semalam aku menonton televisyen dengan kawan-kawan serumah.. sedang asyik menonton 'Air Crash Investigation' yang tersiar, tiba-tiba sekeliling yang tadinya cerah bertukar gelap gulita.. dalam istilah inggerisnya, 'blackout'.. terus membantut mood aku untuk menonton habis kisah yang tersiar di televisyen.. bila keadaan sudah gelap dan panas, aku tidak selesa berada di dalam rumah.. lantas aku lepak di luar rumah.. tetapi makhluk penghisap darah pula menyerang tubuh badan aku yang kering ini.. oh, sang nyamuk.. ramai lagi tetamu rumah ini yang berbadan sasa.. mengapa kau tetap memilih aku? oh, ya.. mungkin engkau membenci asap-asap nakal yang keluar dari mulut mereka? ya, mungkin..
sedang aku duduk termenung bertemankan sang nyamuk, dibenak aku terlintas satu peristiwa lucu yang berlaku beberapa bulan yang lalu.. sewaktu itu, aku baru saja tiba di rumah sewa aku ini setelah mendapat tawaran kerja di syarikat baru..
Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..
PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!
tibanya di rumah sewa, aku lihat keadaan gelap.. bukan rumah sewa kami sahaja malah seluruh kampung sedang bergelap..
"blackout ke?", tanya kawan aku..
"yelah kot!", jawab aku ringkas..
"alahai.. kita baru je sampai.. takkan tuan rumah tak bayar bil elektrik kot.. hehe.."
"em, mungkin ada penyelenggaraan kat area ni kot.."
kami masuk di dalam rumah dan kami lihat terdapat beberapa batang lilin menerangi pelusuk ruang tamu.. kami lihat ada seorang ahli rumah masih tidak tidur.. yang lainnya sudah pun terbungkang.. aku menanggalkan baju.. begitu juga kawan aku itu.. keadaan di dalam rumah amatlah panas.. aku menyalakan sebatang rokok dan menyedut dalam-dalam..
"bak sebatang!", pinta kawan aku..
"yang ni last!", jawab aku..
"cutting!", kata kawan aku.. aku mengangguk.. itulah simbolik.. 'cutting' bermaksud berkongsi rokok.. aku hisap separuh dan dia selebihnya..
beberapa ketika masa berlalu, telefon bimbit aku berbunyi tanda hampir kehabisan bateri.. secara spontan aku berkata..
"pinjam charger kejap.. aku nak charge bateri handphone aku lah.."
kawan aku terpinga-pinga..
"charge bateri?", dia bertanya..
dan kami terdiam beberapa saat..
"kepala hotak kau! 'blackout' ni camne nak charge handphone?", kata kawan aku sambil tergelak besar.. terguling-guling dia gelakkan aku.. aku turut gelak sama untuk melindungi perasaan malu aku.. oh, betapa bodohnya soalan aku..
tengah asyik mengelamun di luar rumah bertemankan nyamuk, aku ditegur dari belakang..
"bateri handphone kau cukup ke, latip? tak mahu charge?".. lantas aku terdengar suara gelak besar di dalam kegelapan..
hampeh..!