Ads: (Please Click!)

Saturday, June 20, 2009

Ter'syasyul' (Part 2)


sebelum entry ini, aku pernah ceritakan perihal tersasul yang selalunya berlaku di antara kita.. tak kisahlah kamu orang Terengganu ke, orang Sabah ke, orang asli ke.. kadang-kadang tersasul ni terjadi tanpa kita sangka-sangka.. di mana sesetengahnya berlaku apabila kita terlalu banyak bercakap, laju bila bercakap, atau mungkin juga terjadi kerana terlalu terburu-buru untuk bercakap.. persoalannya, adakah faktor loghat juga penyebabnya kejadian tersasul? jawapannya, ya! akibatnya, kejadian tersasul ini pernah terjadi kepada aku.. dan terjadi juga kepada Din.. kasihan Din.. anda bagaimana?

ini adalah cerita dari rakan aku..

**********

kejadian berlaku kira-kira 5 tahun yang lalu.. sewaktu itu, Khairul (bukan nama sebenar), baru saja mendapat tempat bagi melanjutkan pelajaran di kota Johor Bahru.. perkhabaran kejayaannya untuk melanjutkan pelajaran ke negeri orang membuatkan dia begitu gembira.. kedua ibu bapanya juga turut bergembira lantas merestui Khairul untuk berhijrah ke negeri orang..

Klik sini untuk meneruskan bacaan..

beberapa hari sebelum hari pendaftaran kemasukan di institusi pengajian, Khairul menghubungi rakan sekampungnya yang kebetulan bekerja di Johor Bahru.. namanya, Syah (bukan nama sebenar).. Khairul ingin meminta bantuan Syah untuk menunjukkan jalan ke institusi tersebut.. maklumlah, Khairul 'orang baru'.. maka Khairul agak janggal sedikit.. mereka berbual lama di telefon dan satu kata putus telah dibuat oleh mereka..

setibanya hari pendaftaran, Khairul menghubungi Syah.. seperti yang dijanjikan, Syah menjemput Khairul di stesen bas.. Syah tiba agak lewat kerana dia terlalu sibuk dengan kerjanya.. waktu itu sudah pukul 9 malam..

"maaf, Khairul.. aku busy sikit minggu ni.. banyak sangat projek aku kena uruskan..", kata Syah.. mereka berjabat tangan dan saling berpelukan..

"oh, tak mengapa..", balas Khairul ringkas..

"lama kita tak berjumpa.. kau kacak sikit!", puji Khairul sambil menjinjing beg besarnya.. mereka berjalan seiring meninggalkan stesen bas tersebut..

"haha! ye ke? mata kau rabun kot!", kata Syah.. "aku belum makan malam lagi ni.. kita makan dulu.. amacam?", sambung kata Syah.. Khairul mengangguk sambil menunjukkan isyarat tangan 'bagus'..

Syah memandu keretanya.. kereta Syah melewati satu jalan yang agak sibuk di tengah-tengah kota.. Syah tiba-tiba bersuara..

"pernah ke KL?"

"pernah.. er.. ada la dalam 2 3 kali.. kenapa?", aju Khairul kembali.. Syah memalingkan muka sambil tersenyum.. dia kembali melontarkan pandangannya ke arah jalan raya yang agak sibuk..

"hidup di kota JB ni tak sama di KL..", kata Syah setelah beberapa minit dia diam..

"tak sama? tak sama yang macam mana?"

"kalau kau nak tahu, sini segala-galanya HEBAT.. boleh dikatakan, kalau kau kaki enjoy, di sini memang syurga bagi kau.. kalau kau iman tak kuat, kau bakal hanyut!", kata Syah sambil tersengeh sendiri..

"hebat? apa maksud kau? aku kurang mengerti..", kata Khairul sambil mengerutkan dahinya..

"hebatlah! 'aweknya' hebat! diskonya hebat! makan kat sini pn hebat-hebat! pendek kata, semuanya hebatlah!", kata Syah sambil ketawa..

"maksud kau, awek-awek kat sini cantik-cantik, seksi-seksi?", Syah mengangguk.. "disko kat sini 24 jam?", Syah mengangguk lagi.. "kat sini makanan murah-murah?", Syah berpaling..

"murah?! yang tu salah tekaan.. makan hebat maknanya mahal la bro!", kata Syah..

"oh, macam tu.. jadi?"

"jadiiiii.. kita singgah kat sini saja.."

Khairul menjenguk ke luar tingkap sebelahnya..

"burger???"

"yelah! murah lagi jimat!", kata Syah sambil ketawa.. Khairul menggeleng-gelengkan kepalanya.. mujurlah dia sudahpun makan sewaktu bas berhenti di perhentian sebelah beberapa jam yang lalu..

Syah memberhentikan keretanya di hadapan gerai burger itu.. kelihatan beberapa orang pelanggan sedang berdiri di situ.. sewaktu Syah ingin keluar dari kereta, dia mendapat satu panggilan telefon..

"Khairul! kau belikan burger.. aku nak daging!", seru Syah lantas menjawab panggilan telefonnya..

Khairul berjalan menuju ke gerai burger itu.. dia berdiri di celah-celah beberapa orang di situ.. dia lihat dua orang peniaga burger sibuk melayan pelanggannya.. Khairul terpegun melihat kecekapan peniaga muda itu.. tangkas can cepat..

"brader! mau burger?"

"er.. ya!", balas Khairul..

"kejap ye brader.. brader akan dilayan sebentar lagi..", kata peniaga muda itu sambil tersenyum.. Khairul mengangguk.. setelah beberapa minit, Syah menyapa dari belakang..

"dah order ke belum", tanya Syah..

"belum.. dia layan customer yang datang awal dulu..", jawab Khairul.. Syah diam..

"brader! berapa tadi?"

"er.. dua!"

"ayam ke daging?"

"dagim!"

"ya?", tanya peniaga muda itu terpinga-pinga..

"eh! daging!"

Khairul mendengar suara Syah ketawa berdekah-dekah.. dia lihat peniaga muda tadi menyambung kerjanya.. dia berpaling ke arah Syah.. Syah ketawa sambil menekan-nekan perutnya..

"kau apehal?", tanya Khairul..

"kau tersasul ek? apa..? kau order burger ayam ngan burger daging skali ke? jadi 'dagim'?!", perli Syah sambil ketawa berdekah-dekah..

Khairul terdiam.. dia cover malu..

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
11 Comments


11 Orang Kentut Madu:

Anonymous said... [Reply]

bahasa menunjukkan bangsa hehehe

Ivy Metaga said... [Reply]

itu lah best nya dok malaysia ni kan, macam2 bahasa yang ada hihi..kan aduka

cth lah, kalo di sarawak baik jgn cakap "eh eh lawa lah cik siti ari ni"....sebab lawa dalam bahasa sarawak tu maksud "sombong" hehe..

kalo aduka nak phewwit gadis dari sarawk, cakap mrk kacak hahhaaaa

kacak=chantek/encem macam aduka mua ha ha

Eyda Sheyda said... [Reply]

daging + ayam = dagim. ngee!

itu adalah tindakan d luar dugaan, dah menjadi perkara biasa dalam kehidupan kita pun.. ghehehe

Cikgu Ije said... [Reply]

haha, dia nervous la tu. uhu

haruan tasek said... [Reply]

itu adalah bahasa ibunda

emak said... [Reply]

kalau x slp aku la kn, org ganu kalau cakap msti nak tmbh g kat blakang tu.huhu..

Kapten Luffy said... [Reply]

dagim tu bahasa terengganu ker?

hahaha

IxoR@ said... [Reply]

Hahahhaha....

Sama la kiranya dgn pendol culut tu erk?

Hati-hati bila bertutur...

gee said... [Reply]

wahaha! kasihan.
pernah tersasul ke pakcik?
hemo-hemo :D

.millalara. said... [Reply]

tersyasyul itu seni yg kreatif ;p

Nadd said... [Reply]

adoyai aduka..
guling2 nad gelak..
hehehehehe..
wakkkakaka..
tingat adik nad yg cakap "memang" jadik "memam".. ;p

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger