
Ini peristiwa 9 tahun yang lepas. Waktu itu aku di tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2, Kemaman. Waktu itu, minat aku untuk belajar ditolak ke tepi. Aku banyak bermain-main dan lewa saja tentang pembelajaran. Maka, aku banyak ponteng kelas-kelas tertentu. Kebanyakan cikgu tidak mempedulikan aku. Lembaga disiplin pun sudah muak menulis namaku di dalam rekod disiplin. Dan pada hari itu, aku meninggalkan kelas Prinsip Akaun kerana kurang minat. Aku ponteng dan terus ke kelas Perdagangan untuk lepak bersama rakan. Kadang-kadang...