Ads: (Please Click!)

Saturday, July 02, 2011

Populariti Facebook Akan Jatuh Tidak Lama Lagi?


Salam.

Mungkin sesetengah pihak mengatakan ini adalah 'rumors' atau khabar angin semata-mata. Mungkin juga sesetengah pihak akan menafikan jatuh bangun laman sosial popular iaitu Facebook. Walau bagaimanapun, teknologi atau kejuruteraan sesebuah laman sosial bergantung kepada keselesaan dan kepuasan penggunanya.

READ MORE / LESS >>

Maka, jika sesebuah laman sosial itu memberikan keselesaan dan satu kepuasan yang unik kepada pengguna bakal menjatuhkan populariti laman-laman sosial yang lain. Sebagai contoh, pada awal tahun 2006 sehingga tahun 2008, laman sosial Friendster menjadi salah satu lama sosial yang amat popular. Namun sejak wujudnya Facebook, laman Friendster tidak lagi menjadi sebutan atau 'laman sosial yang mesti dilewati' yang popular di internet. Bukankah begitu?

Kini, Facebook menjadi satu laman platform yang sangat tinggi dan popular kepenggunaannya. Bukan sahaja orang perseorangan yang menggunakan Facebook, malah jabatan kerajaan, kedai-kedai online, industri muzik, tokoh-tokoh politik, artis, dan sebagainya turut memiliki Facebook. Facebook juga menjadi satu laman sosial yang 'mesti' dilayari oleh setiap orang tanpa mengira umur.

Menurut statistik, sebanyak purata lebih 3 juta pengguna mengakses Facebook seminit sepanjang dalam masa 24 jam! Facebook adalah salah satu fenomena laman web sosial yang mengejutkan penganalisis internet. Menurut statistik lagi, angka pengguna Facebook semakin meningkat dari hari ke sehari. Walau bagaimanapun, jurutera-jurutera pembangunan Facebook telah menjangkakan akan kewujudan 'pencabar' mereka dalam masa beberapa tahun ini.

Persoalannya, siapakah 'pencabar' Facebook?

Google+ (disebut Google Plus atau G-Plus)!

Anda boleh melewati 'bakal pencabar' Facebook ini dengan menilai sendiri web demo yang telah disediakan. KLIK DI SINI.

Google+ ini masih diperingkat pengujian fasa beta (beta phase) di mana, Google telah menghadkan kepada beberapa orang pengguna sahaja. Di bawah ini adalah gambar contoh. Terdapat juga komenbalas (feedback) yang telah dibuat oleh orang tempatan.

Klik gambar untuk besarkan (auto open new window) - Sumber: Oh! Media

Soalan yang amat penting bagi pengguna: Sejauh manakah kehebatan 'pencabar' Facebook ini?

Ya. Sudah tentu kita semua tertanya-tanya. Dan mungkin kebanyakan dari kita juga mempersoal akan mutu atau tahap 'keseronokan' atau tahap keselesaan Google+ ini. Adakah sehebat atau setanding dengan Facebook? Adakah ia boleh memenuhi kehendak kita seperti Facebook? Anda boleh membuat carian atau baca 'review' yang telah dibuat oleh blogger AdmiralHafiz ini.

Walau apa pun yang bermain dibenak kita, jawapan yang tepat bakal terjawab selepas kemunculan rasmi Google+ ini. Nantikan kemunculan 'pencabar' hebat Facebook ini!

Aduka: Dah tak sabar nak guna Google+!!!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
1 Comments


1 Orang Kentut Madu:

Syazwan said... [Reply]

dah dapat invitation. dandan takleh register sebab tak cukup umur -_-
b'day ke-18 bulan 9 ni plak

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger