Salam.
Semua orang sayang ayah, bukan? Aku pun begitu.
Aku hidup dari latar belakang orang yang susah. Dulu rumah aku rumah kayu saja. Maklumlah, ayah aku dulu kerjanya hanya sebagai tukang kayu dan nelayan saja. Cuma ketika aku berada di darjah tiga, ayah membuka restoran. Berkat usaha ayah itu, hidup kami bertukar. Agak senang sedikit berbanding kerja ayah yang lama.
READ MORE / LESS >>
Semua orang sayang ayah, bukan? Aku pun begitu.
Aku hidup dari latar belakang orang yang susah. Dulu rumah aku rumah kayu saja. Maklumlah, ayah aku dulu kerjanya hanya sebagai tukang kayu dan nelayan saja. Cuma ketika aku berada di darjah tiga, ayah membuka restoran. Berkat usaha ayah itu, hidup kami bertukar. Agak senang sedikit berbanding kerja ayah yang lama.
READ MORE / LESS >>
PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!
Waktu sebelum rumah baru aku siap, ayah dan kami adik beradik yang kerjasama mengecat rumah. Boleh dikatakan rumah sudah hampir siap ( peringkat finishing). Kebetulan aku tamat pengajian di kolej. Dalam beberapa minggu kemudian, aku selsema. Datang pula rasa malas. Jadi hari itu, aku tidak tolong ayah mengecat rumah. Tinggallah ayah dan adik bertungkus lumus mengecat rumah.
Aku duduk di birai longkang sambil memerhati ayah mengecat siling rumah. Ayah berdiri pada tiga empat anak tangga. Ayah takut tinggi. Ayah gayat. Jadi ayah guna tangga untuk mengecat siling rumah. Waktu itu cat di dalam tin cat habis. Ayah mengarahkan aku untuk mengambil cat yang baru di dalam stor. Tapi, dengan dorongan rasa malas, aku memberi alasan aku tidak larat untuk bangun. Tenaga tiada. Aku lihat ayah mengeluh berat. Mahu atau tidak, ayah turun tangga. Kaki dan tangan ayah terketar-ketar ketika menuruni anak tangga. Kasihan ayah, gayat. Aku tidaklah teruk sangat demamnya. Setakat selsema apalah sangat. Tapi aku telah menyusahkan ayah.
Aku anak pemalas!
Waktu di kolej dulu, aku hilang telefon bimbit. Aku pula langsung tidak memberitahu ayah. Dan silap aku juga sebab tidak menggantikannya dengan yang baru. Dua minggu agaknya aku membiarkan. Tanp sebarang hubungan dengan ayah mahupun ahli keluarga yang lain. Hatta ayah pernah berpesan, jika ada masalah hubungi saja ayah. Tapi, aku tidak ambi peduli hal itu.
Suatu hari, tiba-tiba saja kelihatan kelibat ayah menjelma di depan pintu rumah sewa. Aku terperanjat. Rupa-rupanya ayah sanggup datang dari Kemaman ke Kota Bharu semata-mata mahu tahu keadaan aku. Gila. Lebih 6 jam perjalanan dari Kemaman! Asalnya aku tidak mahu menyusahkan ayah untuk membeli telefon bimbit baru. Tapi, aku menyusahkan ayah kerana sanggup datang dari jauh untuk menjenguk aku!
Yalah. Ayah mana tidak sayangkan anaknya?
Bertuah punya anak!
Sewaktu kita 'berkuasa', kita ada segalanya. Sewaktu kita 'lemah' pula, kita bakal kehilangan semuanya.
Sekarang ayah sudah tua. Ayah dulu aktif buat kerja-kerja pertukangan. Angkat kayu berat-berat. Sekarang angkat kayu bersiaz 2 inci X 2 inci pun semampu dua tiga batang saja. Kerana keuzuran itu, ayah tidak buat banyak kerja. Hanya mampu solat, menonton televisyen, pergi ke surau, pergi ke pasar, dan termenung di dapur. Oleh kerana keuzuran itu juga, sumber pendapatan keluarga hampir terputus.
Bila diimbau kembali, banyaknya kesilapan aku terhadap ayah. Hal yang menyusahkan ayah. Ini baru sedikit. Banyak lagi sebenarnya. Biarlah rahsia.
"Ayah, ini duit dari gaji saya. Saya tak mahu harapkan apa-apa yang berharga dari ayah kecuali satu. Doakan kejayaan saya di dunia dan akhirat. Itu saja."
Ayah aku tersenyum. Ayah berkata syukur dan membuka cerita betapa susahnya keadaan ayah sekarang. Aku senyum tanda faham. Dan ayah asyik bercakap mengulangi kata-kata ayah tadi. Tanpa jemu dan bersebab.