Sakit hati betul aku bila ingatkan kejadian minggu lepas. Maunya tak. Tengah khusyuk-khusyuk, jadi sia-sia. Tapi dalam duk sakit hati bengang-bengang, ketawa juga. Sebab lucu. Bab-bab lucu ni memang aku tak bleh blah. Nak je aku tulis dalam blog. Meh baca meh.
Nak ke masjid waktu tu. Solat Jumaat. Oleh kerana bangun lambat, aku gopoh mandi (mandi kerbau je), pakai jubah hijau (PAS), laju-laju bawak moto. Mujur sampai masjid, tok imam baru nak start khutbah Jumaat. Fuuuhhh! Mujur.
Adalah menjadi satu kepelikkan kehairanan kemusykhilan kekonfiusan bagi aku. Kalau di bulan puasa, selalu je penuh masjid dengan manusia. Dari kecik sampai tua. Dari muda sampai ke tua. Segala golongan ada. Penuhhhhh satu masjid. Aku biasa solat di masjid baru di kampung sebelah. Yang pelik hairan musykhil konfiusnya aku ni, hari-hari bukan bulan puasa takde la ramai camni. Bila bulan puasa aje.. tu dia aih! Pukul 1 tengahari sampai masjid, jangan harap ler leh duduk saf depan. Aku ni jenis suka duduk saf depan samada saf kedua atau ketiga.
Biasa ler bulan Ramadhan. Bulan 'buat pahala'. Bulan lain 'buat dosa'. Ye dak? Tak percaya? Tengok ler sekeliling korang. Ramai mana 'geng-geng hipokrit' kepada Tuhan dia.
Masa sebelum aku menapak masuk masjid, dah nampak dah ramai budak-budak kecik duk huu haa huu haa main berkejar-kejar buat bising kat luar masjid. Siapa la bapak/abang si budak-budak hingusan neh! Hempuk kepala sorang sorang baru tau, fikir aku. Aku buat donno je ler kan. Dah tok imam dah nak start khutbah dah pun. Aku ni cepat-cepat amik wudhuk.
Usai amik wudhuk, aku pun menapak lagi masuk untuk ke saf depan. Sempat lagi jeling kat budak-budak hingusan ramai-ramai tadi. Tak tahu kenapa budak-budak tu menjadi attraction mata aku untuk tengok diorang. Biasanya aku buat bodo dan donnooo ajeee ngan budak-budak macam ni. Tapi kali ni rasa nak tengok sangat.
Eh, kali ni budak-budak hingusan tu makin galak. Ping peng ping peng, bunyi mercun. Depa main mercun pulaaakkkk.. Takpe. Takpe. Mujur mercun cap itik. Kalu cap gajah, tak jadi solat Jumaat aku duk kejar budak-budak tu dengan penyapu!
Sempat gak aku jeling sekali sekala tatkala tok imam menyampaikan khutbah. Siyes beb. Tak khusyuk aku dengar khutbah dari tok imam pada hari tu. Ni semua gara-gara budak-budak hingusan tu. Berkali-kali gak aku cubit-cubit peha aku sendiri.
'Jangan layaaaannn! Jangan layan perasaan tuuuu!' bisik hati aku.
Aku berpaling. Tengok ada seorang lelaki dalam lingkungan 30-an menegur salah seorang budak dari kalangan budak-budak hingusan tadi.
"Masuk dalam! Jangan buat bising. Nanti tok imam marah," begitu la lebih kurang dialog dia. Kurang jelas aku dengar sebab jauh. Tapi yang bongoknya, takkan la tok imam nak marah. Tok imam kan tengah baca khutbah tuuuuuuu. Hmmmm.. tok imam kedua kot. Boleh jadi, fikir aku.
Tadi dah tengok seorang budak dari kalangan budak-budak hingusan tadi kena marah. Padan muka, bisik hati aku. Walau bagaimanapun, sedikit tak rasa puas. Mana taknya. Dah masuk khutbah yang kedua, budak-budak tu main mercun balik! Haramjadahbedahbetul.
Okey, fine. Takpe.
Jemaah dah nak start solat Jumaat. Harap-harap budak-budak hingusan ni tak buat onar. Jangan ler buat bising, wahai budak. Orang nak solat!
Takbir. AllahuAkbar..........
Alhamdulillah. Rakaat pertama smooth je. Masuk plak rakaat kedua. Suara lunak merdu tok imam membacakan keratan ayat suci Al-Quran amat mengasyikkan. Aku menghayati dengan tenang. Tiba-tiba..
"POOOOOOMMMMM!!!"
Aku terkejut macam kucing terkejut. Kuat bunyi mercun membuatkan tok imam berhenti seketika bacaan surah. Aku ni takyah cakap ler. Nak marah ni. Tapi tak jadi marah. Seorang jemaah di sebelah aku melatah.
"BUUURRR*****TTTTT!!!!!!!!!!!!!!!!"
Ada la kot dalam 2 @ 3 orang sarung selipar then cabut. Ketawa berdekah-dekah dari dalam masjid sampai la kat luar masjid. Sambil start moto @ kereta, mulut tak berhenti ketawa. Aku? Toksah cakap ler. Perut macam nak meletup tahan ketawa. Tapi gagal. Alang-alang dah ketawa dan solat pun batal, takkan nak tunggu dalam masjid. Cabut lerrrr!
Kahkahkahkahkah!!!