Ads: (Please Click!)

Thursday, March 05, 2009

Tahu ke erti dosa pahala?


alahai pompuan.. nape la ko sengal sangat ek..? harap muka je lawa tp perangai ntahapeape.. mengaibkan org? lantak la korg nak kata ape.. tp kat sini aku nak citer sikit betapa 'buta' agamanya org skrg tak kira la laki ke pompuan.. harap cerita aku ni membuka sikit minda dan celikkan mata korg..

td aku saje la search guna encik google cari blog-blog yg menarik utk mengisi masa lapang aku neh.. al maklum, aku pulang awal dari office ini hari yeee.. dalam duk mencari tu, tup2 terjumpa satu blog ni.. blog ni hak milik seorg pompuan.. ada letak gambo penulis aka pengarang kat situ.. aku tertarik la kan.. mak ai.. "lawanye awek ni..!" bisik aku dalam hati.. pastu aku usha2 la apekebende yg ada blog dia.. kot2 ada content yg best kan.. tengah syok scroll down, aku terbaca title yg kurang menyenangkan.. lebih kurang gini bunyinya; "gaya hidup perlu mengikut era".. eh, korg jgn search plak ye.. aku ubah sket2 tajuk dia agar korg takkan jumpa..

Klik sini untuk meneruskan pembacaan...

cara penulisan minah sengal ni bagus sangat, mmg aku salute.. setiap perenggan ada sub topik yg dia nak explain.. tp content plak camtakbest.. tak tau la minah ni lulusan dari mana.. tak dinyatakan la pula.. dlm entry minah sengal ni, dia explain la kenapa pompuan sekarang perlu dikongkong sedangkan pompuan pun ada hak setanding lelaki.. tu point pertama.. point kedua beliau; dia ni mempertikaikan kenapa org lelaki selalu tergugat dan mempertikai kerjaya seorg pompuan.. sekarang zaman moden, perlu tukar cara hidup.. sekarang isteri pun boleh buat kerja, pegi pejabat, jumpa client.. ya.. setanding ngan lelaki.. point ketiga dari beliau; sembahyang lima waktu cukup untuk kita masuk syurga.. point keempat dari beliau lagi; ulama cukuplah mengajar di pondok sahaja tak perlu melibatkan diri dalam arena politik..

hah..! ni la akibatnya terlebih belajar ilmu dunia.. ilmu akhirat ntah ke mana.. kenapa la si minah ni telah menulis sedemikian? mazhab mana dia nak ikut ni? dalam dua tiga kali aku baca entry dia.. mulanya aku sangat terkejut la kan kenapa dia perlu timbulkan isu ni dalam blog dia sendri? tak malu ke? "eh, knapa nak malu?" ye la.. tak malu ke mendedahkan 'kejahilan' sendiri di dalam blog???

setelah beberapa kali membaca entry tu dan memahami apa maksud yg hendak beliau sampaikan, kat sini aku nak mengulas serba sedikit apa yg aku ketahui dari segi agama.. bukanlah aku nak berlagak, riak, tunjuk pandai, atau apa jua.. cuma apa yg aku tahu, aku kongsikan bersama..

bidasan pertama utk; kenapa pompuan sekarang perlu dikongkong sedangkan pompuan pun ada hak setanding lelaki.. bila disebut kongkong, ia memberi pelbagai maksud jika dilihat dari sudut yg berlainan.. kongkongan pula bukan sahaja datang dari keluarga, malah dari rakan taulan, kongkongan dari undang-undang, kongkongan rumahtangga, dan yg terhangat kini: kongkongan dari sang kekasih.. bila aku selidiki penulisan si minah ni, ternyata minah ni seorg yg pemikir.. kongkongan yg dimaksudkan bukanlah dari kekasih tetapi dari segi agama.. penulisannya cukup berani bila mengeluarkan fakta yg berbunyi; "wanita dilahirkan dari tulang rusuk lelaki.. maka wanita adalah sebahagian dari lelaki.. hak lelaki ada juga pada wanita.. pahala lelaki pun sama dengan wanita.. tetapi kita sebagai kaum wanita tidak menyedari bahawa wanita sebenarnya tidak perlu kongkongan sang lelaki"! fuhh.. dahsyat pompuan educated skrg ek.. pada perangkaan aku, jika diulas berdasarkan kepalaotak, mmg boleh sangat keluarkan fakta sedemikian rupa.. tapi adakah fakta tersebut benar2 berlandaskan nas dan agama? yg menguatkan pendirian seseorg manusia semuanya terletak kepada ilmu dan keutuhan agama.. bukannya berdasarkan khilaf pemikiran kita yg amatlah jahil dan penuh dengan dosa ini.. kita bukannya ulama tersohor utk mengeluarkan fakta sebegitu.. jika benar kamu itu belajar sehingga ke menara gading sekalipun, jika asas agama pun tidak kukuh, masakan kita berani mengeluarkan fakta yg tanpa mengikut panduan agama islam? apa yg aku tahu, hanya kafir laknatullah yg mengeluarkan fakta2 yg mengikut khilaf pemikiran.. salah satunya, horoskop.. sedarkah kita bahawa horoskop tu haram dalam islam? allah swt dah anugerahkan kita satu anugerah yg tiada nilai tandingannya, iaitu al-quran.. dengan ia kita merujuk, dengan ia lah kita berpegang.. jadi, buat apa berfikir dengan membabi buta tanpa berlandaskan al-quran dan hadis? rasa kau tu cam nabi sangat ke? sedarkah wahai wanita.. dikau dijadikan dari tulang rusuk kami.. ia sememangnya sedia membengkok.. dilentur 'engkau' patah.. diperbetul 'engkau' patah jua.. maka kami hanya layak menjagamu agar kau tidak patah.. maka dengan apa kami ingin menjagamu? oleh kerana kamu dijadikan dari tulang rusuk kami, kami pula dijadikan dari tanah, dan dari tanah jua dibentuk oleh pemilik kami iaitu Allah swt.. maka dari utusan Allah swt sajalah kami mampu menjagamu.. apakah utusan tersebut? itulah ilmu yg diturunkan berlandaskan al-quran dan hadis..

bidasan kedua utk; mahu kerjaya setanding lelaki.. yg ni aku tak mahu bercakap or mengulas panjang.. ya, memang tidak dinafikan wanita pun ada haknya menerima kerjaya dalam hidupnya.. akan tetapi ia akan terbatas jika wanita tu bersuami.. diulangi sekali lagi.. jika wanita itu sudah bersuami..! jika kau bujang, suka hati kau la nak kerja tunggang terbalik apa pun.. tapi biarlah berlandaskan hukum agama dan menjaga kesucian sebagai kaum wanita, jika mana wanita tersebut berkecimpung dalam bidang yg memerlukan dia menjaga hak dan batasan dia.. tapi lihatlah wanita disekeliling kita.. kebanyakkannya.. di ulangi.. kebanyakkannya; FAIL! why i talking such a thing? satu je.. aurat.. kebetulan je petang tadi.. lepas lunch, aku lepak di luar bank tempat aku kerja, melepaskan tekanan dan bebanan yg ada di dalam kepala.. sedang aku memerhatikan sekeliling, aku terpandang seorg wanita.. aduh pemakaian.. kenapa la.. pakai tudung, tapi.. baju sendat, dedah dada.. seluar ketat membentuk penggung dan pehanya.. astaghfirullah.. inilah wanita bekerjaya? kenapa perlu mendedahkan aurat jika saja mendapat nama kerjaya yg besar2? korporat? gaji mahal? pangkat? semua ini mencermin yg korg tu nampak eksekutif lagi terhormat? sedarlah wahai lelaki dan perempuan.. tiada apa yg membezakan kita sedangkan mati kelak kain putih jua yg membaluti kita..

bidasan ketiga utk; cukup sembahyang, boleh masuk syurga.. alahai.. sedihnya aku baca perenggan ni.. aku sebenarnya takut nak ulas.. kot la melampaui batas.. tapi aku sayangkan agama aku.. aku tak mahu org jahil bertambah jahil.. bagi aku, jika bercakap pasal masuk syurga dan masuk neraka, jangan ditunding jari kepada org lain.. tundinglah jari telunjuk kita kepada kita sendiri.. persoalkan kepada diri sendiri.. cukupkah amalan kita untuk dibawa ke akhirat kelak? kukuhkah iman kita utk berhadap ke Hadrat Illahi? layakkah kita memasuki syurga? teringat langsung lagu Raihan.. rangkapnya berbunyi begini, "wahai tuhan aku tak layak ke syurgaMu.. namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu.."

bidasan keempat utk; ulama hanya layak bersuara di pondok, bukan di kancah politik.. aduh.. semakin parah si minah ni.. aku mengucap panjang.. jika bukan ulama yg memimpin tunjang agama negara kita, siapa lagi??? aku tak berani nak ulas banyak pasal ni.. walopun ni isu sensitif, cukuplah aku bidas secara umum sahaja.. jika dikaji pada zaman kegemilangan pemerintahan islam dahulu, pada ulama jua lah segala keputusan negara dirujuk.. bukannya jurucakap yg hanya memegang master, degree, atau lulusan universiti luar negara dalam bidang politik yg umumnya dikeluarkan oleh org kafir.. menteri kita? macam mana ek? fikir2kanlah sendiri..

pada perenggan terakhir, minah ni ada membuat kesimpulannya yg aku sendiri tak berapa nak faham motifnya.. lebih kurang begini ayatnya; "wanita perlu berdiri pada gagahan kaki sendiri, dengan hanya seketika dengan bantuan lelaki.. barulah berani ditatahkan gelaran wanita sejati.."

hm.. pada perangkaan aku, mungkin dia mengajak wanita2 'di luar' sana agar tak perlu bergantung kepada lelaki.. eh.. tiba2 teringat ayat dalam blog Monkey D Luffy.. wanita boleh hidup tanpa lelaki? oh tidak.. correction ya, encik kapten.. terbalik tu.. wanita tak boleh hidup tanpa lelaki.. kenapa? bagi satu je 'kerja' kepada sang wanita.. memimpin negara.. layakkah mereka? jika anda kata layak, apakah faktanya? jika tidak, apa pula faktanya? anda tak tahu..? ya.. meh sini aku nak ulas.. beberapa tahun yg lalu, dalam siri ceramah agama ada menyentuh kenapa Rasulullah tidak memilih wanita selaku pemimpin negara, walhal hanya layak menjadi penasihat negara.. ini adalah kerana; terciptanya wanita di dunia amatlah lemah berbanding lelaki, amatlah rendah mindanya berbanding lelaki, dan amatlah terbatas auratnya berbanding lelaki.. di dalam ceramah tu juga, ada menceritakan bahawa ada sekumpulan wanita bertemu Rasulullah saw, dan berkata;

"wahai Rasullullah.. amatlah kami cemburui lelaki, masakan lelaki itu menerima pahala dan balasan syurga berbanding kami (wanita).. antaranya dari sembahyang jumaat, jihad, memperutuskan agama, mencari rezeki, dan berjuang untukmu ke jalan Allah.. kami juga menginginkan yg sedemikian, iaitu pahala yg besar dan jaminan syurga, wahai Rasulullah.."

balas Rasulullah, "tidak perlu kamu (sekalian wanita) membuat apa yg ditugaskan oleh Allah kepada kami (sekalian lelaki).. cukuplah kamu (sekalian wanita) berada di rumah, yakni setia dan patuh kepada suamimu.. hanya syurga jaminan bagi wanita yg patuh dan setia kepada suaminya selagi tidak bertentang dengan ajaran ku.."

jelas bukan? marilah kita fikirkan bersama.. jangan kita dibatasi dengan akal fikiran sahaja.. jangan kita dikaburi dengan keduniaan semata-mata.. letaklah agama dihadapan kita dahulu sebelum berfikir.. wallahua'lam..

** aku sedih melihat pengarang blog ni.. cantik.. bertudung.. tapi jahil agamanya.. apakan daya.. inikah 'era' dunia yg diinginkan beliau? hidup dalam kejahilan..?

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
6 Comments


6 Orang Kentut Madu:

Kapten Luffy said... [Reply]

bagus entri ni... aku baca habis... thanks saling mengingati...

p/s: inilah sebabnya aku berhenti blog serius aku dulu... takut dek kerana kurang ilmu mahu menegakkan apa yg diri sendiri rasa benar... tapi x semestinya benar

cebisan harapan said... [Reply]

sebetulnya saya amat setuju dgn pndn saudara...
walaupown saya seorg wanita tp sy ttp menyokong apa yg anda katakn..
mungkin penulis blog yg saudara maksudkn itu mengamalkan islam secara liberal menyebabkan begitulah cara pemikiran nyer... apa2 pown sekiranya mampu tegurlah empunya blog tue agar dye sdr... amun sekiranya tidak, memadailah dgn hanya berdoa mengharapkan allah membuka pintu hatinya ke jln islam yg sbnr..
entry yg cukup bermanfaat..
alhamdulillah.. ada kesedaran yg dpt sy ambil..
syukran jazilan akhi...

Anonymous said... [Reply]

aku rasa dia nie seorang yg jahil la... hhmm... maybe belajar agama x cukup....

arrhh... malas nak pikir banyak2... huhu...

harap2 penulis tue dah insaf atau dibuka pintu hati untuk bertaubat...

p/s:kalau pikir balik, ada kemungkinan x pompuan tue difitnah mcm kes adibah ahmad??

Aduka said... [Reply]

kapten: terima kasih sbb sudi baca habis.. mmg btol kata kapten.. kdg2 kita x brani nak suarakan.. tp bg aku, jika ia berlandaskan kebenaran, tidak salah utk kita memberi pandangan.. mcm aku skrg.. aku tau ilmu aku rendah lg.. tp at least apa yg kita tahu dan pelajari, baiklah kita berkongsi sama.. btol x?

cebisan harapan: terima kasih.. maaf, saya tidak terniat pun utk menjatuhkan martabat seorg wanita.. sesungguhnya martabat wanita juga sama tingginya dgn lelaki jika benar mereka berdiri pada tempatnya.. utk pengetahuan, habis baca entry minah tu, terus saja saya komen dan menasihati beliau.. baca entry saya seterusnya..

ahmad sufi: terima kasih.. kepada org yg kurang agamalah menjadi tanggungjawab org yg beragama utk menegur dan membimbing.. utk kes ni, saya rasakan tidak.. originality blog terserlah bila penulisnya menulis beberapa entry baru yg mengandungi gambar2 peribadi beliau..

intanurulfateha said... [Reply]

.ngeee~
.abg aduka
.kite feninn :D

Aduka said... [Reply]

aoe yg fenin nya teacher intan? huhuhu..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger