"kan tadi mak dah cakap, petang hari akan hujan.. kau degil juga.."
pemuda itu berpaling ke belakang.. dia memandang wanita tua tercegat di muka pintu utama rumahnya.. dia hanya tersenyum.. lantas pandangannya beralih ke arah laman rumahnya pula..
"nanti, kejap lagi reduplah, mak..", jawab pemuda itu lembut.. "kalau tak redup juga, esok jugalah nampak gayanya saya bertolak!"
wanita tua tersebut hanya memandang pemuda itu dengan wajah yang suram.. bukan masa yang difikirkan di dalam benak wanita itu.. tetapi.. wanita itu hanya risaukan keselamatan pemuda tadi.. memandangkan cuaca yang tidak menentu kini.. wanita tua itu masuk ke dalam rumah.. menyambung kerja-kerjanya di dapur..
Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..
5 petang..
"macam mana? dah decide? ... balik?", tanya pikulbeban..
"esoklah! kalau bertolak masa ni, confirm aku sampai sana lewat! tak mahulah!", jawab pemuda itu..
"lepak sini la, bro!"
pemuda itu menjawab tanda bersetuju.. dibenaknya, dia kira-kira jam tentang jam perjalanan untuk keesokkan harinya.. dengan berbekalkan motosikal buruknya, dia akan mengambil satu perjalanan jauh yang menyakitkan..
"esok pagi lepas subuh, kau bertolaklah.. takde la panas sangat..", kata pikulbeban..
"tengok la macam mana..", jawab pemuda itu ringkas..
dia memerhati gelagat orang yang lalu lalang di depan cafe.. di seberang jalan, dia lihat dan memerhatikan seorang wanita memimpin anaknya menyeberangi jalan.. sesekali wanita itu tersenyum dan menunduk seakan bercakap-cakap dengan anaknya.. anaknya ketawa girang.. jelas terbayang kegembiraan di wajah anak kecil itu.. pemuda itu galak melihat telatah anak kecil itu.. terlintas dibenaknya betapa manisnya dia di zaman kecil dahulu.. dia dipimpin dan dibawa berjalan-jalan mengelilingi bandar dengan ibu dan kakaknya.. dan hingga suatu ketika, pemuda kecil itu menangis selepas dimarahi ibunya kerana kenakalannya sendiri.. pemuda itu tersenyum sendirian.. memori itu masih jelas tergambar dibenak fikirannya..
"hari ini hari ibu.. aku langsung tidak memberi ibu apa-apa!", fikir pemuda itu.. walaupun begitu, dia teringatkan pesan ibunya..
"tak perlulah.. kalau kau sayangkan mak, kau buatlah apa yang mak suka dan apa yang mak suruh.. tak perlulah nak sambut itu ini.. itukan budaya orang putih! kalau nak sambut juga, biarlah hari-hari.."
terngiang-ngiang suara ibunya.. walaupun waktu itu dia masih kecil, tetapi peristiwa tersebut masih tidak lekang dari ingatannya..
pemuda itu mengeluh.. pemuda itu kembali melihat wanita yang memimpin tadi..
"selamat hari ibu!", bisik pemuda itu sendirian..