Gambar-gambar untuk artikel aku kali ni di ambil dari emel aku sendiri. Entah siapa yang forward. Jarang sebenarnya aku membuat satu entry yang dipetik dari emel. Tapi emel kali ni lain benar. Buat aku teruja mahu buat entry.
Kalau sebelum ni, aku pernah tengok macam mana environment pejabat Facebook. Korang leh tengok sendiri. Klik SINI atau SINI. Huh, not bad la. Tak tahu kenapa, tak menarik minat sangat pun. Tak meng'excited'kan aku. Hehe. Tapi bila tengok yang Google punya pejabat, perghhhh..! Wallaweh!
READ MORE / LESS >>
1 - Ada gelongsor
Ceh! Aku ingatkan kat taman permainan je ada menatang ni. Kat headquater (HQ) Google pun ada beb. Dan ingatkan bebudak aje yang main gelongsor. Eh eh. Orang tua pun main juga rupa-rupanya. Haha. Tapi jangan salah faham. Google sediakan gelongsor dari tingkat atas ke bawah bagi memudahkan akses kepada pekerjanya. Yelah. Kot la bigboss panggil dari tingkat 1, kau ade tingkat 5. Mau turun pakai tangga? Aku rasa kena pakai ear-plug la tahan bebelan bigboss.
2 - 'Menkedarah' secara percuma
Yang ni memang aku tak tahan. Bab makan. Gila kau. Dulu aku kerja kat KL bawak duit RM 20 pun tak cukup satu hari punya makan time kerja. Makan pagi, tengahari. Tu belum masuk waktu minum pagi dan minum petang. Yang merokok? Mampuih. Yang aku jelous, boleh plak Google bagi free je pekerja dia makan. Makan ala-ala hotel plak tuh. Wallaweh! Kalau si kaki makan kerja di HQ Google ni, hm hmm hmmm! Memang tak nak balik rumah la jawabnya. Menambahkan lagi lemak dalam badan. Haha!
3 - Skrin besar untuk setiap orang pekerja
Yang ni takleh nak kata apa la. Nama pun Google. Apa kerjanya? Of course berkaitan dengan komputer. Memang tak salah pun Google bagi semua pekerja dia SEKURANG-KURANGNYA 2 skrin besar untuk seorang pekerjanya. Pekerja mereka kebanyakkannya adalah si pengaturcara (programmer) dan juruaudit. Tengok mamat tu. Sambil buat kerja, sambil layan lagu. Ceeiiii.. santai gitu.
4 - Whiteboard di setiap sudut
Kata salah seorang pengurus besar Google, "Idea dan buah fikiran tidak semestinya datang ketika kita duduk berada di dalam pejabat semata-mata." Hambik. Setiap sudut bilik HQ Google ada whiteboard, hatta dalam tandas kot. Haha. Tapi, aku memang sangat-sangat setuju la dengan kata konsep pengurus besar Google ni. Bukannya apa. Based on my experience la kan. Tengah meneran berak pun aku pernah dapat idea nak karang cerpen di blog aku. Gempak plak tu cerita aku. Haha. *Perasan!* Eh eh. Sampan pun leh jadi tempat duduk ye? Hai matleh matleh.
5 - Pengisian masa lapang yang syok
Konsep ini telah dicilok oleh Facebook. Hehe. Tak percaya? Lantak korang. Yang kaki snuker, pool, 'lucky ball', siap la korang kalau kerja kat HQ Google ni. Memang berpesta la korang dalam ofis. Siap buat duit lebih. Haha. Yang kaki konsol lagi parah. Mengadap la korang dengan PS3, XBOX dan macam-macam lagi sampai muntah. HQ Google sediakan kemudahan camni untuk pekerja mereka. Duk mengadap monitor 24 jam, sape-sape pun bleh jadi gile beb!
6 - Komunikasi dan privasi
Wah wah. Romantik. HQ Google tak sekat sosialisme pekerja diorang. Di setiap tingkat pejabat ada disediakan ruang seperti kabin untuk pekerjanya attend personal affairs. Ada phone, dan privasi. Kot la korang dari Malaysia, datang kerja sini. Boleh call sembang-sembang dengan mak ayah korang di kampung kan. Hm. Pejabat kat Malaysia ni ada buat camni tak?
7 - Sokongan teknikal
Lawak! Depa ni (pekerja Google) semuanya terer-terer bab aplikasi dalam talian. Tapi sayangnya. Kalau komputer diorang rosak, diorang sendiri terkebil-kebil mahu repair beb. Lastly, suruh orang lain tolong repair-kan. Nak tak nak Google terpaksa sediakan sudut sokongan teknikal camni. Kahkahkah! Nobody is perfect beb!
8 - "Massage! Massage!"
Yang ni pasal kesihatan. Sebesar mana pun pangkat korang, kesihatan tetap nombor 1! Tak sihat camne korang nak buat kerja kan? Kat HQ Google ni disediakan tukang urut tahap pro! Yelah. Kot la pekerja dia stress ke penat kerja ke. Santai dulu masa 10-15 minit untuk mengurut. Stim habis! Hmmm. Munasabah ke pekerja Google ni boleh stress dengan environment ofis camni? Ehem ehem.
9 - Rest, Rehat, Rilex (3R)
Kalau taknak tukang urut manusia, boleh guna elektronik punya. Ala-ala kerusi Ogawa gitu. Yang bestnya, bilik ni disediakan dalam pencahayaan yang tenang dan redup. Siap ada akuarium. Menenangkan jiwa dan kepalaotak yang tengah serabut fasal kerja.
10 - Sudut membaca
Tak heran la beb. Orang putih punya style, membaca lebih baik dari bercakap. Tak kira di mana-mana. Buku mesti ada. At least makalah atau surat khabar. Kalau di rumah atau pejabat, sudut atau bilik membaca wajib ada.
Okey. Cukup 10 perkara keunikan pejabat Google neh. Gempak beb. Semua kemudahan ada. Bertuah ler sapa yang dapat kerja di Google.
Cuma aku masih tertanya-tanya. Beberapa persoalan berlegar-legar di dalam kepalaotak aku ni. Antaranya:
@ Di HQ macam-macam ada. Dahtu. Bila masanya diorang bekerja ni?
@ Berapa ya Google bayar untuk gaji setiap seorang pekerjanya?
Dan yang paling penting sekali..
@ Ada jawatan kosong tak kat sana? Aku nak join gak ni!!!
Haha.