Ads: (Please Click!)

Wednesday, August 10, 2011

Kenapa Handphone Itu Penting?


Texting
Salam.

Baca tajuk. Eleh, senang aje jawapan tu kan? Kat bawah ni antara jawapan-jawapan yang biasa sangat la kita dengar. Common.

READ MORE / LESS >>

1 - Jawab/buat panggilan. Sudah tentu la!
2 - SMS.
3 - Tangkap gambar.
4 - Dengar lagu.
5 - Buat video.
6 - Layari internet (Facebook, emel, bla bla bla..)
7 - Video call.

Ini cerita aku.

Aku pertama kali pakai handphone ni selepas tamat sekolah. Dulu handphone jenama Nokia siri 3310 atau 3315 sangat popular la. Selalu tengok kawan-kawan sekelas tunduk tengok bawah meja sebab diorang leka main game 'Snake' tu. Aku ni takde. Miskin. Tengok je la depa dari jauh. Minta pinjam nak main tak berani. Al-maklumlah.. masa tu Nokia 3310 ni mahal lagi. Mana aku mampu ganti kalau rosak beb!

Sudah sekolah, handphone pertama aku pakai ialah Nokia 3210. Siri lama sikit berbanding 3310. Itu pun pemberian dari kakak aku. Mana ler aku ada duit nak beli sendiri.

Start daripada itu, hah tak lekang ler handphone tu dari tangan aku. Ada saja aku picit sana picit sini. Nak nak bila tahu dapat chat dengan orang menerusi SMS. Chat yang ON CINTA, ON KAWAN gitu laaa.. Dulu mana ada FB FB neh. Dah selalu sangat chat chat ni, banyak la plak pakai duit. Yela. Pakai kredit kan. Dulu tak ada la kad reload 5 hengget.. 10 hengget.. Dulu minimum dah 60 hengget! Kopak beb.

Takde handphone, hidup aku sunyi. Kalau tengok bateri tinggal 1 bar, cepat-cepat aku caj. Tengok kredit tinggal RM 1, cepat-cepat aku reload. Yang jadi mangsa; ayah aku ler. Haha!

Sampaikan suatu hari di bulan puasa, aku kena marah oleh ayah aku dek kerana tengah sahur tengah berbuka, jari jemari aku duk sibuk tot tet tot tet tot tet handphone. Kena sound sekali dari ayah aku, terus stop. Padan muka aku. Ayah aku tanya dengan nada garang dan meninggi.

"Kau ni tak reti adab ke? Tengah makan pun main handphone lagi. Dah habis kredit, duit aku jugak kau nak sebat. Apa yang leka sangat tu? Urusan apa yang penting sangat tu sampai tak mau lepas handphone dari tangan?"

Hamik kau. Terdiam aku. Tergagap-gagap aku nak menjawab soalan-soalan pedih dari ayah aku. Haha.

Itu dulu punya cerita.

Sekarang?

Peredaran zaman, semua itu sudah berubah. Era makin maju ke hadapan, teknologi juga turut serta. Pemikiran dan penerimaan dalam masyarakat juga berubah. Budaya juga begitu. Apatah lagi ekonomi. Ekonommi negara. Ekonomi manusia. Semua sudah berubah. Yang mana dahulunya 'kehendak' berganti 'keperluan'.

Begitu jugalah evolusi handphone. Tua atau muda, korporat atau jelata, lelaki atau wanita, miskin atau kaya. Semua sudah memilikinya. Kenapa? Ia adalah keperluan. Bukan lagi kehendak. Seperti yang tersenarai kat atas tadi. Itulah antara kepentingannya.

Bila ditanya dahulu oleh ayah aku, 'apa yang penting sangat handphone ni?', sekarang barulah aku boleh jawab. Banyak kepentingannya, ayah. Tengok sekarang. Ayah pun pakai handphone la. Haha. Sekarang pun ramai orang jadi gila disebabkan handphone tau, ayah. Gelak sorang-sorang depan handphone. Tersengih sambil jari tot tet tot tet tot tet. Sewel kot, ayah.

Namun, dalam banyak-banyak kebaikan handphone ni masih ada keburukannya. Cuma ia bergantung kepada pengguna itu sendiri.

1 - Tonton/bikin video lucah!

Yang ni sape-sape pun gila. Tak kira umur, status, jantina, mahupun latar belakang. Kebanyakkannya memiliki. Errr.. aku? Haih! Jangan la tanya. Aku tengah taip entry ni. Haha! Bikin? Yang ini aku tak reti dah nak cakap apa. Pelik. Video ciom-ciom mahu rekod. Video gatai cuit situ cuit sini puna mahu direkod. Tu belum lagi video ehem-ehem! Untuk apa? Sebar? Tonton sorang-sorang?

2 - Letupan

Handphone ni ibarat 'bom jangkamasa' yang sangat rapat dengan kita. Dulu punya cerita, kalau terlebih caj (over charging), terdedah dengan haba panas, handphone boleh meletup tau. Sekarang kes meletup kerana over charge tu mungkin dah kurang la. Tapi kes meletup kerana haba panas masih ada. Ia berlaku beberapa bulan yang lalu. Habis dashboard kereta hancur. Ingat ye. Jangan tinggalkan handphone ada di atas mahupun di dalam dahsboard kereta ketika kereta anda berjemur di tengah panas!

Banyak lagi sebenarnya keburukan-keburukan handphone ni. Namun tak la sebanyak kebaikan dia. Cuma ia memang bergantung kepada kita. Kecuaian pun menjadi sebab kenapa handphone tu bahaya! Apa bahayanya? Kemalangan.

Kenapa? Gambar di bawah ni antara punca sesuatu kemalangan berlaku.

Tak sayang nyawa!
Memang la handphone tu penting beb. Tapi agak-agak la. Takkan sampai mempertaruhkan dan menggadaikan nyawa demi menjawab panggilan dari handphone? Tak ke gila namanya.

Tu la kalau orang tanya. Penting ke handphone ni? Penting ke? Penting ke?!

Ya, penting bergantung kepada situasi dan keadaan. Contohnya, gambar kat bawah ni. Aku sengaja buat spoiler. Takut korang ada darah tinggi ke ape ke. Hehe.

KLIK SINI


Kalu jadi camni, handphone tu penting kan? Kalau dekat-dekat orang ramai okey la. Nanti ade je volunteer datang tolong itu ini. Tapi kalau sorang-sorang? Jauh dari penduduk? Hah, naya.

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
0 Comments


0 Orang Kentut Madu:

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger