Ads: (Please Click!)

Tuesday, November 29, 2011

Gelaran Doktor Pada Dr Rozmey Ditarik Balik?



Kenal dia? Tipu la kalau tak kenal kan?

Kalau sebelum-sebelum ni, aku ada mengarang beberapa artikel mengenai beliau, iaitu; (1) Dr Rozmey : Datuk Yang Dikutuk 24 Jam, dan (2) Laman Sosial Dr Rozmey. Dalam dua artikel ni aku ada mention yang aku agak respek juga la dengan Datuk Dr Rozmey ni sebab dia usahawan yang berjaya.

Namun, beberapa minit yang lalu aku agak terperanjat dan terkesima selepas terbaca satu artikel mengenai pelucutan status 'Doktor' yang dimiliki oleh Dr Rozmey ni. Lihat gambar di bawah:


Sama ada notis ini adalah notis palsu atau tak, aku sendiri tak pasti. Walau bagaimanapun, notis ni pasti menggugat kedudukn Dr Rozmey sendiri selaku usahawan Melayu yang berjaya serta 'model' kepada orang Melayu.

Aku sebenarnya tak peduli orang nak kutuk beliau ke ape ke. Yang pasti aku respek tahap dedikasi dan usaha beliau selaku usahawan dan peniaga MELAYU yang berjaya. Aku rasa peniaga-peniaga perlu contohi dia. Berani tanggung risiko. Cuma tak perlulah meniru atau terikut-ikut 'angan-angan Mat Jenin' dan 'khayalan' beliau tu. Itu memang aku tak nafi, agak menjelikkan. Namun setelah membaca notis ini, sedikit sebanyak peratusan respek aku pada Dr Rozmey seolah-olah menurun. Dan dalam minda aku macam tertanya-tanya. Betul ke ni? Betul ke ni? Sahih ke?

Walhasilnya, berita ini pasti akan menggegarkan. Pasti ada satu isu yang baru tentang Dr Rozmey ni. Kita lihat sajalah. Kalau tak ada, bersyukurlah. Sebab menyebarkan berita palsu sama macam menyebarkan fitnah. Dan dosa memfitnah itu lebih besar dari dosa membunuh. Jadi aku tak mahu kata yang berita ini berita sahih. Ia perlu dikaji dan disiasat. Harapnya ada orang yang utarakan hal yang sebenar.

Anda fikir macam mana? Nak percaya atau tidak? Apa pendapat anda?

Aduka: Dah jadi peniaga atau 'online business and marketer' dah sekarang.. sebab tu payah dah nak update blog.. haha!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
2 Comments


2 Orang Kentut Madu:

Mohd Rozaiman said... [Reply]

...tu la susah nak cakapkan...singgah sekejap ni.

𝑲𝒉𝒂𝒊𝒓𝒖𝒍 𝑩𝒂𝒌𝒉𝒕𝒊𝒂𝒓 said... [Reply]

Salam,

Rozmey nie over do la, PR extreme tak kena tempat. Dia patut belajar ngan Tony Fernandes (Air Asia) camner nak handle publicity.

Anyway, blog sedara meet kriteria kajian yang sedang saya jalankan. Bolehtak ceritakan bagaimana sedara menarik trafik sehingga mencecah 1000++ sekarang nie?

Regards,
EncikKewangan
www.blogtrafik.com

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger