Ads: (Please Click!)

Friday, August 12, 2011

Merokok. Subhanallah! Kenapa Ikut Hadis Palsu?


Salam.

Benda ni kecoh sangat di Facebook. Sehinggakan kita share sana sini. Tag kawan-kawan di Facebook. Malah, mungkin ada yang sebarnya melalui blog. Yang kelakarnya, siap ada yang bertekak tentang isu ini. Bila ada pihak yang menyokong 100% hadis ini, maka pihak ini boleh dikatakan menang. Yalah. Ada bukti. Hadis plak tuh. Yang kalah (sang perokok) hanya mampu diam.

READ MORE / LESS >>

Tetapi masalah yang timbul di sini adalah, betulkah wujud peristiwa sepertimana dari petikan hadis ini?

Di bawah adalah hadis yang kecoh tersebar di Facebook.

SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : "Kelak... akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka"

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: "Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?"

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau."

Nabi bersabda lagi : "Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji"

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku 'HARAM MEROKOK' oleh Adil Akhyar muka surat 12)

Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini.

Amboi. Siap disertakan nasihat.

Artikel aku kali ini bukanlah untuk membela sang perokok. Dan bukan juga mengutarakan hukum sebenar menghisap rokok. Tetapi tujuan artikel aku kali ini adalah untuk memperbetulkan sesuatu yang menjadi kekeliruan dan kesesatan kita. Iaitu kesahihan atau kewujudan hadis di atas.

Jadi langkah pertama yang aku ambil, aku terus bertanya kepada seorang penceramah agama bebas terkenal masa kini, iaitu Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus di laman Facebook-nya. Di bawah adalah print screen yang aku ambil dari sana.

Translate: "Salam ustaz. Benarkah wujud hadis ini. Menurut kata ustaz di dalam ceramah (yang lepas), ustaz mengatakan makruh sepertimana yang diputuskan oleh jumhur ulamak. Habis, ada hadis ini macam ni pula. Bagaimana, ustaz?"

Beberapa minit menunggu balasan komen dari ustaz. Kemudian dan akhirnya..


Klik SINI untuk terus ke perbincangan di atas di Facebook. Selang beberapa minit kemudian, aku mendapat tahu bahawa soalan yang serupa pernah ditanya kepada ustaz. Namun, jawapan ustaz tetap sama; tidak wujud atau ditemui hadis yang sedemikian!

Nah!

Kita sibuk-sibuk menyebarkan hadis palsu di internet. Kita memandai-mandai pula menegaskan hukum hakam. Malah, kita sanggup bertekak dengan orang dengan hanya satu permasalahan ini. Apa yang kita dapat? Bukankah menyebar dan mengedarkan hadis palsu lebih besar dosanya? Bukankah ini telah menimbulkan kekeliruan di dalam umat Islam?

Aku pernah berusaha mencari terbitan hadis ini di internet. Malangnya tidak ditemui langsung, kecuali yang telah diterbit / share di ruangan sosial Facebook.

Sesiapa yang mahu berdebat fasal hukum hakam hisap rokok / merokok, banyak artikel yang boleh ditemui di internet. Namun, bagi aku masih banyak yang kabur. Jadi aku mahu korang tengok saja 2 video di bawah. Kemudian, tafsirlah sendiri.

Video #1.


Video #2.


Sila 'like' dan komen kalau suka. Sila komen kalau ada tang mana-mana tak puas hati. Jangan maki.

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
0 Comments


0 Orang Kentut Madu:

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger