Ads: (Please Click!)

Thursday, March 10, 2011

Facebook Comment Box Blog Aduka Kini Dengan Sistem Reply dan Like!

Salam.

Alhamdulillah dengan berkat usaha yang memakan masa yang singkat, kini Blog Aduka maju dengan satu tapak lagi ke hadapan di mana blog ini yang sebelum ini hanya didatangkan dengan Facebook Comment Box biasa, kini berwajah baru dengan Facebook Comment Box with Reply and Like!

READ MORE / LESS..

Dengan menaiktaraf sistem komen ini, blog aku ini kini hampir-hampir mencapai matlamat sebagai Faceblog (blog yang dilengkapi dengan aplikasi Facebook) paling canggih di kalangan blogger-blogger yang lain! Adakah ini memungkinkan kebenarannya? Jawapan terserah kepada anda.

Di bawah adalah screenshot Facebook Comment Box versi yang lama (klik untuk auto open new tab).


Dan kini, versi terbaru adalah seperti gambar di bawah (klik untuk auto open new tab).


Macam mana? Menarik bukan?

Jika sebelum ini, aku terpaksa membalas komen satu persatu. Kini dengan pengemaskinian terbaru oleh Facebook Developer, ia telah memudah kerja aku sikit. Klik saja reply, terus tulis mesej maklumbalas. Senang dan mudah.

Mungkin anda sedikit keliru dengan sistem terbaru ini, maka aku memberi kebebasan kepada anda semua untuk mencuba sistem Facebook Comment Box ini.

Pssttt..! Macam biasa jika ada update Facebook Comment Box, komen anda yang lepas-lepas semua akan hilang! Maaf ya.

UPDATE!

Yang bestnya, bila ada orang reply komen di Facebook Comment Box versi baru ini, notification akan terus keluar di Facebook kita! Fuh, memang DAHSYATTTT!

Di blog:


Di Facebook notification:



Aduka: Oh ya. Jangan lupa untuk menyokong page Facebook 'I Love You' juga ya!

Saturday, March 05, 2011

Tips Blog : Bagaimana Mahu Kekalkan Trafik

Tips Blog : Bagaimana Mahu Kekalkan Trafik
Salam.

Sebelum ini, terus terang aku tidak tahu atau mengambil tahu fasal trafik. Cuma pada akhiran tahun 2010 (tahun lepas), barulah aku sedikit sebanyak belajar tentang trafik, SEO, PR, bounce rate, analytics, dan sebagainya yang berkaitan dengan website atau blog. Walaupun masih dikatakan baru, aku sedikit sebanyak faham bagaimana mahu mengekalkan trafik di blog. Sama-samalah kita baca, berkongsi idea, dan mempelajari tips-tips ini.

READ MORE / LESS..


1 - Promosi

Beberapa hari yang lalu, ada rakan blogger memberi satu mesej kepada aku di Facebook. Tanyanya, bagaimana mahu meningkatkan trafik di blog? Tiada jawapan lain daripada aku selain dari 'promosi'. Promosi adalah satu aktiviti penting yang perlu dilakukan oleh setiap blogger. Kenapa?

Anggaplah blog kita seolah-olah gerai menjual produk kecantikan. Gerai mewakili blog. Penjual pula mewakili kita; penulis blog. Produk pula mewakili artikel blog. Jika tiada promosi (marketing) masakan orang tahu produk apa yang kita jual? Maka, promosi adalah perlu. Ada promosi, maka adalah pelanggan. Lagi bagus dan meluas promosi kita, lagi luaslah skop pelanggan kita. Begitu jugalah dengan blog. Lagi banyak dan meluas promosi, maka lagi ramailah pengunjung ke blog kita. Keadaan gerai pula juga amat penting. Lagi cantik dan kemas gerai kita, lagi selesalah pelanggan untuk terus berada di gerai kita. Promosi pula didatangkan dengan pelbagai cara. Penjual yang ramah dan mesra pengguna adalah pemangkin kepada peningkatan penjualan sesuatu produk.

Logik atau tidak contoh di atas? Bolehkah anda cuba manipulasikan 'gerai atau kedai' kepada blog? Tepuk dada, tanyalah selera.


2 - Follower

Dahulu, aku pernah membangkang kenyataan 'Follower boleh meningkatkan trafik ke blog'. Aku jawab, tidak semestinya. Dalam pemerhatian aku, follower juga penting. Lagi ramai follower, lagi tinggilah nilai trafik ke blog kita. Tapi, yang menjadi kesukaran bagi kita ialah mengenalpasti adakah Follower tersebut 'silent reader' atau pembaca yang aktif, yakni; baca, tinggalkan komen dan mempromosi artikel kita. Walau bagaimanapun, persoalan ini tidak perlulah kita gusarkan.


3 - Gaya Penulisan dan Isi (Content)

Sewaktu ketika, ramai blogger berdebat tentang perkara ini. Ada yang kata, tulislah sesuka hati asalkan pembaca faham. Ada juga yang kata, tulis skema lagi bagus. Begitu juga yang berkata, blog aku suka hati akulah nak tulis macam mana! Haha. Biasalah. Macam-macam ragam manusia, macam-macam jugalah ragam blogger. Aku lebih suka menulis dengan gaya skema dan berbahasa baku. Tampak matang dan boleh pergi jauh.

Perihal isi, sebagai blogger yang jujur dan professional isi perlulah selari dengan tajuk. Jangan 'lacurkan' artikel anda dengan perkara yang tidak logik. Jika tajuk ditulis 'lembu mati tertelan durian', maka tulislah artikel yang mengandungi isi berkenaan 'lembu mati tertelan durian'. Jangan pula menggambarkan isi cerita yang lari dari tajuk sebenar. Jika boleh, pastikan isi anda sempurna (perfect) dengan menggunakan konsep 6W 1H (What, Where, When, Why, Who, Which dan How).


4 - Search Engine Optimization (SEO)

Ramai yang masih kabur fasal SEO. Ramai yang tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu fasal SEO. Kenapa? Susah sangatkah? Sebenarnya SEO bukanlah perkara yang rumit. Ikuti sahaja tips-tips yang disediakan. Lebih daripada itu yang memeningkan kepala, tidak usahlah ambil tahu. Cukup setakat mana yang kita mampu tahu. Dengan teknik SEO mampu mengekalkan trafik ke blog kita. Antara teknik-teknik SEO termasuk; meta tag, tajuk mesra pengguna, kepenggunaan kata kunci (keyword), Page Rank (PR), dofollow nofollow, backlink, dan sebagainya. Artikel ini pernah aku tulis sebelum ini. Tidak rugi kalau belajar.


5 - Aktiviti Sampingan

Apa itu aktiviti sampingan? Aktiviti sampingan yang aku kategorikan berkait tentang perilaku (method) yang 'baru wujud' dalam dunia blogging, iaitu; blogwalking. Memang tidak dinafikan aktiviti blogwalk adalah salah satu cara yang berkesan untuk meningkatkan dan mengekalkan trafik blog. Namun sejauh manakah keberkesanannya? Satu soalan yang perlu kita titik beratkan; bagaimana keadaan trafik tatkala kita luar talian (offline)? Tepuk dada, tanya selera.

Blogwalking boleh dikategorikan dalam 'promosi'. Melompat dari satu ke satu blog dan tinggalkan link pada ruang komen atau ruang sembang. Namun harus tahu bahawa, tidak semua blog mempunyai atau selesa dengan cara kita. Sebab itulah sesetengah blog tiada ruang sembang (chatbox). Bagi mereka, aktiviti blogwalk sama dengan aktiviti 'spamming'. Adakah anda salah seorang daripada 'spammer'?


Kesimpulan

Rambut sama hitam (kecuali sudah diwarnakan), hati lain-lain. Begitu juga di blog. Lain blog, lainlah persepsi dan identitinya. Maka, perlulah blogger itu sendiri mencerminkan apa dan bagaimana imej blog mereka. Sekali lagi; tepuk dada, tanyalah selera!

Thursday, March 03, 2011

Tips SEO : Panduan Berguna Bagi Meningkatkan Trafik

SEO - Search Engine Optimization
Sebelum ini aku pernah mengulas tentang Google Page Rank (PR) untuk blogger. Mungkin artikel tersebut tidak banyak membantu namun ia diharapkan dapat sedikit sebanyak menjawab beberapa persoalan yang bermain di fikiran kita. Dan mungkin sedikit sebanyak terdapat informasi berguna yang boleh anda pelajari darinya. InsyaAllah.

READ MORE / LESS..

Secara umumnya Page Rank sebenarnya adalah sebahagian daripada SEO. Cuma PR adalah kayu pengukur setiap mutu SEO sesebuah blog. Berbeza dengan SEO. Dengan kata lain, SEO diibaratkan ‘cara mahu popularkan’ blog. PR pula diibaratkan ‘nilai atau tahap (level) kepopularitian’ blog. Asasnya hanya terdapat pada teknik SEO.

Apa itu SEO (Search Engine Optimization)?

Search Engine Optimization (SEO) adalah perkara teknikal penting yang biasanya dipraktikkan oleh internet marketer atau orang yang serius dalam menarik trafik ke blog atau laman sesawang mereka. Lebih tepat lagi, ia adalah satu teknik bagi mempopularkan blog atau laman sesawang.

SEO adalah satu teknik asas yang perlu dititik beratkan oleh blogger yang benar-benar serius dalam dunia blog. Tanpa pengetahuan SEO, sudah tentunya blog anda suram dan tiada follower kerana ketiadaan pelawat (visitor).

Terkini, blogger baru (newbie) akan mencari pelawat dengan cara blogwalking. Seterusnya mereka akan meninggalkan sebarang mesej beserta link pada ruang chat atau ruang komen pada blog orang yang tidak dikenali ataupun mempromosikan link blog di laman sosial. Pelawat akan datang setelah membaca atau terlihat promosi yang dilakukan. Teknik blogwalking mungkin relevan. Tetapi, bagaimana pula sekiranya anda tidak ada dalam talian (offline)? Mungkinkah ada pelawat? Ya, mungkin ada. Akan tetapi tidaklah ‘sekencang’ mana. Walhal teknik SEO ini adalah satu cara terbaik untuk meningkatkan atau mengekalkan jumlah pelawat ke blog atau laman sesawang kita.

Apakah teknik-teknik SEO?

Terdapat beberapa teknik penting yang perlu kita ambil tahu dan perlu dititik beratkan semasa menulis sesuatu artikel di blog. Antaranya adalah;

1 – Kata kunci (keyword)

Kata kunci (keyword) adalah satu teknik yang penting. Kata kunci tidak semestinya hanya pada tajuk semata-mata. Ia merangkumi tajuk dan artikel. Penggunaan bahasa pasar, bahasa SMS dan loghat negeri amatlah merugikan. Kenapa? Alasannya, amat jarang sekali pengguna enjin carian membuat carian dengan katakunci dalam bahasa tersebut. Maka, cara terbaik adalah menggunakan kata kunci, perkataan dan tatabahasa yang betul. Lebih skema lebih bagus. Karanglah artikel berkaitan isu yang lebih luas dan biasa orang mencari-cari. Contohnya, tutorial, isu semasa, berita, dan sebagainya.

Elakkan juga mengarang artikel seperti kanak-kanak, contohnya; sAyA ade maKLumaT penTinG yAng pErLu k0raNg tAhU. Elakkankan penggunaan simbol juga, contohnya; s@ya ad3 maklum4t pent!ng.

Untuk tajuk, tekniknya masih sama seperti yang diterangkan di atas. Cuma ia perlulah spesifik dan menarik minat (attraction) pembaca. Tajuk tidak perlu panjang. Selain itu, terdapat satu teknik yang dipanggil ‘SEO Friendly Title’ di mana setiap carian di enjin carian akan diindeks pada tajuk artikel dengan lebih sistematik lagi. Baca selanjutnya tentang SEO Friendly Title Tag.

2 – SEO Meta Tag

SEO Meta Tag juga memainkan peranan yang penting. Cuma ramai masih tertanya-tanya. Apa itu Meta Tag? Meta Tag adalah satu atribut atau kod yang dipasang pada HTML blog atau laman sesawang. Ia mengandungi penerangan ringkas (description) artikel atau blog, katakunci (keyword), nama pengarang (author), dan sebagainya.

Baca selanjutnya tentang SEO Meta Tag.

3 – Tetapkan ‘nofollow’ pada link

Blog anda sudah tentu mempunyai link feed. Mungkin juga link ke laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Untuk pengetahuan anda, link yang tidak ada kena mengena dengan blog perlulah ditetapkan sebagai ‘nofollow’. Ini bagi mengelakkan link-link tersebut dari diindeks oleh enjin carian. Link-link sebegini akan membuatkan blog anda dikenakan penalti. Link yang perlu anda tetapkan sebagai ‘nofollow’ adalah; blog feed, social bookmark, tentang saya, hubungi saya, dan sebagainya.

Cara penetapan adalah: <a rel=’nofollow’ href=[link]>nama link</a>

Selain itu, teknik menjadikan blog anda sebagai ‘dofollow’ juga semakin popular kini. Baca selanjutnya tentang Tetapan DoFollow pada Blog.

4 – Penggunaan ALT pada tag imej

Penggunaan atribut ALT pada tag imej juga salah satu cara yang baik sekiranya pengguna membuat carian untuk imej. Ia dapat dilihat tatkala anda meletakkan kursor pada gambar, perkataan akan muncul di hujung kursor anda. Perkataan yang muncul itulah yang dipanggil ‘alternate description’.

Contoh kod asal yang anda muatnaik adalah seperti <img src=’imejURL’ />. Anda hanya perlu menambah ALT di dalam tag imej tersebut menjadi <img alt=’penerangan/tajuk gambar’ src=’imejURL’ />

5 - Backlink

Apakah itu backlink? Backlink secara kasarnya boleh disebut sebagai link masuk (incoming link) ke blog kita. Link ini terhasil dalam pelbagai cara. Antaranya; link blog kita diletakkan pada ruang blogroll di blog lain, link blog diletakkan pada ruang komen, kredit berbentuk link yang dinyatakan oleh blogger lain kerana memetik ayat atau perenggan dari artikel di blog kita, dan sebagainya.

Ingin menjadi blogger yang berjaya perlulah ada disiplin dan kerajinan. Secara asasnya, blog anda perlulah sentiasa dikemaskini (update) sekurang-kurangnya satu artikel sehari bagi memastikan pelawat anda terus sentiasa menyukai blog anda.

Tuesday, March 01, 2011

Muthu (1995) Tamil Movie by Rajnikanth : Download Link

Muthu (1995)
Anda peminat filem tamil lakonan Rajnikanth? Anda pernah menonton filem Muthu? Fuuuuhhh DAHSYAATTTT! Filem ini antara salah satu filem yang memang.. DAHSYAAATTT! Popular beb! Filem ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1995. Pertama kali aku tonton pun memang sangat-sangat menarik. Filem ini mempunyai unsur sedih, lawak, drama santai, dan pengajaran yang tinggi. Jika lihat ranking vote di IMDb, filem ini mendapat 7.2/10!

READ MORE/LESS..

Sinopsis

A lavish Maharaja (Rajinikanth) lived with his sister-in-law and cousin Rajasekhar (Raghuvaran), helping people incessantly. His sister-in-law has a son, to whom the Maharaja bequeaths a major portion of his property. At this juncture, a new baby is born to the Maharaja. His wife dies soon after. Brother Rajasekhar cheats the Maharaja as he fears that his son's property might be taken back and given to the Maharaja's own son. When the cheating comes to light, the Maharaja hands over all his property and his baby to his sister-in-law and brother and goes to the Himalayas, making his sister-in-law promise him that the baby should be brought up as a servant, not as a Maharaja. This baby is named Muthu (also Rajinikanth).

According to the promise tendered to the Maharaja, the son of the Maharaja's sister-in-law becomes a Prince (Sarath Babu) and Muthu works as his servant. A huge fan of drama, the prince regularly takes Muthu along with him wherever he goes. One day the Prince falls in love with a drama actress Ranganayaki (Meena). But Ranganayaki's heart lies with Muthu. Amidst all this, the Prince's Uncle (Radha Ravi), tries to capture all the property by killing everyone. But Muthu saves all and it is finally revealed that Muthu is the real Maharaja. (Malas nak translate!)

Klip Lagu Popular


Download Link : (Muthu 1995) DVDRip XviD Subs

(Part 1) RapidShare Muthu._1995_._700MB_.XviD
(Part 2) RapidShare Muthu._1995_._700MB_.XviD
(Part 3) RapidShare Muthu._1995_._700MB_.XviD
(Part 4) RapidShare Muthu._1995_._700MB_.XviD
(Part 5) RapidShare Muthu._1995_._700MB_.XviD
(Part 6) RapidShare Muthu._1995_._700MB_.XviD
(Part 7) RapidShare Muthu._1995_._700MB_.XviD
(Part 8) RapidShare Muthu._1995_._700MB_.XviD

ATAU

(Part 1) MegaUpload Muthu.1CD.DVD.bychinnamama.mp4
(Part 2) MegaUpload Muthu.1CD.DVD.bychinnamama.mp4
(Part 3) MegaUpload Muthu.1CD.DVD.bychinnamama.mp4
(Part 4) MegaUpload Muthu.1CD.DVD.bychinnamama.mp4
(Part 5) MegaUpload Muthu.1CD.DVD.bychinnamama.mp4

ATAU

(Part 1) SendSpace Muthu.1CD.DVD.bychinnamama.mp4
(Part 2) SendSpace Muthu.1CD.DVD.bychinnamama.mp4
(Part 3) SendSpace Muthu.1CD.DVD.bychinnamama.mp4
(Part 4) SendSpace Muthu.1CD.DVD.bychinnamama.mp4

ATAU (Single Link)

MegaUpload MOVIEJOCKEY.COM

Macam mana mahu download?

Anda perlu download semua part. Contohnya untuk part PPVRip.XviD-TeaMarYzs; download hanya semua part PPVRip.XviD-TeaMarYzs sahaja.

Macam mana mahu tonton?

Jika file extension mempunyai nombor (.001), anda perlu menggunakan software HJSplit untuk menonton. Anda boleh baca cara-cara dan download software tersebut DI SINI (klik!). Jika sebaliknya, anda hanya perlu extract file part 1 sahaja.

Selamat menonton!

Monday, February 28, 2011

Tutorial : How To Join The .001 Files With HJ-Split

First, download HJ-Split software. Click here to download.

READ MORE/LESS..

How to join the files using HJSplit?

With HJSplit you can not only split files, but also join the split parts back together again.

Information: A collection of split parts is set of files having all the same filename, exept for the extension at the end of the file name (.001, .002, .003, etc.) . Combining/joining these split parts is equivalent to restoring the original (pre-split) file.

After clicking on the 'Join' button in the main HJSplit screen, you will see the following screen:

To join a set of files, just perform the steps indicated below.

(1) Make sure the set of split parts (set of files ending in .001, .002, .003, etc.) to be joined all reside inside the same directory.

(2) Click on the button 'Input file', in the screen directly above, which will open the dialog shown directly below:

(3) In this dialog, select the file you want to join. Then press the 'Open' button.

Information: Please note that only the first file in the set of split parts (the .001 file) is visible in this dialog. Note that it is important that all split parts are in the same folder. When the other files which belong to the set of split parts (.002, .003, .004, etc.) are in the same folder, HJSplit will automatically find them during joining.

After pressing 'Open', the name and path of the file you just selected will appear in the 'input file' box, please see below:

(4) Press the 'start' button in the screen above. HJSplit now shows a progressbar with the title 'working'.

(5) Finally,you will see the message that joining is completed (see below).

That the joined file can now be found in the same folder as the split part (the .001 file you selected in step 2).

Sunday, February 27, 2011

Anda Putus Cinta? Ini Tips Berguna Untuk Anda!

Tips Putus Cinta
Di dalam sepanjang tempoh kehidupan seseorang manusia, putus cinta adalah sesuatu perkara atau ukiran sejarah yang membawa maksud yang amat kompleks dan sukar untuk difahami.

READ MORE/LESS..

Dalam perihal putus cinta ini, amat jarang kita dengar seseorang yang putus cinta akan berakhir dalam keadaan yang aman. Kebiasaannya pasti sedih dan bisa membuat seseorang itu menangis, kecewa, tertekan, dan yang paling teruk impaknya apabila mengubah personaliti, kehidupan, dan mentaliti kewarasan seseorang. Begitu hebat dan bahayanya penangan cinta ini. Dan lebih teruk lagi jika cinta berbekalkan pengorbanan. Sanggup menyerahkan segala-segalanya demi cinta. Maruah entah ke mana, kehormatan entah ke mana.

Kebiasaan yang kita dengar dan lihat, perasaan yang timbul dikalangan orang-orang yang putus cinta adalah benci, meluat, menyesal dan sebagainya kepada bekas pasangan masing-masing. Biasanya perasaan ini timbul akibat dorongan hati yang berselari dengan bisikan syaitan tentang perkara-perkara penyebab percintaan putus di tengah jalan. Samada kesalahan si dia, kehadiran orang ketiga, mahupun ketidak sefahaman.

Namun, apakah langkah dan cara terbaik yang patut dibuat oleh seseorang yang putus cinta untuk meneruskan kehidupannya seperti normal dan sediakala? Dengan izin Tuhan, sama-samalah kita praktikkan tips-tips ini.


1. Jangan Hubungi Pasangan Anda

Jangan call, SMS, e-mail, Facebook, chatting atau apa-apa cara sekali pun. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.


2. Lakukan Aktiviti Luar Rumah Yang Lasak

Bersukan lasak adalah suatu perkara yang boleh menghalang kita mengingati masalah cinta. Keluarlah dari 'kepompong' anda. Duduk di rumah sahaja tanpa membuat sebarang aktiviti membahayakan jiwa anda. Oleh yang demikian, ajaklah rakan-rakan untuk membuat satu aktiviti atau sukan yang lasak. Bukan saja badan kita menjadi sihat malah otak juga menjadi segar.


3. Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan

Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perlukan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan, anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan atau stress.


4. Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda

Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan. Masalah cinta anda perlukan seseorang yang betul-betul rapat dan memahami anda. Dia mesti seorang yang betul-betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda.


5. Melakukan Ibadah Dan Mengingati Sang Pencipta

Perkara ini perlulah dititikberatkan pada setiap manusia yang putus cinta. Walau bagaimana payah dan susah pun dugaan dan cabaran yang timbul dalam hidup kita, berserah diri kepada Sang Pencipta, yakni Tuhan adalah perlu. Tidak kira latar agama dan bangsa, bersolat atau bersembahyang adalah perkara halus yang boleh menenangkan kita dari memikirkan sebarang masalah besar yang timbul. Maka, sembahlah atau sujudlah kepada Sang Pencipta kita.

Semoga tips ini berguna untuk anda yang putus cinta!

Aduka: Baru je putus cinta ni.. Ada girls yang mukanya ala-ala baby volunteer nak jadi aweks Aduka? Haha. Jokes!

Saturday, February 26, 2011

Khurafat - Perjanjian Syaitan (2011) : Download Link

Khurafat - Perjanjian Syaitan
Anda sukakan filem seram Melayu? Saksikan filem ini! Pasti filem ini tidak akan mengecewakan anda!

READ MORE/LESS..

Filem ini diarahkan oleh Syamsul Yusof, anak kepada Yusof Haslam. Ia dibintangi oleh barisan pelakon-pelakon popular seperti Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Fauziah Nawi, Salina Saibi, Mariani, Zendy Rosman, dan ramai lagi.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan tentang Johan yang bekerja sebagai salah seorang pembantu perubatan dan baru sahaja berkahwin dengan seorang wanita bernama Aishah. Pada permulaannya mereka hidup bahagia tetapi hari demi hari kebahagiaan mereka mula terhakis dek daripada gangguan misteri yang sering mengganggu mereka sepanjang masa.

Johan mengesyaki gangguan ini berpunca daripada rasa tidak puas hati seseorang terhadap dia atau pun isterinya dan Johan mula berfikir siapakah insan-insan yang berpotensi untuk menjadi punca kepada semua masalah yang melanda mereka suami isteri. Kini hanya ada dua orang sahaja yang berpotensi untuk melakukan perkara khurafat ini terhadap Johan dan isterinya iaitu sama ada seorang perempuan tua yang bekerja sebagai tukang sapu di tempat kerja Johan yang sering menyapa beliau dan memberi beliau makanan ataupun seorang gadis bernama Anna, iaitu bekas kekasih Johan yang masih menaruh cinta terhadapnya. (Sumber - Blog Hans)

Trailer


Download Link : (Khurafat : Perjanjian Syaitan)

(Part 1) MediaFire TeamHanna@KR238-KURYU.rmvb
(Part 2) MediaFire TeamHanna@KR238-KURYU.rmvb

ATAU

(Part 1) HotFile PPVRip.XviD-TeaMarYzs
(Part 2) HotFile PPVRip.XviD-TeaMarYzs
(Part 3) HotFile PPVRip.XviD-TeaMarYzs
(Part 4) HotFile PPVRip.XviD-TeaMarYzs

(Sumber - Blog Hans)

ATAU (Single Link)

FileSonic

HotFile

Macam mana mahu download? Anda perlu download semua part. Contohnya untuk part PPVRip.XviD-TeaMarYzs; download hanya semua part PPVRip.XviD-TeaMarYzs sahaja. Jika file extension mempunyai nombor (.001), anda perlu menggunakan software HJSplit untuk menonton. Anda boleh baca cara-cara dan download software tersebut DI SINI (klik!).

Selamat menonton!

Friday, February 25, 2011

Gambar DAHSYAT!!! GAY Menyerang GengBlogger!

Salam.

Semalam aku tak boleh tidur. Ini semua gara-gara kisah rumah sewa berhantu UiTM tu. Seram bulu tengkuk aku. Siot je! Memang DAHSYAT!!! Kemudian, ingat nak hilangkan rasa takut dengan melayan Facebook, tapi datang plak kawan aku nak chat. Bercerita plak pasal pengalaman seram dia. Lagi bertambah takut aku! Eiii DAHSYAT!!!

READ MORE / LESS..

Sekarang pukul 4.50 pagi. Untuk menghilangkan rasa takut tu, aku ke web GengBlogger untuk mencari artikel-artikel yang dirasakan menarik untuk dibaca. Semasa sedang mencari-cari artikel, aku terpandang satu artikel yang tak senonoh!

Ini dia!

Aku terpaksa tapiskan kerana tak elok bebenor. Terlalu lucah! Lihat berapa dah nilai pageview. Enam! Ini bermakna sudah enam orang sudah view artikel dia! Siot je. Memang DAHSYAT!!!

Oleh kerana didorong perasaan malu, ingin tahu, dan marah aku klik pada nama penulis, bukan tajuk artikel itu. Sengaja aku berbuat begitu sebab aku tidak mahu menaikkan nilai pageview artikel dia. Kemudian, aku klik pada link yang ada pada profile GengBlogger dia.

Nah! Terpampang blog dia yang penuh dengan gambar-gambar lucah! Yang hairannya, kenapa 'barang-barang' lelaki saja yang dia upload ke dalam blog dia? Kenapa banyak sangat cerita-cerita pasal adegan-adegan berahi lelaki dengan lelaki dalam blog dia? Ah, sudah! Barulah aku faham. Rupa-rupanya blog dia ni untuk GAY! Eiiii memang DAHSYAT lahhh!!! Tahu GAY tu apa? Tipu la kalau korang tak tahu! Korang memang... DAHSYAT!!!

Tengok sajalah Follower dia yang aku bulatkan bernombor 1. Mak datuk gambar. Semua 'barang' lelaki! DAHSYAT!!! Malu betul aku dibuatnya. Kenapa aku malu? Tunjuk 'barang' sulit lelaki beb. Aku ni lelaki sejati beb. Mestilah malu!

Yang aku bulatkan bernombor 2 tu plak dah terang lagi bersuluh. Dia ni Gay! Sediakan ruang chat untuk spesis macam dia. Dammit!

Ada lagi satu fakta yang menarik. Si Gay ni pandaiiiii.. memang pandai. Dia taknak tonjolkan diri dia waktu kemuncak iaitu waktu blogger tengah sibuk-sibuk berlumba-lumba ping artikel di GengBlogger. Jadi, dia ping waktu pagi-pagi. Yelah. Dalam pukul 3 hingga 4 pagi camni biasanya kaki-kaki ping GengBlogger rata-rata asyik dibuai mimpi indah. Masa camnilah dia ambil kesempatan untuk ping artikel lucah dia. Yang aku peliknya, masa-masa camnilah juga kaum-kaum hawa yang belum tidur ataupun bersengkang mata (buat assignment barangkali) online di GengBlogger untuk ping artikel-artikel 'kewanitaan' mereka. Jadi, anda tentu dapat bayang 'golongan' mana yang view page Si Gay ni, kan?

Aku bukan nak menuduh. Tapi, aku cuma maksudkan 'kemungkinan'. Tak kurang lelaki pun ada yang view! Semasa aku terpandang artikel Si Gay itu, terdapat sekurang-kurangnya 6 ahli wanita telah ping di GengBlogger. Nama-nama tersebut tak perlulah aku senaraikan di sini. Nanti dikatakan aku menuduh mereka pula.

Oleh yang demikian, aku minta sangat-sangatlah kepada admin GengBlogger. Sila haramkan Si Gay ni dari GengBlogger! Ni ha aku snap address profile dia.

Memang betul beb ada kebebasan dalam berblog. Tapi, kalau sampai tahap lucah camni, sape-sape pun hangin beb! Aku ni tak sudah-sudah maki hamun dalam hati. Dah hampir sama cam zikir plak! Cinabeng punya Gay! Memang DAHSYAT!!!

Beberapa minit kemudian, aku refresh page GengBlogger. Eh?! Waddehell?! Meningkat plak nilai pageview artikel Si Gay ni! DAHSYAT!!!

Yang aku rasa macam 'haramjadah' bila dia gunakan perkataan MELAYU. Dia ingat dia ni mat salleh agaknya! Hangin satu badan. Sikit-sikit Melayu. Sikit-sikit perburuk bangsa Melayu. Bila bangsa nak maju kalau asyik cerminkan Melayu ni tak senonoh?

Aku benci golongan Gay! Lesbian pun sama! Orang-orang camni sepatunya tak perlu ada dalam dunia. Tak perlu ada dalam geng blogger. Buat semak mata je!

Eiiii DAHSYAAATTTTT!!!

Thursday, February 24, 2011

Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011

Salam.

Sebenarnya, sudah lama aku tak di-tag oleh blogger mengenai contest. Errr.. contest ke ni? Lebih kurang la.. Kali ni tag dari Zalfa Afra aka Inaaz. Terima kasih sebab tag.

READ MORE / LESS..

1. Buat entri bertajuk : Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011

2. Letak Header Hikayat Si Luncai

3. Jadi follower blog encik Luncai. (taknak follow pun takpe..tiada paksaan) *Yang ini aku suka. Tak memaksa!*

4. Tag seorang rakan blogger lelaki dan seorang rakan blogger perempuan. (nak tag ramai pun boleh.)

5. Pastu postkan link entri korang ke ruangan komen entri PENGANJUR

Header penganjur

Penganjur

Tag lelaki dan perempuan

Lelaki : Encik Anonymous
Perempuan : Cik Reen

Sekian.

Gempar!!! Video Dan Gambar Gempa Bumi Di Christchurch New Zealand! Rakyat Malaysia Macam Mana?

Christchurh Earthquake
Angka korban gempa bumi yang melanda New Zealand kini meningkat kepada 65 orang, mengikut laporan pada 22 Februari 2011! Angka ini dijangka terus meningkat berikutan ratusan lagi mangsa lain dipercayai masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

READ MORE / LESS..

Gempa berukuran 6.3 pada Skala Richter telah menggegarkan bandar Christchurch yang mempunyai populasi 350 ribu penduduk. Pusat gempa yang dikesan hampir dengan kawasan bandar dan hanya pada kedalaman 4 kilometer mengakibatkan Christchurch mengalami kesan teruk. Ia disusuli dua gempa susulan dengan kekuatan 5.6 dan 5.5. Beberapa bangunan roboh dengan kesan merekah teruk di jalan raya.

Ayuh, saksikan video bencana gempa bumi di Christchurch, New Zealand ini!


Bagaimanakah pula nasib rakyat Malaysia di sana?

Menurut laporan berita yang lain, tiada rekod rakyat Malaysia terlibat dalam bencana itu dicatatkan. Syukur, alhamdulillah. Dengan harapan benarlah laporan ini. Sama-samalah kita berdoa agar tiada rakyat Malaysia kita yang terbunuh atau yang tercedera dalam bencana itu.

Di bawah antara gambar-gambar yang di ambil dari internet. Klik untuk perbesarkan (auto open new tab)














Tags: Earthquake in Christchurh, New Zealand!

Aduka: Terdetik rasa kasihan sebenarnya tengok wanita menangis dan wanita cedera tu..

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger