Ads: (Please Click!)

Friday, July 01, 2011

From FB To Blog (Part 4) : 'Barang' Awak Besar Mana?



Kejadian ni terjadi pada beberapa bulan yang lalu di satu shopping complex yang cukup terkenal di bandar Bintulu, Sarawak. Bila sebut shopping complex, takkan nak pergi berenang plak kan? For sure la shopping kan. Hehe.

READ MORE / LESS >>

Aku singgah di satu kedai yang dijaga oleh seorang awek cun. Tak tahulah taukeh ke pekerja ke. Yang pasti, awek ni cun. Hehe. Namun, tujuan aku bukanlah nak mengayat awek tu mahupun merisik awek tu. Oh bukan bukan! Dalam kepalaotak aku ni hanya nak beli barang. Aku pun carilah barang yang aku perlu kemudian terus ke kaunter untuk membayar. Boleh tahan banyak jugalah barang yang aku beli.

Yang peliknya, awek cun ni membungkus barang-barang yang aku beli tu dengan satu beg plastik yang agak kecil yang membataskan aku untuk menjinjingnya. *Fuh ayat..* Aku pun ape lagi. Takkan nak diam. Aku minta la beg plastik yang lebih besar sikit.

"Dik.. mintak beg plastik besar siit boleh? Banyak barang ni.. beg plastik ni kecik sangat.. tak muat ni," kata aku.

"Oh boleh. 'BARANG' awak besar mana?" tanya awek tadi.

"HAH?!"

Aku tersentak dengan mata membulat. Apehal plak awek tu tanya macam tu? 'Barang'?!

"Sorry! Sorry! Sorry! Salah tanya!" kata awek tadi lalu sambung ketawa dan menutup mulut dengan tangannya.

Dengan gopoh, dia tukarkan beg plastik kecil tadi dengan yang lebih besar saiznya. Seriously, aku tak tahu apa yang sedang difikirkan atau didengari oleh awek cun ni. Aku rasa memang aku tak silap cakap pun. Kenapa awek ni tanya soalan yang agak.. pelik?!

Aku pun apa lagi.. ketawa dengan terbahak-bahaknya! Nampak merah padam muka awek cun tu menahan malu.

Aduka: Tu laaaa.. lain kali jangan suka sangat berkhayal dan tengok cerita BLUE'S CLUES! Ni la jadinya.. Haha..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
3 Comments


3 Orang Kentut Madu:

Kapten Atok said... [Reply]

haha
bg tau ja saiz 'dia'

Aisumi Chan Kawa'i said... [Reply]

hahahaa! ape yang dia fikirkan agknye? sumi pun mula2 mcm blur..

Nur Zalfa Afra said... [Reply]

mungkin dia dgr " dik, mintak plastik besar sikit, nak letak barang" dia ingat ade barang lain yang nk diletak,.. mungkin yg beli kat kedai lain x dapat plastik ke ape, so dtg kedai die, alang2 tu mnx ler plastic..tu yg die tye brg besar mne

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger