Ads: (Please Click!)

Wednesday, November 02, 2011

Israel : Rakyat Boikot, Negara Berdagang



Salam.

Ramai antara kita sangat marah dengan Israel. Apatah lagi apabila kita sedia maklum tentera-tentera Israel melakukan kekejaman terhadap rakyat negara Palestin. Justeru itu, kita berkempen dan berpakat menolak dan memboikot barangan buatan Israel malah membenci Israel itu sendiri.

Dahulu sewaktu hangatnya kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin, kita digesa untuk memboikot barangan import seperti produk makanan, jenama, dan produk yang berkaitan Israel. Sebahagian besar rakyat kita menyokong kempen boikot tersebut. Baguslah. Ini memungkinkan keuntungan produk eksport barangan atau produk Israel (dan sekutu) jatuh merundum. Biarlah sedikit pun, tidak mengapa. Sekurang-kurangnya, kita sudah memboikot. Kita orang Islam memang sangat prihatin.

Di Facebook pula ada banyak tersebarnya gambar-gambar kekejaman Israel dan propaganda Israel terhadap orang Islam di Palestin mahupun seluruh penduduk dunia. Dan kita sememangnya sedia maklum bahawa sebenarnya Israel (Zionis) telah pun 'menjajah' hampir keseluruhan aspek di dunia, termasuk ekonomi, media, pelajaran, psikologi, dan sebagainya. Langkah bijak kita menyebarkan fakta-fakta tersebut bagi menyedarkan umat Islam kepada masyarakat di negara kita khususnya. Kita orang Islam memang sangat prihatin.

Walau bagaimanapun, sejauh mana relevannya kempen, boikot, benci, dan marah kita terhadap propaganda Yahudi Zionis Israel ini?

Ini adalah fakta penting yang perlu kita ketahui tentang hal yang sebenar terjadi di negara kita sendiri. Dan seterusnya perlu kita tolak secara habis-habisan jika benar 'kita prihatin' dan menolak propaganda Israel Zionis laknatullah ini.

Lihat imej di bawah.


Jadual di atas adalah menunjukkan tiga jenis urusan jual beli atau dagangan negara kita dengan negara Israel, iaitu penukaran (trade), import, dan eksport untuk penggal tahun 2010. (Sumber)

Gambar di bawah pula menunjukkan salah satu halaman dalam majalah promosi perdagangan Israel.


Apa yang boleh saya kata adalah sebenarnya negara kita menjadi antara 20 negara-negara terpenting bagi Israel. Dan dalam tahun 2010, Malaysia hampir mencatat antara 10 negara pengeksport terbanyak kepada negara Israel.

Kesimpulan yang boleh saya cakap adalah; kita mati-matian membenci Israel dengan memboikot sana sini, berkempen sana sini. Tanda menunjuk kita benci kepada Israel. Walhal tanpa kita sedari sebenarnya ada udang di sebalik batu yang dilakukan oleh 'pihak-pihak yang berkuasa dari kita' dengan menjalin usahasama dagangan dengan negara yang kita benci selama ini (Israel)! (Sumber)

Ya, kita orang Melayu beragama Islam sangat prihatin. Tetapi kita sebenarnya 'buta' dan 'dibutakan'. Kita menolak dagangan dengan Iran. Salah satu negara Islam yang rata-rata berpenganut Islam. Sebaliknya kita menerima dagangan dengan negara Zionis laknatullah atas nasihat Amerika -- negara bersekutu kuat Israel Zionis! Atas nama syiah, kita tolak habis-habisan dagangan dengan Iran. Tetapi atas nama zionis kita terima dagangan dengan Israel dengan 'hati terbuka'.

Aduka: Kita mengutuk negara yang ada hubungan dua hala dengan Israel tetapi sebenarnya 'kita' dua kali lima sama saja!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
0 Comments


0 Orang Kentut Madu:

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger