Ads: (Please Click!)

Wednesday, December 16, 2009

Bersenamlah

Nama saya Zulkifli. Saya seorang pesara guru. Saya dikenali dengan panggilan Aboh (Abah) atau Cikgu Zul. Umur 57 tahun. Melihat kepada wajah, ramai yang tidak menyangka saya sebenarnya seorang 'lelaki pencen'. Saya sudah tua. Tapi sesiapa yang mengenali saya, pasti sudah sedia maklum akan umur sebenar saya, termasuk guru-guru, bekas guru, pegawai dalam kementerian pendidikan, bekas murid, dan kakitangan sekolah yang pernah saya bekerja suatu ketika dahulu. Tetapi tidak kepada yang baru mengenali saya. Ramai yang menyangka saya dalam lingkungan...

Friday, December 11, 2009

Tersadung Kaki Memang Menyeronokkan

Petang semalam aku pulang ke rumah kira-kira pukul 7 petang. Selepas puas lepak menghabiskan masa bersama rakan-rakan, aku pulang bersama majalah Mastika, majalah kegemaran aku. Aku cuba menyoroknya di bawah seat motosikal. Aku sudah sedia maklum akan 'larisnya' majalah ini bila sampai ke rumah kelak. Ada saja tangan-tangan yang hendak merampasnya dari aku.Tiba di rumah, aku selitkan majalah itu di dalam baju. Aku kuakkan pintu rumah. Mujur, tiada sesiapa. Aku keluarkan majalah itu dari baju dan memalingkan muka ke arah pintu dan terus menguncinya. Sebaik berpaling ke dalam rumah, aku terperanjat...

Tuesday, December 01, 2009

"Haiya..!"

Saya adalah seorang guru. Saya sudah berkecimpung dalam bidang ini sudah lebih 7 tahun. Saya sudah berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak. Alhamdulillah, kerjaya saya selaku guru sangat memuaskan hati sendiri dan guru-guru yang lain. Berpengalaman kerjaya saya ini, saya telah dilantik oleh kerajaan sebagai pegawai pemeriksa peperiksaan besar bagi sekolah menengah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2 tahun lepas. Selama 2 tahun itu, pelbagai pengalaman pahit manis telah saya tempuhi. Ada yang lucu juga.Tahun ini, saya ditugaskan untuk menjadi petugas peperiksaan SPM di sekolah menengah di...
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger