Ads: (Please Click!)

Thursday, March 19, 2009

Cinta 24 jam


cerita ini adalah berdasarkan pengalaman cinta sebenar penulis..

lusa, hari raya aidiladha bakal menjelma lagi.. aku masih berbaring mengenangkan kejadian semalam.. "ah, sungguh malang nasib aku", fikirku.. "alangkah bagusnya jika aku tangguh dahulu untuk membaiki telefon bimbit aku.." kerana kejadian itu, aku ketinggalan membeli tiket untuk pulang ke kampung..

"maaf, dik.. tiket bas terakhir baru saja dijual.. tak sampai 10 minit tadi..", kata penjual tiket..

"er.. habis tu, hari apa lagi yang ada, encik?", tanya aku..

"kalau adik nak balik cuti hari raya, abang minta maaf dik.. hari terakhir pun lusa dik.. adik nak tiket bas tambahan ke?", lanjut si penjual tiket..

"takpelah abang.. terima kasih sajalah..", jawab aku ringkas.. aku mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung mengenangkan ketandusan duit memandangkan harga tiket bas tambahan adalah 2 kali ganda lebih mahal dari harga tiket asal.. lantas aku terus mengkhabarkan berita kepada keluarga..

lamunan aku terhenti seketika.. telefon bimbitku berdering.. terpampang di skrin telefon, suatu nama yang aku kenali.. lantas aku menjawab panggilan tersebut..

"salam, kak! saya ada kat hostel lagi ni.. kenapa kak?", tanya aku..

"Kak Ngah dengar berito yang puok-puok Latip tok kelik kampung.. yolor ko?", tanya Kak Ngah, taukeh kedai makan kepada aku.. Kak Ngah memang aku cukup kenal kerana setiap kali balik atau habis kelas samada sebelah tengahari ataupun petang, aku dan rakan-rakan akan singgah di kedai Kak Ngah.. Kak Ngah dan keluarganya sangat baik dan peramah.. kami mula mengenali Kak Ngah sejak kakaknya, Kak Long, taukeh asal kedai makan itu berkahwin lain selepas beberapa tahun menjanda.. kami sempat mengenali Kak Long semasa di semester pertama.. setelah itu, hanya Kak Ngah lah yang menguruskan kedai makan tersebut.. dan sejurus itu juga kami rapat dengan family Kak Ngah serta pekerja-pekerjanya..

"ya, kak.. sebenarnya saya nak balik kampung, kak.. tapi kehabisan tiket.. jadi saya ambil keputusan untuk tinggal di hostel saja..", jawab aku..

"budok-budok lain tu bakpo tok kelik? tiket abis gak ko?", tanya Kak Ngah lagi..

"taklah, kak.. dia orang memang tak mahu balik.. jadi, dia orang nak enjoy beraya di Kota Bharu ni, kak.."

"kalu gitu, molek benar lah.. sebenarnyo Kak Ngoh dengar cito puok-puok Latip tok kelik.. jadi Kak Ngoh nok ajok la puok-puok Latip mari rumoh Kak Ngoh.. mari berayo aji sini.. Kak Ngoh ado buat make-make sikit.. mari la berayo kat rumoh Kak Ngoh deh..", kata Kak Ngah panjang lebar..

"insyaAllah, kak.. nanti saya bincang dulu dengan kawan-kawan saya.."

Klik spoiler ini untuk meneruskan pembacaan..

pada malamnya, aku berbincang dengan kawan-kawan aku, yang mana yang rapat dan mengenali Kak Ngah.. kami bersetuju untuk ke rumah Kak Ngah.. Jazme, kawan sebilik aku mencadangkan untuk tidur semalaman di rumah Kak Ngah pada malam hari raya.. kami terus sahaja bersetuju.. turut bersama kami adalah 2 orang gadis Kelantan, pekerja-pekerja Kak Ngah, sebagai pelayan kedai.. S dan H..

malam hari raya di rumah Kak Ngah cukup meriah.. kami memanggang ayam bersama.. memasak sup daging dan tulang bersama.. Kak Ngah juga ada menjemput jiran-jiran untuk membantu dan melibatkan diri pada aktiviti malam tersebut.. aku pada waktu itu sudah berpeluh-peluh memanggang ayam.. dari menghidupkan api, sehinggalah memanggang.. terdedah dengan hangat api, membuatkan badan aku berpeluh.. aku melepaskan penat di bawah pohon nyiur yang agak rendang.. pada waktu itu, semua isi rumah berkumpul di luar rumah, kecuali H..

pada mulanya aku tidak endah saja H yang hanya memerhati gelagat kami di luar.. dia hanya tercegat sahaja di muka pintu.. tidak semena, namaku di panggil lembut dari jauh.. lantas aku berpaling muka kepada suara yang memanggil.. aku lihat H melambai tangan, memanggil aku.. aku terus saja mendapatkan H..

“ada apa?”, tanya aku..

“abe Latip.. H ado bendo nok kecek ngan abe Latip.. sudi dengar dok?”, tanya H..

“ada hal apa? cakaplah..”, balasku..

“kecek dale umoh la abe Latip.. luar ni ore dengar.. malu laahhhh..”, kata H manja.. aku mengikuti saja kehendak H kerana ketika itu aku ingin mengetahui apakah yang hendak disampaikan oleh H.. kami memasuki rumah yang ketiadaan isinya.. hanya kami berdua..

“hah.. apa dia? cerita la..”, seru aku kepada H.. sebaliknya, H menarik tanganku memasuki biliknya.. aku dah mula risau.. “apa tujuan sebenarnya minah ni?”, bisik hatiku..

H menarik tanganku memasuki terus ke biliknya.. dikunci pintu biliknya.. lantas H berdiri bertentangan denganku, seraya berkata, “abe Latip sudi dok amik H jadi awek abe Latip?”

soalan H membuatkan aku betul-betul tersentak.. masakan dalam seumur hidup aku, seorang perempuan meminta untuk mengambilnya sebagai kekasih hati.. soalan H membuatkan lidahku kelu untuk sementara waktu.. tangannya masih lagi mengenggam kemas lengan aku.. H mengulangi persoalan tadi..

“er... boleh aje.. tapi.. er.. lagipun...”, kata aku tergagap-gagap..

“gapo abe Latip? abe Latip dok sudi ko terimo H?”, tanya H lanjut..

“bukan.. tapi... ermmmm...”

“kalu abe Latip ado gewe doh, takpo lahhhh..”

belum sempat H menyudahkan ayatnya, aku langsung menyampuk, “eh! mana ada! saya ok je.. takde masalah.. tapi biarlah saya berfikir dulu..”

“ok takpo.. esok abe Latip royak ke H deh..”, pesan H kepadaku..

H terus saja membalas dengan senyuman.. tetapi senyuman tersebut terbayang hambar.. 5 minit selepas itu, aku keluar dari bilik H dan pergi menyambung memanggang ayam bersama-sama Kak Ngah dan kawan-lawan di luar rumah.. segelinap sela masa, fikiran aku masih lagi terbayang ucapan manis yang dikeluarkan oleh H.. dan aku juga berfikir bahawa, masakan masih ada juga perempuan meminati aku? aku teringat kata-kata Aziz Satar dalam filem P Ramlee.. “inilah yang dinamakan nasib..!”

kami selesai memanggang ayam lebih kurang pada pukul 1 pagi.. oleh kerana badan sudah berpeluh dan berbau asap, aku terus saja ke bilik.. aku menyalin pakaian dan terus ke bilik mandi.. sesudah mandi, aku menuju ke bilik aku.. selesai memakai pakaian, aku terus duduk di depan televisyen.. 5 minit aku duduk, aku memikirkan tentang H.. mana dia? dari tadi aku tidak nampak kelibatnya.. lantas aku bangkit dan mencari di mana H.. aku menjenguk di dalam biliknya.. tiada.. di dapur juga.. tiada.. aku menjenguk lagi di tandas.. juga tiada.. “ah, mungkin ada di luar..”, bisik hatiku.. aku menjenguk ke luar rumah.. aku tersentak.. aku melihat H bercakap-cakap dengan Pokyoe, salah seorang rakan sebilik aku..

“eh? apa yang dia orang bualkan pada lewat malam begini di luar rumah..?”, fikir aku.. aku hanya memerhati.. walaupun dalam hati aku terbisik untuk mengetahui apakah yang mereka bincangkan, tetapi aku sabar.. aku kembali duduk di depan televisyen.. drama cina di waktu pagi..

pada keesokkan harinya, kami bangkit awal.. sedari pagi, kami bergotong-royong menyediakan juadah jamuan di dapur.. walaupun aku tidak pandai memasak, aku cuba melibatkan diri bersama makcik-makcik di dapur.. aku berasa gembira bekerja bersama.. dari mengupas bawang sehinggalah menyiang ayam dan daging.. semua aku buat.. sedari pagi juga, gelak hilai keceriaan menyusul kerana ada seorang makcik asyik melatah.. kami asyik saja mengusiknya.. kalau melatah biasa-biasa saja tidak mengapa.. tetapi ini melatah dengan menyebut perkataan yang tidak sepatunya keluar dari orang tua, lebih-lebih lagi seorang wanita.. mungkin anda sendiri faham dan mengetahuinya..

selepas menunaikan solat Zohor, aku dipanggil oleh Kak Ngah untuk menghadiri sesi bergambar bersama keluarganya.. kami bergambar bersama.. jiran-jiran Kak Ngah juga tidak ketinggalan untuk bersama kami.. selesai bergambar, aku meminta izin dari Kak Ngah untuk berbaring sebentar kerana sudah terlalu penat.. sesudah mendapat keizinan dari Kak Ngah, aku berbaring di atas sofa di ruang tamu.. sedang aku duduk berehat, fikiran aku beralih kepada H.. aku tidak berfikir panjang.. seolah-olah aku mendapat suatu firasat.. aku menjenguk di luar rumah dan terus memandang ke arah laman rumah Kak Ngah.. aku lihat H bercakap lagi dengan Pokyoe! aku tidak tahu.. adakah perasaan cemburu atau sifat ingin tahu, aku terus saja pergi mendapatkan mereka..

“amboi.. sembang-sembang pun tak ajak aku kau ni Yoe..”, kata aku.. sebaik saja aku menghabiskan kataku itu, mereka semua terdiam seolah-olah ada sesuatu yang ingin diselindungkan..

“kenapa korang diam?”

“takdok gapo la abe Latip.. H nak masuk metar deh.. abe kecek la ngan Pokyoe..”, kata H sambil beredar meninggalkan aku berdua bersama Pokyoe.. beberapa jam selepas itu, aku masuk ke bilik untuk menyalin pakaian.. belum sempat aku memasuki bilik, aku merasakan ada orang menyambar tanganku.. dia menarik tanganku dari arah belakang.. lantas aku berpaling..

“eh, H.. kenapa ni?”, tanya aku.. tanganku ditarik terus memasuki bilik H..

“abe Latip.. guano keputusan abe?”, tanya H..

“er.. saya ok je.. on..!”, jawab aku ringkas.. H hanya menunduk.. beberapa minit kemudian dia mengangkat kepala dan memandang tepat ke mataku..

“abe Latip.. H pening.. sakit kepala..”, kata H sambil memicit kepalanya sendiri..

“olololooo.. H sakit ye? nak demam ke? tu la banyak sangat buat kerja tadi.. nanti saya belikan ubat ok?”, kata aku dan terus memicit-micit kepala H lembut.. H hanya mendiamkan diri sambil memejamkan mata.. beberapa ketika, aku keluar dari bilik H.. aku juga risau kalau-kalau ada sesiapa nampak aku berdua-duaan dengan H.. nanti timbul pula syak wasangka orang lain.. lebih teruk lagi kalau orang menabur cerita fitnah.. nayalah.. aku terus meminjam motosikal rakan, dan pergi ke kedai untuk membeli ubat Panadol.. balik dari kedai, aku menyerahkan ubat tersebut kepada H dan menyarankan agar dia berehat saja.. tapi H berdegil..

“abe Latip.. tadi dok amik gambar pun ngan H.. jom amik gambar samo-samo nok dok?”, tanya H pada aku manja.. aku terus bersetuju..

kami mengambil gambar bersama di setiap sudut di luar rumah.. H memaut kemas lenganku bagai tidak mahu dilepaskan.. aku berbisik pada H, “ingat tau tarikh kita hari ni ok?” H hanya mengangguk..

selesai kami mengambil gambar, kami pergi makan bersama.. beberapa orang rakanku berbisik sesama mereka setelah melihat aku rapat bermesra dengan H.. aku mencuit lengan H dan memuncungkan mulut kepada rakan-rakan aku..

“ala.. demo-demo tu jelous je tu abe Latip.. bior lah dio..”, kata H..

“malam ni abe Latip kelik ngan gapo?”, tanya H kepada aku..

“em, tak tahu lagi.. kenapa?”, tanya aku kembali..

“kalu gitu, abe Latip tumpang ngan Kak Ngoh la.. H ikut naik skali ngan Kak Ngoh..”, saran H kepadaku.. aku hanya mengangguk tanda bersetuju..

malam tersebut, dalam pukul 8, aku menumpang kereta Kak Ngah.. Kak Ngah menghantar aku pulang ke hostel yang jaraknya kira-kira 45 minit dari rumah Kak Ngah.. sepanjang perjalanan, H hanya memaut lenganku.. mulutnya terkunci tanpa sepatah perkataan yang terkeluar.. hanya radio yang dipasang saja yang memecah kesunyian di dalam kereta..

“er.. H sakit kepala lagi ke? dah makan ubat?”, tanya aku..

“em..”, jawab H ringkas seraya menganggukkan kepala beberapa kali.. pandangannya hanya mengalih ke arah luar tingkap.. H seolah-olah memikirkan sesuatu.. walaupun begitu, aku biarkan saja H mengelamun bersendirian..

setibanya aku di pintu pagar utama hostel, Kak Ngah berpesan agar aku belajar rajin-rajin dan bersungguh.. aku mengiakan nasihat Kak Ngah.. H turut membantu aku mengangkat beg keluar dari boot kereta.. sebelum melangkah masuk, H mencapai tanganku lantas dikucupnya.. seolah-olah seorang isteri mengucup tangan suaminya ketika suaminya berangkat ke tempat kerja.. sungguh hormat yang ditunjukkan oleh H.. Kak Ngah hanya tersenyum.. selepas mengucapkan selamat tinggal, kereta Kak Ngah bergerak keluar dari kawasan hostel.. H hanya melambaikan tangannya..

jam menunjukkan sudah hampir pukul 1.30 petang.. aku terkejut.. tak tersangka aku tidur sebegitu lama.. maklumlah, disebabkan penat bergotong-royong semalam.. aku terus bangkit.. aku lihat Pokyoe sedang mengadap komputernya.. Jazme pula masih terbaring tidur.. “penat makan kot semalam..”, fikir aku..

“hang baru bangun ya Latip? aku ingat hang takmau bangun-bangun dah!”, kata Pokyoe seraya gelak besar..

“kepala hotak haaannnnnnnggggggg..!”, kata aku dan gelak bersama Pokyoe..

“macam mana hang semalam? amboiiii.. seronoknya hang nooohhh..”, kata Pokyoe sambil menjeling ke arah aku.. “hang pi mandi dulu la.. aku ada cerita nak cerita kat hang ni..”

“aye-aye boss!”, balas aku sambil tersenyum..

selesai mandi, aku terus memakai pakaian dan duduk di atas katil bersebelahan dengan Pokyoe.. aku bertanya, “ada apa cerita yang kau nak cerita pada aku tadi?”

“em ok ok.. hang nak tau cerita ka? aku harap hang kecik hati nohhh..”, kata Pokyoe.. aku hanya mengangguk..

"malam hari raya tu H ada mai kat aku.. dia bagitau aku yang dia suka kat aku! tapi gilaaaa.. marka aku mana aku nak letak kalu aku terima dia?! betui-betui gilaaa..!”

kata-kata Pokyoe betul-betul membuatkan aku terperanjat.. aku termenung.. walhal pada malam itulah juga H memberitahuku yang dia mahu couple dengan aku! masakan pula H menukar fikiran?

“eh? masa bila dia ajak kau couple?”, tanya aku pura-pura..

“nak kata malam tak la jugak.. lewat dahhhh.. dalam pukui 1 lebih la kot!”, balas Pokyoe.. ya, baru ingat.. malam tu aku menjenguk H dan Pokyoe bercakap-cakap di luar rumah.. mereka tidak menyedari yang aku mengintip dari jauh..

“habis, kau kata apa?”

“aku kata la aku dah ada marka! gila ka nak aku terima dia terus?!”

aku hanya termenung.. pengakuan Pokyoe betul-betul membuatkan aku keliru dan bingung.. apakah tujuan sebenarnya H dengan kata-katanya pada ku sewaktu malam tersebut? tak mungkin H menagih cinta kepada 2 orang serentak?! “ah, tidak mungkin!”, fikirku..

“bukan malam tu ja.. petang masa ang mai kat kami pun dia cakap pasai tu..! siap merayu-rayu tu la aku tak tahan beb..! goyang betui aku.. dah la marka aku berjauhan dari aku..!”, kata Pokyoe sambil ketawa kecil..

amarah aku sudah meninggi.. lantas aku bersuara, “kalau kau nak tahu, H nak couple ngan aku!”, lantas aku menceritakan kejadian yang berlaku.. cerita aku membuatkan Pokyoe kehairanan..

“wei, dia suka kat aku la.. bukan kat hang!”

“kau ni betul-betul ke main-main ni, Yoe?”, soal aku..

“laaa.. betui la.. awat aku nak tipu hang..? H memang betui-betui suka kat aku!”

takkanlah kerana seorang gadis, harus aku bertekak dengan rakan sebilikku sendiri? alangkah tidak munasabah dan tidak boleh diterima akal.. nampaknya, H hanya mempergunakan aku untuk menyintai Pokyoe.. tapi, benarkah begitu? langsung aku mengalah..

“yelah kot..”, kata aku ringkas.. walhal di dalam hati aku, perasaan amarah dan geram sudah bercampur baur.. tergamak H memainkan perasaan aku.. berani betul dia membuat tindakan seperti ini.. berani sungguh dia! aku tidak sanggup lagi duduk di dalam bilik.. aku terus ke luar dan duduk di kerusi laman.. aku berfikir sejenak.. hampir setengah jam berfikir, aku menghubungi H..

“apa tujuan awak sebenarnya?! nak mainkan perasaan saya?!”, tanya aku dengan suara yang agak meninggi..

“maafkan H abe Latip.. H takdok niat pun nok lukokan hati abe Latip.. tapi H silap.. maafkan H..”

“nanti dulu.. tolong ceritakan hal yang sebenarnya.. saya keliru!”

“H tau mesti Pokyoe yang ceritokan pado abe Latip kan? gini abe Latip.. H minta maaf banyak-banyak sebab membuat pengakuan gitu pado petang semalam.. ya.. memang H suko kat abe Yoe..!”

“habis? nape ajak saya couple plak?”, tanya aku..

“H keliru, abe Latip.. H pun dalam dua.. nok pilih abe Latip ko abe Yoe!”

pengakuan H membuatkan darah aku menyirap seluruh badan.. boleh pula H membuat aku ni seolah-olah 'memilih pakaian di kedai'..!

“habis tu, H nak pilih siapa? saya ke Pokyoe?!”

“err... maafkan H abe Latip.. maafkan H.. H tak sanggup nak tipu diri sendiri..”

kata-kata H membuatkan aku betul-betul terasa seolah-olah aku ini diperbodohkan.. perasaan aku dipermainkan.. tergamak H membuat aku begini..

selepas dari kejadian itu, aku jarang ke kedai Kak Ngah.. bila tiba masa makan tengahari, aku singgah ke kedai makan berdekatan dengan hostel.. tujuanku hanya satu.. tidak mahu lagi bertemu atau bertentang muka dengan H.. merajuk? ya.. aku betul-betul merajuk dan marah.. tidak pernah sekalipun di dalam hidup aku diperbodohkan oleh perempuan!

pada suatu hari, Pokyoe menemuiku lantas bertanya, “Latip.. tadi aku lunch kat kedai Kak Ngah.. Kak Ngah nak tanya kat hang.. awat ang tak singgah kedai dia lagi?”

“dahtu kau tak tolong jawabkan untuk aku ke?”

“laa.. mana la aku tau masalah hang..”, jawab Pokyoe..

“takpelah.. esok kalau Kak Ngah tanya lagi, kau jawablah aku takde apa-apa.. cuma saja nak bertukar angin..”, kata aku cuba berselindung..

“aku pun hairan tengok hang ni.. tiba-tiba ja pegi makan kedai lain.. sebelum ni kau ikut kami makan kat kedai Kak Ngah.. hang ni.. cam ada..”

“hoi.. kau cakap seperti aku kata tadi cukup la.. lebih-lebih pula..!”, tempelak aku.. langsung Pokyoe beredar.. dia menuju ke kedai Kak Ngah.. aku mengagak, tentunya Pokyoe ingin menyampaikan kata-kata aku sebentar tadi..

malamnya, Kak Ngah menghubungi aku..

“bakpo Latip jadi lagu tu?”, tanya Kak Ngah..

“takde apa-apalah Kak Ngah.. kan saya dah bagitau.. saya saja je nak bertukar angin..”

“tukar angin ko gapo..? jange nok nipu Kak Ngoh la.. Kak Ngoh tau sebab apo Latip toksey singgoh kedai Kak Ngoh..”

“hah?! ye ke?”, tanya aku..

“yolor! sebab H.. betul dok?”, jawab Kak Ngah.. aku terdiam seketika..

“ya Kak Ngah..”, jawab aku ringkas..

“ha.. terus terang ngan Kak Ngoh kan bagus.. toksey la lindung-lindung ngan Kak Ngoh.. Kak Ngoh tahu gapo dio kejadian yang berlaku kat Latip.. Kak Ngoh tau blako..!” setelah itu, Kak Ngah meminta diri.. dia ada tugas yang perlu diselesaikan..

beberapa hari selepas itu, aku sedang berkemas-kemas segala beg pakaian untuk pulang ke kampung halaman, memandangkan cuti semester sudah pun bermula. tiba-tiba telefon bimbitku berdering.. aku lihat terpampang satu nama yang aku kenali.. itu panggilan dari H.. aku tidak menjawab panggilan tersebut.. acap kali juga H menghubungiku.. agaknya kali ke 5, aku menjawab panggilan..

“ada apa awak call saya? bukankah saya dah bagitau jangan berhubung dengan saya lagi..?”, kata aku..

“abe Latip.. jangan la lagu ni.. H minta maaf banyak-banyak..!”

“ya, saya maafkan awak.. dah la.. saya nak berkemas.. saya nak balik..!”, jawab aku.. terus saja aku mematikan panggilan tersebut.. amarah aku terhadap H masih menebal.. sehinggalah aku selamat tiba di rumah..

televisyen terpasang.. tetapi penontonnya hanya termenung dan bersandar di tiang seri rumah.. entah apa yang difikirkannya.. mungkin kenangan sewaktu dikolej mengimbau kembali diingatannya.. sudah seminggu dia begitu.. hanya televisyen menjadi teman sewaktu kelapangan.. tiba-tiba dia dikejutkan dengan panggilan telefon bimbitnya..

“siapa ni?”, tanya aku..

“abe toksey kenal doh ko suara saya?”

“er.. siapa?”

“H ni abe Latip..”

aku terkejut..

“oh awak.. kenapa awak tiba-tiba call saya? ada hal penting ke?”, tanya aku.. aku berpura-pura bertanya khabar berita dari H walaupun jauh di sebenak hati, aku hilang rasa minat untuk bercakap dengannya.. tapi aku cuba buang jauh-jauh prasangka itu..

“abe Latip.. saya tau abe Latip dah maafkan H.. tp biarlah sekali lagi H minta maaf dari abe Latip.. H betul-betul menyesal..! abe.. terimo lah H kembali ya..?”, rayu H lanjut.. aku termenung seketika.. begitu mudah dia meminta.. sebagaimana begitu mudahnya dia menghancurkan perasaan aku sebelum ini? lama aku diam.. diam bukan kerana berfikir tetapi tidak menyangka H akan meminta sebegitu..

“kenapa H nak terima saya balik? bukankah saya ni bukan pilihan H? Pokyoe kan ada.. pegi la kat dia..!”, bentak aku..

“jange gitu abe.. H betul-betul nyesal.. Pokyoe tu ado gewe doh.. jadi dio toksey terimo H.. tolong la abe Latip..”, rayu H.. suaranya terdengar agak tersekat-sekat.. dia menangis.. aku dapat dengar ada muzik berlatar.. H memasang radio kerana jelas kedengaran lagu Terra Rossa yang bertajuk Bunga Angkasa.. H merayu-rayu lagi.. aku jadi serba salah, lebih-lebih lagi apabila dia menangis.. aku buntu memikirkannya.. cukuplah sekali terkena.. sekali aku meludah takkan aku jilat kembali!

“camni H.. saya dah buat keputusan saya sendiri.. maaf saya mengatakan bahawa saya tak boleh menerima H.. alasannya, saya sudah serik.. tak mahu lagi orang memainkan perasaan saya.. sedangkan awal-awal lagi awak boleh memainkan perasaan saya, selepas ini pun mungkin juga akan terjadi lagi jika saya menerima awak kembali! saya bukakan hati saya untuk awak, tapi awak mensia-siakannya.. masakan saya menutup hati saya untuk awak, dan membukanya kembali? tidak.. tidak mungkin!”, kata aku.. H menangis semahunya.. aku memujuk H agar tenang dan bersabar.. lama aku memujuk barulah H redha..

“takpo la abe Latip.. walau apapun, H bertuoh dapat kenal ngan abe Latip.. terimo kasih yo.. akhir kato sebelum H letok telefon ni, sekali lagi H nok mitok maaf dari abe Latip..”

“jangan risau, saya maafkan..”

itulah kali terakhir aku bercakap dengan H.. dan sebelum itu juga adalah kali terakhir aku berjumpa dengan H..

masuk semester yang baru, aku mendapat tahu H sudahpun berumahtangga dengan jejaka pilihan keluarganya, seminggu selepas dia menghubungi aku.. barulah aku mendapat tahu, pada hari H menghubungi aku keluarganya telahpun menjodohkan dirinya dengan jejaka satu kampung.. tapi H tidak bersetuju untuk disatukan dengan jejaka pilihan keluarganya itu.. maka, H merayu untuk kembali kepada aku.. mendengar perkhabaran itu, aku mengeluh panjang.. rupanya, ada udang disebalik batu.. aku termenung sejenak.. nasib baik aku menolak pujuk rayu H.. jika aku terima, terpaksalah aku menghadapi cabaran dan risiko dari keluarganya pula!

“Kak Ngoh ado maroh ke H sebenarnyo.. Kak Ngoh tanyolah H tu, bakpo wat gitu ke Latip.. dengan Kak Ngoh la dia kata dia nyesal wat gitu.. Kak Ngoh kato ke dio, yang Latip tu budok baik.. jadi tok baik la H buat gitu ke Latip.. dio menangis depan Kak Ngoh.. tapi tok sangko la pulok dio kahwin doh lepas dari kejadian tu..”, cerita Kak Ngah panjang..

aku terdiam..

“takpelah Kak Ngah.. itu jodoh dia.. lagipun saya memang tak suka orang bermain dengan perasaan saya.. sekali terkena, saya takkan berpatah balik..!”, jawab aku tegas..

“yolor doh tu.. takpo la Latip.. sabar jah la..”, nasihat Kak Ngah ringkas..

“eh, Kak Ngah.. mana S?”, tanya aku.. S adalah pekerja Kak Ngah..

“lepas jah H berhenti kijo, S pun berhenti jugok.. bakpo tanyo?”, soal Kak Ngah..

“saje je tanya..”

tiba-tiba aku teringatkan S.. S baik dan sopan orangnya.. aku juga terkenang kejadian itu.. selepas kejadian H, aku didatangi S.. S meminta izin dari aku untuk menerimanya sebagai pengganti H! agak terkejut juga aku setelah S meminta begitu.. akan tetapi aku terpaksa menolak.. kejadian H membuatkan hati aku tertutup untuk menerima orang lain.. walaupun aku rasakan tindakan aku terlampau drastik, tapi niat aku hanya satu.. biarlah aku sendiri menjaga hati.. tak perlu dilukai sendiri dengan tindakan terburu-buru..

setiap kali mendengar lagu Terra Rossa - Bunga Angkasa, pasti aku mengimbau kenangan bersama H.. walaupun cuma seketika, tapi aku redha.. segala yang berlaku adalah ketetapan Illahi.. walau bagaimanapun, kenangan itu sudah terkubur di dalam diri aku.. sudah 4 tahun kejadian itu berlaku.. akibat terluka hati, segala gambar-gambar bersama H aku buang.. dengan gambar itu juga menjadi bahan ketawa rakan-rakan sekelasku.. tak mengapalah.. aku redha.. itulah dinamakan pengalaman.. walaupun tidak seindah pemandangan di tepi pantai dengan kicauan kawanan burung yang terbang di langit biru.. ia telah mengajar aku sedikit sebanyak tentang erti kehidupan, dengan pelbagai ragam dan karenah manusia.. dari itu juga ia mengajar aku agar berwaspada dan berfikiran dengan lebih matang dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku ke atas diriku.. ya.. bunag bukan sekuntum, kumbang bukan seekor..

itulah cerita cintaku.. yang hanya berlangsung selama 24 jam!
anda mahu lagi? nantikan entry yang bertajuk, “kerana sepucuk surat”, yang juga pengalaman cinta dari penulis.. tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
9 Comments


9 Orang Kentut Madu:

Kapten Luffy said... [Reply]

biarpun sekejap... cinta memang berkesan dalam hati kan... :)...

very2 good story

cebisan harapan said... [Reply]

eish..
skt nyer aty kalo kna kt diri sndiri..
biarpown skjp tp tetap terasa an..

nadz ruslan said... [Reply]

wah..... copek nak sambungannya...

kalaulah aku se'daring' H dan S,
aku agak abes aku jadi anti-lelaki sebab asik kna tlak ja. haha

Aduka said... [Reply]

kapten: betul tu kapten.. sekejap terasa cinta, lama merasa benci..

cebisan harapan: iya.. biar ibarat setitik kenangan tapi ibarat selautan pula kedukaan..

lila: hahaha.. kalu daring tu tukar caring, laen cerita.. =P

Nirwana A. said... [Reply]

waaa.. 24jam jak.. mrasa gk la bkapel walaupun skjp..

Aduka said... [Reply]

one_are: huhu..

misrerama said... [Reply]

huhuhu.....ramainya pompuan yg berani luah psaan kat awk! :P

Aduka said... [Reply]

@misrerama
x ramai pun.. boleh bilang ngan jari.. hehe.. =P

bella luna said... [Reply]

emm,sabar yea aduka,aku harap ko tabah,anggap la nie sebagai permulaan tuk ko mulakan kehidupan yang lebih bahagia,moga ade insan yang betul2 ikhlas menyayangi ko,chill;)

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger