"Malaysia No 1 Escort Service 2011!!!!!"
Itulah motto yang digunakan oleh bapa ayam yang kini bebas mempromosikan pelacur di ruangan internet, iaitu di blog dan Facebook! Kini mereka bergerak bebas tanpa mengira target umur, bangsa, warganegara, dan juga kawasan (daerah). Asalkan mereka memperoleh pelanggan yang rata-ratanya 'kemaruk' dan gila seks! Yang penting bagi mereka, 'Customer is King!'
Difahamkan, pelanggan yang melayari blog atau membaca iklan di Facebook hanya perlu membuat 3 langkah mudah, iaitu Call (hubung), Choose (pilih), dan Cash (bayar). Sila lihat pelan promosi mereka di bawah ini.
Cukup mudah, bukan?
Astaghfirullah. Sekarang, pelbagai strategi licik yang digunakan oleh bapa ayam ini semata-mata ingin mengautkan keuntungan segera yang berlipat kali ganda.
Ini petikan yang saya ambil dari akhbar online Metro:
SUBANG JAYA: Pilih wanita mengikut selera masing-masing melalui Internet dan tempah melalui SMS. Begitulah mudahnya khidmat disediakan 'Pretty Women Club' atau Kelab Wanita Cantik kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan teman sosial di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak.
Lebih memeranjatkan, sindiket memperdagangkan wanita berusia 19 hingga 24 tahun dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina itu menawarkan khidmat secara terbuka dengan membuka blog khas yang boleh dilayari sesiapa saja.
Pelanggan hanya perlu melayari blog disediakan untuk memilih nama wanita yang turut disertakan gambar di lapan pusat operasi disediakan dan jika berkenan, terus hantar SMS kepada mereka tanpa melalui orang tengah atau bapa ayam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (ACP) Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, kaedah digunakan Kelab Wanita Cantik adalah cara terbaru sindiket memperdagangkan wanita di negara ini.
Sehubungan itu, katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai sindiket berkenaan dalam usaha membasmi kegiatan tidak bermoral itu. (Sumber)

Setelah membuat beberapa carian dan bacaan di internet, saya telah menemui blog tersebut. Dan dengan ucapan istighfar, memang benarlah apa yang diuar-uarkan. Cara yang cukup mudah untuk melanggan pelacur yang rata-rata dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina.
Walaupun agak bercanggah sedikit dengan petikan berita online Metro seperti di atas, operasi mereka tetap sama. Online Metro menyatakan pelacur ditempah melalui SMS, tetapi pada artikel yang saya dedahkan ini pelacur ditempah dengan membuat panggilan telefon terus kepada bapa ayam.
Saya percaya, gambar-gambar dari blog ini hanyalah gambar 'palsu' yang hanya bertujuan menarik minat pelanggan untuk melanggan pelacur-pelacur ini. Merujuk kepada blog servis pelacuran ini (sindiket), mereka telah mendakwa bahawa kegiatan tidak bermoral mereka ini telah bergiat aktif selama 5 tahun. Walau bagaimanapun, fakta ini agak mengelirukan kerana pada kenyataan kedua, mereka mendakwa 'perniagaan' mereka telah beroperasi selama 10 tahun pula. Berdasarkan rekod postingan artikel terakhir dari blog ini adalah bertarikh 2 Jun 2011. Kemungkinan pada tarikh sebelumnya, sindiket ini beroperasi secara 'rahsia' sepertimana sindiket bapa ayam yang lain (di jalanan dan hotel-hotel murah).
Apa yang lebih memeranjatkan, harga pelacur yang paling murah ditawarkan kepada pelanggan adallah serendah RM 150 sahaja! Terus terang saya katakan harga serendah ini sesiapapun boleh melanggan hatta pelajar yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi pun!
Gambarajah di bawah ini pula menunjukkan cara operasi 'perniagaan' mereka (deal bapa ayam dengan pelanggan).
Difahamkan, nombor telefon yang disediakan tidak dapat dihubungi (sama ada ditutup atau 'divert') setiap kali pelanggan membuat panggilan. Akan tetapi, pelanggan akan dihubungi semula oleh bapa ayam tersebut dengan menggunakan nombor telefon privasi (private number). Cara ini digunakan untuk mengelak operasi sindiket bapa ayam ini dihidu oleh pihak berkuasa.
Saya betul-betul beristighfar panjang. Ini adalah suatu 'penyakit' yang bakal merosakkan minda kita yang seterusnya boleh menggoyahkan iman dan merosakkan aqidah kita!
Blog sindiket bapa ayam ini terpaksa saya rahsiakan atas sebab-sebab yang munasabah. Tidak perlu rasanya saya kongsi pautan (link) blog seperti ini. Cuma yang saya minta supaya ada pihak yang berwajib tampil untuk bertindak menyekat blog ini khususnya, dan web-web lucah atau servis pelacuran yang lain, amnya.
PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!