lelaki itu termenung di beranda rumahnya.. pagi itu terasa amat sunyi baginya.. malam semalam, tidur malamnya asyik terganggu.. dan terus dia tidak dapat melelapkan matanya.. benaknya berputar-putar.. seketika, dia terbayang wajah ibu bapanya di kampung.. seketika kemudian, benaknya mengenang zaman kecilnya.. dan seketika dia terkenang akan zaman persekolahan dan alam percintaannya.. sehingga pagi, dia tidak dapat melayar bahtera lenanya.. sudah puas mengiring ke kiri dan kanan.. namun matanya langsung tidak mahu tertutup rapat..
kini, dia rasakan cukup-cukup letih.. ingin melelapkan mata sebagai ganti untuk malamnya namun bahang di dalam rumah melenyapkan segala.. dia termenung jauh.. sejauh-jauh dari mindanya..
dia rasakan cukup sunyi.. dia memandang telefon bimbit yang terletak di kiri lengannya.. telefon bimbit itu dia letak di atas lantai beranda rumah.. dia tenung skrin telefon bimbit itu.. lantas benaknya berputar..
Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..
PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!
dia terkenang akan kisah cintanya.. salah satunya yang berlangsung selama 24 jam.. telefon inilah yang selalu dihujani pesanan ringkas Kak Ngah.. telefon ini jugalah dia mendengar suara pujuk rayu seorang gadis lemah yang dahagakan kasih sayang.. dan di telefon bimbit ini jugalah dia memutuskan untuk menolak cinta gadis itu.. namun dia pasrah.. cinta bukan boleh dipaksa-paksa..
walaupun begitu, telefon bimbit ini juga pernah membahagiakan lelaki itu.. bila perkenalannya bertemu dengan gadis kampung yang girang.. dulu, walaupun belajar di bawah satu bumbung, namun sekalipun tidak pernah bertegur sapa.. sehinggalah rakan lelaki itu memperkenalkan dia dengan si gadis girang.. bermula di internet dan seterusnya ke telefon bimbit.. tidak putus-putus menerima pesanan ringkas dari gadis riang.. hidup lelaki itu ibarat dipenuhi warna-warni kebahagiaan dan kegirangan.. lelaki itu seronok berkenalan dengan gadis girang itu.. lantas lelaki itu mencari peluang untuk bersua muka dengannya di tempat belajar.. akhirnya lelaki itu rapat dan berbaik dengan si gadis riang.. namun, persahabatannya tidak kekal lama.. lelaki itu ditakdirkan berpisah kerana si gadis girang ditawarkan bekerja di negeri orang.. namun lelaki itu tetap bersyukur.. itu rezeki gadis girang.. dia pasrah..
beberapa ketika kemudian, lelaki itu tersenyum.. dia terkenang waktu dia bekerja di Kuala Lumpur beberapa ketika dahulu.. telefon bimbit inilah salah satu yang menjadi 'saksi' akan adu domba si gadis-gadis yang bermental terbuka.. pada waktu itu, dia tidak menyangka sama sekali menerima pesanan ringkas yang bertalu-talu.. lebih dari 5 orang yang mengadu 'sakit bermusim'.. namun, lelaki itu tetap menerima dan melayan adu si gadis-gadis dengan jiwa yang tenang dan terbuka..
tiba-tiba lamunan lelaki itu terhenti.. kedengaran laungan azan sayup-sayup.. lelaki itu hanya mampu tersenyum.. dia menunduk mukanya sambil memejamkan matanya..
"walau apapun yang berlaku, itulah qada dan qadar dariNya.. aku hanya mampu bahagia bersama jalan lurusMu..", bisik lelaki itu.. lelaki itu mencapai telefon bimbitnya di atas lantai beranda rumahnya.. lalu dia masuk dan menutup pintu..
*** 'lelaki' yang dimaksudkan adalah penulis sendiri.. sekian..