Ads: (Please Click!)

Friday, July 08, 2011

TUTORIAL : Facebook Video Chat


Salam.

Semalam aku sempat tengok video live (live streaming video) persembahan Mark Zuckerberg dalam pelancaran Facebook Video Chat. Streaming tu memakan masa lebih 1 jam kot. Oleh kerana tak larat nak tengok presentation Mark lama sangat, aku cuma tengok yang penting saja, Facebook-Skype Video Chat! Sebelum ni, aku pernah membuat artikel fasal ini (Facebook 'awesome'!) dan ternyata artikel aku itu terbukti benar.

READ MORE / LESS >>

Sebentar tadi aku berjaya install aplikasi tersebut di Facebook aku. Walau bagaimanapun, aku masih gagal membuat live video chat dengan rakan-rakan kerana rata-rata mereka masih tidak tahu bagaimana mahu buat video chat ini. Oleh kerana itu, dengan rasa bangganya aku mencipta artikel ini; bagaimana mahu install dan video chat di Facebook anda.

Hanya beberapa langkah mudah.

Pertama, klik link ini; https://www.facebook.com/videocalling dan terus klik "Get Started".

Kedua, pop-up window akan keluar dan anda hanya perlu download tanpa rasa ragu-ragu.

Ketiga, setelah selesai download, klik dua kali file yang telah anda download tadi untuk proses install. Pastikan anda tidak menutup browser anda.

Akhirnya, selepas selesai proses install, anda akan mendapati browser akan refresh Facebook dan chat anda akan automatik on (jika chat di-set off). Pilih salah seorang rakan anda pada senarai chat dan anda akan mendapati window chat berubah seperti gambar di bawah:

Untuk pertama kalinya, aku guna aplikasi Facebook terbaru ini. Tapi asih belum berjaya la.

Jadi, menjadi 'tugas' kita la menyebarkan berita gembira ini. Lepas ni, ramailah kawan-kawan kita bersembang sambil tengok muka masing-masing secara langsung (live)! Jangan lupa 'like' artikel ini kerana setiap yang anda 'like', artikel ini akan terus di-share ke Wall Facebook anda!


Aduka: Berita sedih bagi pengguna Facebook yang takde webcam! Bwahahahaha..! :P

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
6 Comments


6 Orang Kentut Madu:

Que said... [Reply]

pergh..layanz mlm ni..hahaha

Entri Ngetop 15 Minit Bersama Van Der Sar di KLCC

Unknown said... [Reply]

Wah.. pantas!! tp kalo saya install video chat ni confirm kena block Fb kat opis... anyway bole install kat umah...

http://queenofbutterfly.blogspot.com

Hans Hanis said... [Reply]

aku mana ada webcam
xguna juga la install pun
hahahahah

Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis

www.myobw.com said... [Reply]

HAHAHA.. berminat nak pakai 'tp' webcham xde laa plak (^_^)



blog aduka tersenarai dalam list terjah bersama myobw...

dayah said... [Reply]

ni yg teringin nk beli webcam.. haha

KhairulZamanKhobin said... [Reply]

makin berkembang facebook skarang...

: SOUNTRACK PILIHAN: KUNG FU PANDA 2, : KL GANGSTER: FULAMAK DA BEST!!!, : RAGINI MMS: ‘PARANORMAL ACTIVITY BOLLYWOOD, : DOWNLOAD FILEM: KL GANGSTER, : 27 MOVIE MISTAKES dalam filem KL GANGSTER didedahkan! , : AWAT TAK TEGANG NI? Hmmm

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger