kerana babak dari cerita Pendekar Bujang Lapok itu, aku teringat kejadian sewaktu di kolej beberapa tahun yang lalu..
pukul 2 petang..
kelas terakhir aku sewaktu itu adalah kelas English Communication.. kebiasaannya kelas terakhir inilah yang membuatkan aku dan rakan-rakan sekelas agak bebal dan sifat malas serta mengantuk menerpa.. namun pada petang tersebut, kami seolah-olah mendapat tenaga baru kerana pensyarah wanitanya berpakaian yang agak menarik, bagi kami.. berkebaya sendat, ketat, dan nipis.. kaum lelaki di dalam kelas yang mana 'kaki tidur', 'kaki sembang' hanya memerhati pensyarah tersebut dengan mata membulat.. mujur tiada air liur yang meleleh..
Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..
sesudah tamat kelas akhir tersebut, kami seolah-olah berat meninggalkan kelas kerana pensyarah tadi.. kebiasaannya, kami dahulu yang tinggalkan kelas dan pensyarah sendirian.. tetapi kali itu adalah sebaliknya.. kami rela tunggu dan lihat segala gerak geri pensyarah wanita tersebut sehinggalah dia melangkah kaki memasuki keretanya.. bukan aku yang 'power' tetapi pensyarah wanita itu yang 'power' sebenarnya!
aku, dan beberapa orang lagi rakan melangkah longlai ke gerai makan Kak Ngah.. ditambah dengan perut yang lapar, aku dan rakan aku, P (nama dirahsiakan), asyik menguap..
"kau berdua ni tidur pukul berapa semalam?", tanya Adi..
aku mengisyaratkan dengan empat batang jari..
"mak ai.. addict korang ni dengan game! tapi tadi dalam kelas segar bugar je aku tengok! mata dah terbeliak.. kalah mata kucing hutan!", sambung Adi disertai dengan gelak..
"mana tak segarnya.. Cik *** tadi pakai seksi sangat! bagus betul, kan? tau tau je student dia ni semuanya bebal dalam kelas..!", sampuk Muz sambil tersengeh..
"aiii.. kau pun 'join', Muz?!", tanya Adi seolah memperli.. kami gelak serentak..
dengan tidak semena-mena P terbatuk-batuk kuat.. matanya berair kerana terlalu kuat batuk-batuk.. aku terperanjat.. aku menepuk-nepuk belakangnya..
"apahal kau ni? awek sebut nama ke?", tanya aku..
tiba-tiba..
"ptuiiihh!! celaka punya lalat!", kata P diserta dengan kata carut marut..
"lalat?!", kata Adi..
"ha'a.. aku menguap tadi.. tiba-tiba je lalat 'landing' masuk kerongkong aku!", jawab P selamba..
kami gelak serentak memecahkan suasana gerai Kak Ngah masa itu..
balik di hostel, aku mengalami sakit perut.. P menegur, "ha.. tu la kau.. tadi gelakkan aku sangat.. padan muka kau terkena tulah aku!"
"ni bukan tulah la P!", kata aku..
"habis?"
"aku pun tak tahu.. aku agak aku tertelan lalat la!", balas aku sambil tergelak..
"celaka!"