aku tengok berita TV3 semalam.. pelbagai cadangan orang ramai untuk membasmi gejala rempit di kalangan remaja.. antaranya; hadkan kelajuan motosikal maksimum 20 km/j?! hahahaha.. bodoh! kalau 20 km/j bukan kenderaan bermotor namanya! aku terfikir, siapa agaknya bagi cadangan begitu? bodoh betul.. kalau ya hendak bagi cadangan, bagilah yang logik sikit.. aku menyokong agar diperketatkan lagi kawalan trafik di jalanraya dengan menubuhkan badan-badan tertentu.. tapi aku fikirkan, itu pun bukannya jalan penyelesaian.. aku fikir, alangkah baiknya kerajaan kembali naikkan had umur kelayakan memohon lesen motosikal dari 16 tahun kepada 25 tahun! walaupun tidak menghapuskan sepenuhnya gejala rempit, tapi sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan gelaja rempit di kalangan remaja yang masih bersekolah! tapi, terserahlah.. siapa setuju, siapa tidak..
Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..
kejadian ini berlaku pada tahun 2006, sewaktu aku berada di semester terakhir di kolej.. waktu itu, aku habis kelas awal.. petang, aku bercadang dengan rakan aku untuk ke Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu Kelantan untuk membeli nasi kukus.. terdapat kedai nasi kukus di satu tempat di PCB waktu itu amat popular di kalangan kami sebelum hostel kami dipindahkan di Pengkalan Chepa.. aku dan kawan aku menaiki motosikal untuk ke PCB.. ia mengambil kira-kira lebih 30 minit perjalanan dengan motosikal.. setelah meminjam sebuah motosikal daripada seorang rakan, aku dan kawan aku bertolak dari hostel kami..
hendak dijadikan cerita, hampir beberapa puluh meter ke detinasi, motosikal yang aku tunggangi terbabas kerana ingin mengelak daripada terlanggar bontot kereta yang brek secara mengejut.. aku dan rakan aku rebah di atas jalan.. motosikal jatuh ke atas kaki aku.. panas enjin motosikal menghempap di atas petis aku.. panas.. rakan aku cuba mengangkat motosikal.. aku mengaduh kesakitan.. kereta yang aku hampir langgar tadi berhenti di tepi jalanraya.. beberapa langkah dari tempat aku jatuh.. aku cuba bangun dan berdiri tapi aku rasakan hujung kaki aku terasa pedih yang teramat sangat.. tiba-tiba seorang lelaki hampir separuh abad menegur kami berdua..
"adik! adik tak apa-apa ke? ada luka tak?"
"takde apa-apa.. tapi kawan saya..", kata kawan aku.. dia tidak menghabiskan kata-katanya.. dia melihat ke arah kaki aku.. waktu itu baru aku perasan darah mengalir keluar di hujung kaki aku..
"eh, latip! kaki kau!", tegur kawan aku..
aku lihat ibu jari kaki aku membengkak dengan besar.. darah keluar membuak-buak.. petis aku ada sedikit kemerahan.. aku rasa sakit di bahagian lutut kanan.. aku mengaduh kesakitan.. oleh kerana tidak tahan sakit, aku duduk di atas rumput..
"mari ikut pakcik.. di depan sana ada klinik desa! jom jom!", pelawa lelaki separuh abad tadi..
"latip.. kau duduk belakang.. biar aku bawak motor ni..", kata kawan aku.. aku hanya mengangguk.. aku mengerutkan muka, menahan kesakitan..
kami mengekori pakcik tadi.. setibanya kami di klinik desa tersebut, malang menimpa kami.. klinik desa tersebut tutup!
"er.. maaf la, nak.. macam ni la.. pakcik rasa baik kamu pergi hospital sebab rasanya tiada lagi klinik di kawasan sekitar sini..", kata pakcik itu..
aku duduk bersandar pada tiang klinik desa itu.. aku rasakan mata aku kelam.. hampir pitam.. aku lihat hujung jari kaki aku.. selepas berehat seketika, aku gagahkan diri untuk berdiri.. lantas aku mencari saliran paip air untuk membasuh luka di kaki.. kawan aku mengekori aku.. aku berjalan terhencut-hencut..
"ok ke, latip?", tanya kawan aku.. aku hanya mengangguk.. setelah jumpa saliran paip air, aku terus menjirus air ke atas luka kaki aku.. amat pedih! hanya Allah swt yang tahu.. ketika membasuh dengan air paip itu, aku perasan seperti ada sesuatu terkulai di hujung jari ibu kaki..
"eh, apa ni?", bisik hati aku.. aku sentuh dengan jari tangan.. lembik.. lantas aku tarik.. dan ia putus..
"ah! urat!!!".. aku agak terkejut.. macam mana urat jari ibu kaki boleh terkulai keluar???
"latip, jangan berlengah lagi.. jom kita ke hospital!"
aku mengangguk.. tiada langsung sepatah pun perkataan keluar dari mulut aku.. aku menahan sakit sebenarnya..
aku tiba di hospital besar Kota Bharu sebaik saja azan maghrib berkumandang.. aku mendaftar nama aku di kaunter.. aku menunggu di ruang menunggu.. beberapa ketika kemudian, nama aku dipanggil..
aku duduk menghadap doktor.. doktor lelaki, berbadan gempal dan bercermin mata..
"ni kenapa ni?! jatuh motor?!", tanya doktor itu.. suaranya agak meninggi.. aku terkebil-kebil..
"ya, doktor.. saya.." belum sempat aku menghabiskan penerangan aku, doktor menyampuk..
"tu kenapa kaki tu?!"
"saya accident doktor.. saya.."
"bak sini kaki!", kata doktor itu.. doktor itu terus menarik kaki aku dengan agak kasar.. sewaktu itu, amarah aku menerpa dalam jiwa.. celaka kau, doktor! sakit! aku mengerut muka, menahan kesakitan..
"kenapa jadi macam ni?", tanya doktor lagi..
bila amarah aku datang, aku selalunya hilang hormat.. tidak kira orang muda atau orang tua..
"doktor.. saya ni accident bukan macam apa doktor fikir sekarang ni! saya anggap doktor fikir saya berlumba atau apa-apa sajalah! tapi saya bukan budak bodoh kat luar sana, tau! apa..? doktor ingat semua budak-budak bawa motor dan accident tu mat rempit ke?! habis.. kalu budak yang bukan rempit macam saya ni macam mana?! doktor kata saya rempit juga kah???!!!", tanya aku sambil membeliakkan mata.. aku betul-betul dah geram sangat.. doktor tadi memandang mata aku dengan seribu rasa bersalah.. lantas dia menunduk melihat kaki aku..
aku merendahkan suara aku dan berkata, "doktor.. saya ni pesakit doktor.. jadinya, doktor kena la layan saya.. saya sakit sangat ni.."
doktor terdiam..
"mari saya tengok kaki kamu..", kata doktor dengan suara yang agak lembut.. aku hanya diam.. setelah pemeriksaan, doktor mengatakan aku hanya luka dalaman dan bengkak bahagian sendi.. amarah tadi tiba-tiba bertukar tenang.. aku lega.. beberapa minit kemudian, nurse datang mendapatkan aku.. aku dibawa ke bilik sebelah.. kaki aku dirawat secara baik oleh beberapa orang nurse cantik.. ada seorang nurse dari kalangan mereka, amat peramah.. dia tanya macam-macam soalan kepada aku..
"macam mana boleh accident?"
"sakit tak?"
"mak ayah tahu ke tak?"
dan yang bestnya, bila dia bertanya, "dah kahwin ke belum?"
aku ketawa saja dan berkata, "saya still student la.. mana boleh kahwin.." nurse-nurse tadi ketawa manja..
kejadian itu dan berita mengenai mat rempit betul-betul membuatkan aku rasa geram.. bukan geram kerana layanan doktor, tetapi imej buruk dan hodoh lagi bodoh yang ditunjukkan oleh mat-mat rempit di Malaysia ini membuatkan mata masyarakat membenci kepada penunggang motosikal.. tanpa peduli samada mereka benar-benar mat rempit atau tidak, masyarakat kini memandang serong kepada remaja bermotosikal..
contohnya, aku.. aku adalah mangsa keadaan.. ini semua gara-gara imej buruk mat rempit!