motif apa ntah aku bubuh tajuk cenggitu.. apakah??? ntah la.. sebenarnya aku mahu ceritakan beberapa kejadian yang tak diingini berlaku telah berlaku hari ini.. kejadian pertama berlaku pada sebelah petang tadi..
masa tu aku sedang sibuk buat coding yang menyerabutkan dan memeningkan kepalaotak.. untuk pengetahuan korang, development team aku consists of 10 members.. seorang team leader (TL), 2 orang system analyst, sorang chief technical officer, sorang technical designer, dan selebihnya system developer, termasuk aku.. akan tetapi, aku dengan kawan aku hanyalah contract worker untuk team ni.. huh malas la cerita lebih-lebih.. korang bukannya faham pun.. nak dijadikan cerita, sebahagian besar system dah siap sepenuhnya dan perlu diuji di client-side.. makanya, pada petang hari ini, TL membuat pengumuman untuk menghantar 2 orang untuk bertemu client pada hari esok.. keputusannya; TL sendiri, dan seorang system analyst kena buat presentation di client-side.. setelah pengumuman dibuat, TL membuat panggilan telefon kepada Brian, client kitorang..
Klik sini untuk meneruskan pembacaan..
"ah, lantak lah! bukan ada kaitan dengan aku pun..", bisik hati aku buat minggu pertama aku masuk team ni..
"kalu nak merokok ke, makan bah ku teh (makan cina; sup khinzir) ke, seks bebas ke, peduli apa aku..nasihat pun tak guna kalu org dah jauh tersesat.."
aku tak amik port pasal perkara tu untuk minggu-minggu sebelum ini.. tetapi hari ini, memang aku takleh terima sangat-sangat apa yang terkeluar dari mulut TL aku ni.. Brian bergurau dengan TL agar membuat presentation dengan memakai baju kurung.. sebelum ini hari-hari aku tengok TL aku ni pakai baju yang 'ntahapeape'.. setakat skirt pendek tu dah biasa sangat bagi dia.. bagi dia la.. TL membebel-bebel pada Brian.. kadang-kadang terkeluar perkataan 'f**k', 's**t', dan sebagainya.. dengan nada bergurau.. walaupun dia speaking english, aku tetap faham apa yang diperkatakan.. korang nak tahu kenapa dia membebel pada Brian..? lebih kurang camni la perbualan dia dengan Brian;
"hey, i don't used to f**king wear baju kurung.. what?! hey, you joking with me, right? whattha f**king s**t to me wearing baju kurung.. in presentation tomorrow you want me to wear tudung also haaa..? don't make a jokes lah Brian.. what?! yeah yeah.. i'll go with Cheo tomorrow.. em, yes.. hahaha.. still want me to wear baju kurung? what?! i don't want you tell me that i'm looks cute or cantik whatever by wearing baju kurung.. bluff!"
dengan riuh rendah, beberapa team member lain yang rata-rata adalah cina menyampuk perbualan TL dengan Brian..
"haiya.. if u don't want to wear baju kurung, bikini ok, what?! suit to you!" kemudian diselangi dengan gelak besar..
"yeah! suit you!", sampuk beberapa team member yang lain.. aku ngan kawan aku, dan seorang lagi team member (perempuan) hanya berdiam diri.. tak berkata apa-apa.. aku yang duk mendengar, panas je telinga.. boleh plak dia memperlekeh-lekehkan baju kurung..
"hey, #####! if you wear baju kurung, you should have to wear tudung as well, right?! wow! maybe first time i will see the cute of you wearing that one lah! hahahaha..!"
"hey! f**k it off lahhhh..!"
lagi berapi jiwa raga aku.. lepas dari itu, aku malas nak dengar lagi perbualan diorang.. then aku tumpu kerja aku aje.. hati ni maki hamun kat diorang.. celaka.. tak hormat langsung pada orang islam yang ada di antara team mate diorang.. tak hormat ke atau sengaja perli? hangin satu badan aku.. aku tak salahkan orang yang menyampuk sebabnya diorang sememangnya kafir.. yang aku sakit hati adalah TL tu sendiri.. nama je islam.. tapi..
ni pula kejadian kedua berlaku pada aku setelah pulang dari kerja.. hajat aku nak balik kampung minggu ini.. jadinya, aku pergi ke puduraya untuk beli tiket ke Kemaman.. jadi, aku pergi ke kaunter tiket bas Transnasional sebabnya bas tu saja yang ada berhenti di destinasi.. bas lain semua ke Kuala Terengganu..
aku bertanya, "er.. tiket pergi balik KL - Kemaman available lagi tak, akak? pergi jumaat malam, dan balik ahad malam.. tiket area pukul 10 ke 11 ada?" then cik kak pregnant tu terus je menaip sesuatu pada keyboard..
"jumaat malam pukul 9 dan 11 aje yang available.. Kemaman plak pukul 12.30..", jawab cik akak tu..
tapi aku confius nak beli tiket tu.. masa terlalu lewat.. disebabkan kawan aku ni ada urusan seharian pada hari Ahad, maka menjadi kesulitan sedikit bagi aku apabila sampai di KL pada hari Ahad jika tiket pukul 12.30 malam.. dari KL ni dah cantek ada tiket pukul 11.. maka aku tangguh untuk membeli tiket tersebut.. aku dan kawan aku berbincang sebentar di luar kaunter tiket.. dalam 15 minit kami berbincang, aku kembali ke kaunter tiket..
"ok lah, kak.. saya beli la tiket tu..", kata aku pada cik akak pregnant yang bekerja di situ..
"jumaat malam pukul 9 aje yang available!", balas cik akak tu..
"eh, tadi kata pukul 11 ada..?!", tanya aku sedikit terkejut..
"dah dibeli orang lah! tu laaa.. tadi ke hulu ke hilir sangat! nak taknak beli.. siapa suruh lambat?!", gertak cik akak tu.. dengan nada sebegitu, tiba-tiba aku naik angin.. aku hentak meja kaunter dan terus blah! hati aku bengkak gila.. nak je aku terajang kaunter tu.. cakap lebih kurang betul cik akak tu..
"siol.. beginikah layanan kepada pelanggan?! celaka!", luah aku tidak berpuas hati.. "nak sangat bekerja camtu, tapi tak pandai bercakap elok dengan pelanggan.. kalu aku la, aku fired je pompuan tuh! berbudi bahasa budaya kita konon.. mulut je cakap lebih, tapi buatnya tak pun! cakap tak serupa bikin!"
aku terus membebel sehingga sampai di kondo aku.. hati aku betul-betul menggelegak kerana amarah.. pertama; TL sengal mengutuk pasal baju kurung.. kedua, cik akak pregnant penjual tiket bas yang kurang ajar!
whattha f**king s**t all of these case??!!