Ads: (Please Click!)

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru


sempena hari guru ini, aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua bakal guru, guru sementara, guru yang betul-betul dah guru, otai guru, bekas guru dan allahyarham(ah) guru.. (er.. boleh ke???) dan sempena hari guru ini juga, aku ingin menceritakan serba sedikit kisah-kisah yang berkaitan antara aku dengan guru aku sewaktu ketika dahulu.. kisah ini terjadi di sekolah.. ini cerita lama ya.. nostalgia sedikit.. semoga anda dapat pengajaran dari cerita aku ini dan semoga anda terhibur juga..

entry ini sangat panjang, okay? berminat, sudi-sudikanlah membaca..

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

seperti cerita aku sebelum ini, aku dulunya bekas samseng sekolah.. alhamdulillah, samseng aku tak kekal lama.. masuk tingkatan 4, aku mula mengubah haluan.. dari samseng, bertukar pendiam dan nakal.. bila dah nakal, macam-macam cerita lucu terjadi.. siapa guru yang menjadi mangsa cerita aku kali ini? jom! baca kisah cikgu-cikgu aku..


cikgu kimia, mr foo kian kwah..

di tingkatan 4 dan 5, dia menjadi guru kelas aku.. lihat saja nama dia sudah tahu dia ini guru cina, bukan? pertama kali dia memasuki kelas aku dan memperkenalkan diri dia selaku guru kelas aku.. selain itu juga, dia menkhabarkan bahawa dia juga guru kimia.. dia ini memang kelakar.. bukan dia buat kelakar tetapi tingkah lakunya itu yang kelakar.. lebih-lebih lagi gaya percakapannya yang pelat..

hari pertama di kelas, kami memperkenalkan diri masing-masing kepada mr foo, guru kelas kami.. ini adalah rutin.. bila saja naik tingkatan, sesi memperkenalkan diri adalah wajib walaupun guru tersebut tidak akan dapat mengingati kesemua nama-nama pelajar dalam tempoh satu hari! kalau ingat pun, tidak lebih dari 5 orang.. buat penat saja.. kelakar, bukan? namun, sesi tersebut tetap terlaksana tiap-tiap tahun..

sesudah saja kami memperkenalkan diri, kami diberi arahan untuk duduk saja di dalam kelas.. sepanjang waktu itu, kami mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan mr foo.. aku? layan saja.. banyak perkara mr foo bercerita.. dari cerita pengalamannya menjadi guru kimia, hinggalah pengalaman merantau ke luar negeri.. bagus betul mr foo..

beberapa minit sebelum masuknya waktu rehat, mr foo sempat bercerita akan kebaikan mempelajari ilmu kimia.. dia menyatakan bahawa subjek kimia adalah segala-galanya dan amat penting berbanding subjek-subjek yang lain.. kimia juga adalah salah satu subjek 'tough' dan susah.. maka, perlu ambil perhatian sepenuhnya pada subjek kimia..

dalam hati aku berbisik, "kimia bukan subjek teras la.. peduli apa aku!"

apa yang aku tak dapat lupakan adalah..

"bakteria ade di mane maneeee.. di gapu kamu pun ade.."

gapu? kami terpinga-pinga.. seorang pelajar perempuan lantas bertanya, "gapu tu ape, mister?"

"itu aa... gapu kamu makan makan..", kata mr foo sambil membuat gaya tangan menyuap ke mulut..

"garfu!!", jerit aku.. semua pelajar gelak.. aku pun gelak sampai senak perut..

selain itu, mr foo juga bercerita bahaya-bahaya akan kimia semasa mandi..

"tepi-tepi tilager itu manyak lumut.. bahaya woo kalau kamu mandi tak pakai sabun.."

kami terpinga-pinga lagi.. tilager? lantas aku pula bertanya, "tilager tu apa, mister?"

"itu macam bulat-bulat ada air dalam.. kamu pakai pencebok untuk mandi punyeee..", jawab mr foo sambil melakar objek berbentuk silinder..

"telaga!", jerit aku.. serentak sekali lagi kami satu kelas ketawa.. aku pun ketawa terbahak-bahak.. air mata keluar.. perut senak sebab ketawa terlampau.. aku lihat mr foo hanya terpinga-pinga..... kasihan cikgu.....


cikgu fizik.. er.. aku lupalah nama dia..!

cikgu ini juga mengajar aku di tingkatan 4 dan 5.. cikgu perempuan dan sudah berkahwin.. garang dan tegas orangnya.. garang seperti singa, tegas seperti lelaki.. mulutnya tiada 'tapisan'..

awalnya subjek fizik adalah antara subjek yang aku minati.. namun kerana cikgu ini, ia mengubah persepsi aku.. jangan kata cikgu, subjek pun aku dah tak suka.. disebabkan itu, setiap kali ujian, subjek ini selalunya aku gagal.. setiap kali adanya kelas fizik, aku kerap ponteng..

suatu hari, aku rajin untuk masuk makmal fizik.. namun, aku masuk agak lewat.. sebaik saja kaki aku melangkah masuk, terus saja cikgu singa itu menjerkah aku..

"hah kamu! kenapa lewat? ingat makmal ni bapaaakkk kau punya ke?"

pergh.. berderau darah aku.. disebabkan dia cikgu aku, aku hormat.. aku buat dengar tak dengar saja.. dia membebel di depan tapi aku tidak memperduli apa kata yang keluar dari mulut dia.. aku memekakkan telinga.. yang jelas pun, dia menghina aku.. biarlah.. cakap apa-apa sajalah cikgu oi..

sesudah puas membebel dan mencarut, cikgu itu meneruskan pembelajaran yang terbantut sebentar tadi.. beberapa minit kemudian, kami semua tersentak apabila ada suara gadis menjerit di luar.. walaupun bunyinya dari jarak yang jauh, kami dapat mendengarnya dengan jelas.. spontan saja cikgu fizik kami berkata dengan nada yang kuat, "hah! tu ade pelajar perempuan nak kena rogol la tu!"

kami terkanjal.. serentak kami ketawa.. amarah dan bengang aku kepada cikgu fizik tiba-tiba saja terbantut.. "lucah betul cikgu ni..", bisik hati aku.. aku ketawa berdekah-dekah.. cikgu fizik tadi pun turut ketawa kecil..


cikgu matematik, encik abdullah..

cikgu ini sangat baik.. walaupun tegas, dan sedikit garang, dia sangat prihatin terhadap pelajar-pelajarnya dalam aspek kecemerlangan.. termasuklah aku.. sebenarnya tiada apa cerita yang menarik tentang cikgu ini.. alang-alang aku bercerita fasal cikgu, biarlah aku selitkan nama cikgu matematik aku ini.. aku suka subjek matematik sebabnya aku suka cikgu ini.. namun, sebelum bermula kelas matematik aku perlu pastikan semua kerja rumah aku siap.. sebabnya.. orang yang selalu dia akan tanya adalah aku!

"latip! jawab soalan nombor 15 dan tulis di papan hitam!"

"latip! bangun dan ajar kawan-kawan awak untuk soalan nombor 3!"

"latip! jawab soalan nombor 7!"

dan macam-macam lagi.. sungguh penat!

**********

itulah ceritanya.. banyak lagi sebenarnya.. namun jari aku sudah sakit kerana menaip.. haha.. mungkin ada sambungannya.. dan juga mungkin tidak.. nantikan sajalah..

untukmu, cikgu..

cikgu kimia, mr foo kian kwah; maafkan di atas kenakalan saya yang asyik gelakkan cikgu.. memang benar kata cikgu.. kimia amatlah penting.. sehingga kini, saya ingat nasihat cikgu.. terima kasih, cikgu!

cikgu fizik; maafkan saya.. saya betul-betul lupa nama cikgu.. walaupun cikgu antara cikgu yang saya benci dahulu, namun semua nasihat cikgu sebelum saya menduduki peperiksaan SPM saya akur.. dan saya lulus subjek cikgu yang dulunya tak pernah pun lulus! terima kasih, cikgu!

cikgu matematik, encik abdullah; walaupun cikgu banyak menyiksa saya, saya tetap bersyukur.. kerana cikgu saya lulus cemerlang subjek matematik cikgu.. er.. semasa kita bersalaman berpisah, cikgu minta saya treat cikgu ke? maaflah, cikgu.. dulu saya student, sepatutnya cikgu belanja saya tau.. sekarang saya bekerja, boleh juga saya nak belanja cikgu.. cikgu di mana sekarang? apa-apa pun.. terima kasih, cikgu!


kata-kata akhir dari aku, hormatilah guru atau cikgu anda.. menurut sabda Rasulullah, guru atau cikgu adalah manusia mulia di sisi Allah swt.. hormati guru, sayangi guru!

SELAMAT HARI GURU!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
12 Comments


12 Orang Kentut Madu:

CikYana(",) said... [Reply]

alahai aduka
panjang sgt entri nie
pedih mata nk baca
hahahaha

pe2 pun
selamat hari guru tuk bekas2 guru aduka 2 yer

(",)

Aduka said... [Reply]

terima kaseh la sbb sudi baca walopun x abes.. huhu.. =P

CikYana(",) said... [Reply]

xpe2
besok cikyana baca smpai abes
dun wori
:D

nama.aku.lynn said... [Reply]

abess bce!!!
bess2..
hahaha..
mmg byk kn moment kt skolaa..
syg nk tgglkn..
even br je abeh skola..da mle rse rindooo..huhu

PeAr said... [Reply]

huhuh samsen kampung dusun rupanya hahah..nice story...abis semua cikgu ko story...hehehe

niesah la! niesah!! said... [Reply]

ngeee~~ kalo yg pasal nafsu serakah tuh pnjnag mane pon org bace habis..
haha..tp yg nih nisah bace gak smpai habis..wuu~~ selamat hari guru

D' Perfume said... [Reply]

isk3!

nakal2..!..

ehheh :D

nice story :)

Aduka said... [Reply]

cikyana: trimas..

Aduka said... [Reply]

lynluv: hehe.. tau xpe.. kite skrg jd mcm ni, klu x kerana cikgu jgn hrp la.. btol x?

pear: x lagi.. byk lg cikgu2 yg terlibat.. ada smbungan lg.. hehe =P

Aduka said... [Reply]

niesah: oh ye ke? trima kaseh sbb sudi membaca.. x dosa n x rugi pn kalu baca btol x? haha =P

ekino: ada sama nakal cam ekino x? hehehe..

GadisKasutConverse said... [Reply]

uihh pjngnye n3..cikgu matematik kami suka gler bg soklan smpi 50 soklan 1 ari..penat2..yg x dpt jwb,kami tiru jelah.ha3...

Aduka said... [Reply]

reen: mekaceh sbb baca.. ha'a.. mmg pn.. ade gak soalan xleh jwb.. pastu cikgu tu 'sembur' la.. haha kejam btol..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger