
Hari ini hari raya Aidiladha. Sudah tentunya kita semua yang berstatus agama Islam menyambut 10 Zulhijjah ini dalam suasana ceria seperti hari raya Aidilfitri. Bezanya, hari raya ini lebih 100,000 ekor lembu dan kambing di Malaysia tumbang hilang nyawa kerana dikorbankan. Rahmat Aidiladha tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Sembahyang Aidiladha dan sembahyang Jumaat pada hari yang sama. Jumaat; hari yang penuh dihormati dari 6 hari lainnya.Malam tadi, aku dijemput ke rumah oleh kawan aku, Awie, kerana keluarganya mengadakan BBQ. Aku tiba agak lewat iaitu dalam pukul 9.20 malam. Sepatutnya acara...