kaki aku terus melangkah masuk.. sambil kaki melangkah aku memerhatikan sekeliling.. disebelah kiri aku terpandang hiasan air terjun yang tingginya mencapai 7 atau 10 kaki.. disebelah kanan pula, aku terpandang beberapa buah kereta mewah sedia terparkir seakan menunggu pemandunya.. BMW, Mercedes, Toyota, Nissan, dan beberapa jenis lagi.. di depanku pula, aku lihat pintu utama yang besar seakan terbuka dengan sendirinya.. aku tersentak dan langkahku terhenti seketika apabila terpandang sesusuk tubuh berdiri tepat di muka pintu besar tersebut..
Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan
"rumah siapa ni, kak long?", tanya aku..
"rumah siapa lagi kalau bukan abang kau dan kak long..", jawab kak long rinkas..
beg yang aku sandang sedari tadi, aku letakkan di atas sofa yang berwarna keemasan.. lantas aku duduk di atas sofa tersebut.. aku menggosok-gosok tanganku di atas permukaan sofa.. oh sungguh lembut.. kainnya baldu.. kak long hanya memerhati aku sambil tersenyum..
"duduk sini dulu ya.. kak long nak ambil ain nur..", kata kak long.. aku hanya mengangguk.. aku lihat kak long lain benar hari ini.. rambutnya mengerbang.. dia memakai pakaian berwarna jingga cerah.. dan kak long agak kurus.. terlintas dibenakku, abang aku tidak bagi makan secukupnya kepada kak long kah? oh, mungkin abang terlalu sibuk dengan tugasnya di Sarawak.. jadi, tiada masa untuk menjenguk anak isteri di sini.. tapi.. sejak bila pula abang aku beli banglo mewah ini? adakah mak ayah tahu?
tiba-tiba ain nur, anak saudara aku, muncul di depan aku.. bertelanjang.. aku terus saja memeluknya..
"eiii..! tak malu ain nur bogel! meh ayah teh nak peluk meh!".. ain nur ketawa gembira.. dia girang sambil menyambut pelukan aku..
"abang tak balik?", tanya aku..
"tidak.. abang kau sibuk.. mungkin bulan depan dia balik..", jawab kak long..
"habis, kak long tak bosan ke duduk dalam rumah ni keseorangan?"
"tidak.. kak long dah biasa..", jawab kak long ringkas.. terpancar cahaya kesuraman diwajahnya.. wajahnya agak pucat.. namun aku tidak terus bertanya.. aku hanya tersenyum.. kesuraman itu menandakan kak long kesepian.. itu agakan aku..
"er.. ni kenapa ain nur bogel ni, kak long?", tanya aku sambil memandang ain nur yang masih lagi dalam pelukan aku.. kak long ketawa kecil.. lalu kak long mencapai ain nur yang mula memanjat dan duduk di atas riba aku..
"kak long sebenarnya nak mandikan dia.. ada kolam kat luar sana.. jom lah!", kata kak long.. dia mempelawa aku untuk turut serta memandikan ain nur.. aku bingkas bangun dan membontoti kak long.. kak long mendukung ain nur.. aku mengusik-usik ain nur dari belakang.. seronok benar anak saudara aku itu..
setibanya di halaman rumah banglo mewah itu, aku melihat air terjun, seperti air terjun sewaktu aku melangkah masuk tadi.. oh, aku tidak menyangka bahawa di bawah air terjun tersebut terus menyambung ke kolam kecil.. sungguh cantik.. deruan air kolam sedikit terpercik mengenai kaki aku.. di sebelah kanannya pula ada satu kolam yang lebih besar daripada kolam kecil tadi.. kedua-dua kolam tersebut dihiasi batu batan hitam mengelilingi.. aku lihat kak long meletakkan ain nur di dalam kolam kecil tersebut.. dia meninggalkan ain nur dan hanya memerhati dari jauh..
aku mara ke kolam sebelah.. aku memandang wajah aku sendiri di dalam air..
"nak mandi ke?", sapa kak long dari belakang.. aku menoleh.. aku melihat kak long hanya berkemban.. aku kehairanan.. tadi dia berbaju jingga.. bila pula dia menukar baju?
aku perhatikan kak long terus berendam ke dalam kolam hingga ke paras dada.. dia membiarkan kepalanya berada dipinggir kolam.. rambutnya yang mengerbang dibiarkan menyentuh tanah.. dia memejamkan matanya.. aku duduk di pinggir kolam bersebelahan kak long..
"eh, takkan tengok saja kot.. marilah berendam sama.. best tau!", kata kak long..
"em takpelah, kak long.. lagipun saya tak bawa pakaian lebih..", jawab aku..
"yang tadi bawa beg tu apa isinya?"
"er.. tak tahu!"
"tak tahu?"
aku terdiam.. ya.. beg berisi apakah yang aku bawa tadi? dan yang paling penting sekali, aku sebenarnya dari mana? dan mahu ke mana?
"tak mengapalah kalau begitu.. sekurang-kurangnya latip ada.. boleh juga temankan kak long.. kak long duduk sorang kat rumah ni kadang-kadang datang juga rasa bosan..", kata kak long..
aku terpinga-pinga.. tadi kata sudah biasa.. ini kata lain pula? selepas dia berkata demikian, kak long menarik tangan aku.. aku terus terdampar di sebelah kak long..
"ah habis basah baju saya, kak long!", jerit aku.. kak long ketawa..
"alaaa.. macam lah abang kau takde baju.. nanti nak balik, pakai je dulu baju abang kau buat sementara.. berlambak lagi dalam almari..", balas kak long.. dia mengenyit mata kepada aku.. dia merapati aku.. rambutnya yang ikal dan panjang menyentuh pipi aku.. kedudukan kak long terlalu rapat seolah-olah ingin memeluk aku.. aku hanya terpaku dan membiarkan saja..
"er.. takpe ke membiarkan ain nur sorang-sorang mandi?", tanya aku, sebagai helah apabila kak long mula merapati aku.. kak long tidak menjawab.. sebaliknya dia terus memaut lengan aku.. dia menjatuhkan kepalanya di atas bahu kanan aku..
"biarkanlah..", jawab kak long dengan suara yang agak manja..
"apa yang kak long nak buat pada aku ni..?", bisik hati aku..
"er.. kak long.. errr.. kak.. kak long.. kak long nak buat apa ni?", tanya aku tergagap-gagap.. situasi seperti itu membuatkan aku sedikit menggigil.. jantung aku mula berdegup kencang apabila tangan kak long mula mengusap-usap dada aku..
"emmm.. rileks lah..", jawab kak long ringkas.. "cantik tak rumah kak long?"
"err.. em! cantik! pandai abang decorate.."
kak long memandang tepat mataku.. matanya redup, menggoda.. aku tersengeh seperti kerang busuk.. tiba-tiba kak long mengucup pipi aku, seraya berkata, "rindulah!"
ah, sudah..! lain macam benar kakak ipar aku ni! tangan kak long mula merayap.. dari dada, turun ke perut.. dari perut turun ke.....!!!
"mana ni?", tanya kak long..
"er.. kak long.. janganlah..!", kata aku sambil menepis tangan kak long..
"em.. kak long nak mencari 'tu' tapi tak jumpalah!".. tangan kak long merayap lagi.. tadi perlahan.. kini bertukar ganas.. kak long mendengus.. nafasnya turun naik.. aku mula menggelabah.. tak senang duduk.. air kolam yang sejuk, kini aku sudah tidak merasa apa-apa.. nafas kak long menghembus di telinga aku.. tiba-tiba saja darah aku berderau.. naluri kelelakian aku seolah-olah membangkit..
dan tiba-tiba..
"hah! jumpa!", pekik kak long..
aku membuka mata seluas-luasnya.. badan aku berpeluh.. aku mencapai telefon bimbit di sebelah.. ah! sudah pukul 11 tengah hari!!! lalu aku bingkas bangun.. aku melihat sekeliling.. dinding.. kipas terpasang.. baju dan jeans aku bergantungan.. hanya aku keseorangan.. di mana kakak ipar aku?
aku mengesat peluh yang memercik di dahi.. aku menghembus nafas lega.. mujurlah tadi hanya mimpi.. tak mungkin kak long berbuat begitu pada aku! tidak! aku bingkas berdiri.. aku menyumpah seranah.. celaka kau, syaitan! tiada orang lain kah hendak wujudkan dalam mimpi aku? kak long aku juga yang kau bawa masuk! celaka! celaka! celaka!
*** teringin juga bermimpi memeluk siti nurhaliza! hahaha..!