Ads: (Please Click!)

Saturday, December 10, 2011

Di Saat Hukum Allah Dipersenda Dan Dipermain-mainkan



Salam.

Pagi tadi (sebenarnya sejak semalam) kecoh di Facebook tentang beberapa video di Facebook yang berbaur politik termasuklah salah satu video darinya yang ada unsur penghinaan hukum Allah (hudud), termasuklah beberapa orang pemimpin. Video tersebut sebenarnya di'embed' dari laman YouTube mengisarkan lakonan semula perbualan antara orang muda dan tua, lelaki dan perempuan, termasuk beberapa orang lelaki cina, india, dan sikh. Kononnya dilakonkan sebagai simbolik 1Malaysia.

Walau bagaimanapun, video ini terlalu ekstrem menghentam dan mencerca serta memperlekeh hukum yang termaktub di dalam al-Quran (iaitu hudud) dengan mengaitkan beberapa kes berat yang berlaku di Kelantan yang tidak pasti kesahihannya, termasuklah penghinaan kepada beberapa pemimpin yang kebanyakkannya dari pihak pembangkang.

Jom saksikan, dan anda nilailah sendiri.


Kecewa, amat kecewa. Bukannya apa. Orang kristian, orang hindu, atau mana-mana agama penganut agama selain Islam pun tiada langsung menghina agamanya sendiri. Orang Islam negara kita? Macam mana? Bukankah hukum Allah (hudud) itu salah satu dalam termaktub di dalam al-Quran? Tetapi orang Islam kita langsung tidak ada perasaan malu apabila menghina dan mempersendakan hukum Islam mereka itu sendiri. Seolah-olah maruah Islam dirobek-robek oleh orang Islam itu sendiri!

Jika anda lihat video di atas, mereka seolah-olah merendah-rendahkan hukum Allah ini dengan menyatakan ramai penghidap AIDS, ibu tunggal tidak mendapat nafkah, masalah wanita bekerja di tempat-tempat maksiat dan sebagainya berlaku di Kelantan. Angka mereka meningkat walaupun diperintah oleh pemimpin Islam. Makna kata, jika hudud dilaksanakan sekalipun, atau pemimpin Islam memerintah sekalipun, kes jenayah berat tetap berlaku!

Seorang rakan telah menegur saya setelah beberapa status dan artikel (termasuk video) telah saya buat di Facebook. Dia menyatakan, "Tak perlu marahlah. Biar saja mereka. Mereka ini sudah tergolong di dalam kaum-kaum dan bangsa-bangsa yang mereka tampilkan dalam video itu."

Saya bertanya, "Kaum dan bangsa? Apa maksudnya?"

Rakan saya menjawab, "Itulah cina, india, sikh, dan apa jua kaum dan bangsa yang ada di dalam video itu, termasuk lelaki tua yang berkopiah."

Saya masih tidak faham, lalu bertanya lagi, "Kenapa berkata begitu?"

Dengan tenang rakan saya menjawab, "Mereka sebenar-benarnya telah KAFIR kerana mempersenda, bahkan pula menghina agamanya sendiri!"

Daripada perbualan di Facebook itu, saya telah merujuk beberapa orang rakan termasuk seorang ustaz yang amat tersohor masa kini iaitu Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus. Kemudian saya ditemukan dengan satu video ceramah dari ustaz. Di bawah ini adalah video yang boleh membidas video 'Sembang Rakyat' itu. Saksikan.


Astaghfirullah.

Bukanlah ada hak bagi kita untuk mengkafirkan seseorang. Akan tetapi jika dirujuk mana-mana kitab sekalipun, termeterai sudah bahawa jika sebesar zarah pun kita menolak hukum Allah dan mengi'tiqadnya pula maka kafirlah ia dari agamanya.

Maka memang benarlah apa yang diperkatakan oleh rakan saya itu. Kenapa perlu Islam diperlekeh sedemikian rupa semata-mata kepentingan sesebuah parti politik? Tertarik dengan dialog lelaki tua (berkopiah tapi bodoh) itu, "Dah dekat pilihanraya ni, mula lah lagu-lagu hudud dia tu!"

Saya mendapat balasan dari rakan pembangkang, "Dah dekat pilihanraya ni, mula lah fitnah-fitnah dan video-video lucah dia tu!"

Lucu pula. Haha!

Aduka: Sokong parti yang benar-benar menyokong Islam secara total. Bukan ambil sekerat-sekerat! Kembalilah kita kepada Islam yang hakiki dan suci!

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
3 Comments


3 Orang Kentut Madu:

Unknown said... [Reply]

selama kita hidup kan, ustazah ke ustaz ke tak pernah ajo ada hudud PAS, hudud UMNO, hudud Najib.

ustazah dgn ustaz ajor hudud tu Allah yang punya. Allah yang suruh.

ni si bodoh dalam ni semua guna ustaz dgn ustazah apa masih tertanye-tanye dalam benak fikiran

director dia super bodoh. tolong mengkafirkan pelakon-pelakon yg mmg dah bodoh. mesti tak khatam quran tu pasal tak tau agaknye. sorry la pakcik, makcik, akak(dah tua makcik gak sebenornyekan?, uncle semua. nilai bodoh tu TERANG NYATA dan BERSULUH la dalam lakonan korang tuh.

kata-kata islami said... [Reply]

jadikanlah islam sebagai jalan hidup, bukan mencari penghidupan dari islam
Barang siapa yang bersungguh-sungguh di jalan (agama)Kami, sungguh benar-benar akan kami tunjukkan jalan-jalan Kami, dan Allah beserta orang-orang yang berbuat baik. [QS. Al Ankabut: 69]

Anonymous said... [Reply]

nie adalah arahan dr pihak penerbit ..director ini n crew terlibat x tau apa motis diorg...cus diorg hanya cari nafkah je...

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger