pada hari jumaat di KL, pukul 12.30 tengahari aku dah keluar office utk pergi lunch.. then habis lunch aku terus je jalan kaki dari Menara AmBank Group ni ke komuter Raja Chulan.. then dari situ aku terus je amik tiket ke Hang Tuah.. tujuan aku adalah tak lain tak bukan adalah.. ke masjid! untuk menunaikan solat jumaat..
nak dijadikan cerita, masa tu aku menunggu komuter.. oleh kerana ramai passenger yg sedang menunggu, so aku pun terpaksa berasak, bersesak utk memasuki komuter.. setibanya aku di dalam komuter, aku terpaksa berdiri.. takpe lah, dah biasa.. masa kat dalam komuter tu, aku port tempat utk aku berdiri then pegang satu palang utk aku berpaut.. masa tu aku perasan ada seorang gadis yg cun gila berdiri di hadapan aku.. kami tak setentang, sebaliknya aku menghadap arah kanan gadis tersebut.. walaupun begitu, aku tetap boleh memandang keayuan wajahnya.. mak ai.. putih melepak.. cantik dan sopan! bertudung.. menutup aurat.. alis bibir cantik.. aduuuuhhhhh..! kena betul ngan taste aku..
biasalah.. lelaki tetap dengan egonya.. aku pun control macho.. walaupun pandangan aku ke arah luar komuter, ekor mata aku tetap memandang wajah si gadis tersebut.. hanya sesekali aku bermain mata dengan gadis tu.. yang aku seronoknya, setiap kali mata bertentang mata, si gadis ni menunjukkan reaksi malu dan tunduk ke lantai.. bila aku mengalihkan pandangan aku ke luar, dia mengangkat sedikit wajahnya dan memandang kali.. bukan sekali, tetapi berkali-kali..
dalam hati aku, "kalau aku 'ayat' gadis ni, confirm dapat! tengok respons pun ada ni!"
tapi aku batalkan hasrat aku.. kenapa? kerana niatku adalah satu.. pergi ke masjid menunaikan apa yg wajib bagi aku.. sampai destinasi Bukit Bintang, passenger berganti, keluar masuk.. tetapi.....
"eh? mana gadis tadi?", bisik hatiku..
aku memandang mencari di mana gadis tadi.. di seat, tiada.. di dalam komuter, tiada..
"ah! melepas.. mungkin turun di BB! tak apalah.. bukan 'rezeki' aku..", bisik hatiku lagi..
dari situ sampailah ke masjid, aku still ingat muka cantik dan ayu si gadis tadi.. alhamdulillah, di dalam masjid aku terlupa seketika.. then balik dari masjid dan masuk komuter utk balik semula ke Raja Chulan.. di dalam komuter tu lah aku teringat kembali wajah si gadis tersebut..
aku berfikir, "am i fall in love with that girl?!"
walaupun hanya dalam 10 - 15 minit situasi tu berlaku, aku tetap bersyukur kerana bertemu gadis yang kena pada taste aku.. biarlah hanya sementara dan biarlah gadis tu bukan milikku.. aku tetap bersyukur.. cinta? entahlah.. hm.. sedang menulis entry ni pun still teringat wajah si gadis tadi.. er.. adakah ni masih dikatakan cinta pada pandangan pertama??? ah, tidak!!!