada kat depan I. I check tengok handbag I dah takde. Mesti dia yang ambil. Sapa lagi. Muka dia pun muka pencuri!"

Aku tetap tak mengaku. Aku dah berserah. Manager tu pun dia angkat telefon Dia pun call. Aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar. Semua senyap jer kat dalam tuh. Selang 15 minit, dia pun datang ngan sorang makcik Indon. Dia pun tunjuk satu handbag kat Lina.

"Is this your handbag?"

Lina pun senyap dia pun mengaku. Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang. Semua okey. Takda apa yang hilang. Manager tu pun cakap yang handbag dia jumpa kat dalam toilet wanita. So dia suruh mintak maaf kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia.

APA YG PATUT AKU LAKUKAN?????

Aku senyap. Aku pun keluar. Semua member aku tanya aku apa yang jadik. Aku cakap beg dia tertinggal kat dalam toilet. Orang cuci jumpa. So dah settle dah, aku nak balik.

"Hah! Apsal ko bodoh sangat. Ko sound lah dia. Ko cakap ko nak saman malu dia. Tak guna nyer pompuan!" kata member aku.

"Ha'ah la. Ko mintak jer duit kat dia. Lantak lah, lawa tak lawa. Dia betul tak guna punya orang. Ingat cantik boleh buat sesuka hati?" sampuk abang aku plak.

Tak cakap banyak, aku pun terus meluru masuk pejabat. Aku pun sound dia direct aku nak saman dia. Lantak apa nak jadi Aku pun bengang dia buat aku camtuh. Ssedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat orang perempuan.

"Hoi! Aku tak kira aku nak saman ko. Aku nak ganti rugi. Ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka? Kalau dah hati busuk tuh, busuk jugak! Sekrang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat. Aku malu. Mana ko nak aku letak muka aku ni? Aku nak sue ko!" jerit aku.

"Dah lah tuh.. Dia silap.. Dah lah takyah kecoh-kecoh," kata manager tu cuba tenangkan aku.

"Ko pun sama! Dengan ko, dengan Lot 10 aku nak saman! Aku ada saksi member aku, ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku. Ko ingat apa.. aku ni bodoh? Aku dah suruh member aku call polis. Aku nak buat report kat semua. Macam mana? Puas hati korang?!"

"Apa ko ingat ko bagus??? Nak report aku.. aku tak takut ler! Ko ingat aku boleh masuk penjara? Aku call bapak aku baru ko tau."

"Baik ko call. Nanti ko kena tahan, padan muka! Ko (manager) plak, apa tunggu sini? Pegi ler call boss ko, aku nak saman ni!"

"Dah lah tu. Lina, call your father. Tell him that you have a problem here. Kalau dia report, you yang susah sebab you yang tuduh dia."

Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah. Hehehhe.. Aku suka. Tapi sambil tu cuak jugak. Takut aku yg kena tangkap ugut dia plak. Hehehe. Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku. Dia letak telefon.

"Nah, amik nie, aku mintak maaf.."

Dia bagi aku RM300. Pergh! Dia ingat apa, aku boleh kena beli camtuh je ke? Aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia. Dia tension.

"Setakat RM300, ko ingat aku apa?! Budak kecik boleh ler ko buat camni. Apa ko nie tak paham lagi ker? Aku taknak duit. Aku nak tengok ko kena tahan jer. Buat tuduhan palsu.."

Dia pun bengang, call bapak dia lagi. Kali nie dia bagi aku cek RM 1000. Aku tetap tak nak tapi member semua sound aku. Apa masalahnya kalu amik. Banyak tuh. Sape nak bagi seribu free free? Aku pun senyap. Aku amik cek tuh then aku pun koyak-koyakkan. Aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli. Aku dah buat keputusan aku nak dia kena tahan.

Last, dia bagi aku sekeping cek RM 10,000. Aku pun tergamam. Banyak tuh bagi orang muda macam aku ni! Aku tak tau samada aku nak berkeras ke atau aku nak amik. Member aku semua suruh amik. Manager tuh pun suruh aku amik. Aku pun nak jugak amik. So aku pun mengalah. Aku pun amik ler cek tuh. Aku pun blah.. Tiba-tiba aku dengar dia sound aku..

"Huh! Setakat muka macam tuh, dapat duit senyap ler! Tak malu!"

Aku campak cek tu, aku terus serbu pegi kat dia. Aku jadi hangin giler. Aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi kerana perempuan kurang ajar macam dia ni aku jadi sanggup. Apa nak jadi, jadilah! Janji maruah aku tak rasa dihina sampai camtu skali.

Aku angkat tangan aku tinggi-tinggi, aku hayun sepuas hati. Tapi.. aku rasa macam ada orang sambar, tahan tangan aku.





"Oi! Bangun oi! Dah sahur dah nie! Ngigau ke angkat-angkat tangan ni?! Bangun!"

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
3 Comments


3 Orang Kentut Madu:

Anonymous said... [Reply]

punya laa semangat cheq baca story
ingat dah betui dah
part last .. perrgghhhh
tak bleh jadi ... =="
tahniah !

rafina mimi abdullah said... [Reply]

lenguh baca rupanya mimpi..adoi..den terkono..

nu ra in said... [Reply]

sumpah sye smput baca..isy gerammm

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger