Kihkihkih. Takde apa benda aku nak tulis. Benda remeh macam ni pun buat entry. "Hek elleehhhhh.. kecoh la lu!" Apa nak buat. Dah orang tegur, kita ikut aje ler. Kadang-kadang teguran orang membuat kita dari tak elok, jadi elok. Dari buruk, jadi cantik. Dari gemuk, jadi kuruihhh. Hehe.
Apekebende aku nak cerita sebenarnya ni?
Untuk pengetahuan korang, dua hari yang lepas (dari tarikh entry ni ditulis) aku dah melakukan transformasi kepada aku punya layout blog. Biasa la aku ni. Tema blog selalu je berubah-ubah. Selepas siap proses transformasi, ada la sikit slack tang situ tang sini. Tang komen tab la, script la, font la. Macam-macam ada. Biasa la. Tak semua layout tu perfect. Alaa free je pun dalam internet.
So semalam aku dapat teguran di chatbox oleh cik aida kite. Perasan plak layout blog aku ni bertukar ye. Baguih baguih baguuuiiihhh. Nampak dah beliau ni salah sorang follower kat blog aku yang kerdil ni. Hehe. Teguran yang baik sebenarnya. Yalah. Selepas tukar layout baru ni, aku dah dapat agak yang tang font dia macam susah dan sakit mata sikit nak baca. Bila tengok teguran cik aida kita, nah. Memang betul la sangkaan aku yang font asal memang teruk!
Jadi, aku apa lagi.. Bertukar!!!!
PLINGGGG!!!!
Errr.. alamak! Silap upload gambar jadi kecik la plak. Korang klik je ler gambar untuk view penuh. Auto open new window. Don wori.
Kali ni harap-harapnya font jenis selesa sikit korang nak baca. Ni idak. Font entah apa-apa.
Macam biasa, tema putih sebagai background masih tetap menjadi pilihan. Putih itu suci bersih. Ecececeeee..
Ada apa-apa lagi nak komen pasal blog aku ni? Layout ke ape ke.. Teguran yang membuatkan aku mengubah sesuatu kepada blog, aku bagi 3 link free ke blog korang! Hah! Sila sila sila. Drop aje komen korang kat salah satu jenis kekotak komen di bawah. Facebook ke.. Blogger ke.. Pilih pilih pilih.
Teguran itu membina! Yeah!
Free link ke blog cik (cik ke puan? ) aida kita [LINK]. Trimassssss sebab teguran anda. *wink! wink!*