Ads: (Please Click!)

Wednesday, October 26, 2011

Takut Kepada Petanda Sial, Rumah Bernilai USD $1 Billion Terbengkalai



Tahukah anda di mana terletaknya dan terbinanya rumah termahal di dunia? Anda fikir di negara Arab, seperti di Dubai? Anda silap. Rumah termahal di dunia telah dibina sejak beberapa tahun yang lalu dan sudah pun siap sepenuhnya setahun yang lalu. Ia terletak di Mumbai, India.

Walau bagaimanapun, rumah yang dianggarkan USD $1 billion itu sudah setahun terbiar atau terbengkalai tanpa penghuni. Kenapa pula? Ini adalah kerana pemiliknya, seorang billionair percaya bahawa rumah itu membawa satu petanda sial atau nasib malang kepada dia dan keluarganya. Maka dengan itu, beliau lebih rela membiarkan rumah yang tersergam indah itu terbiar dan tidak berpenghuni!

Rugi dan membazir, bukan?

Rumah yang mempunyai 27 tingkat ini dipanggil 'Antilia' dikatakan mengalami percanggahan 'vastu shahstra' iaitu satu kepercayaan bagi masyarakat India yang seakan serupa dengan kepercayaan masyarakat Hindu, 'feng shui'.


Rumah 'Antilia' ini terbina oleh lelaki terkaya di India iaitu Mukesh Ambani. Beliau pernah tersenarai sebagai orang yang kesembilan terkaya di dunia di majalah Forbes dengan kekayaan USD $27 billion. Antilia adalah disimbolikkan sebagai bangunan pencakar langit di bumi India setelah siap dibina pada tahun lepas. Akan tetapi, berita dan spekulasi begitu cepat tersebar mengenai keengganan Mukesh Ambani dan isterinya, Nita, dan kedua-dua anak mereka untuk tidak berpindah ke rumah tersebut. Ini menyebabkan ramai penduduk Mumbai mengatakan ia adalah satu 'projek pembinaan' yang membazir dan merugikan.



Menurut laporan, keluarga Ambani mendakwa bangunan tersebut tidak selaras dengan prinsip-prinsip 'vastu shastra' yang berkait dengan senibina purba India. Mereka dikatakan enggan berpindah kerana takut rumah tersebut membawa sial atau nasib malang kepada seluruh ahli keluarga. Kepercayaan vastu menekankan kepentingan sesuatu rumah menghadap kepada hala matahari terbit bagi keberkatan dan kesejahteraan. Namun kebanyakkan tingkap Antilia yang dibelanjakan tidak menghadap hala matahari terbit dan tidak menepati spesifikasi vastu.

Tushar Pania, jurucakap untuk syarikat Reliance Industries milik Mukesh Ambani, menolak soalan mengenai sama ada keluarga itu enggan tinggal di Antilia dan menganggap ia sebagai gosip liar. Sejak tahun lepas, ramai penduduk Mumbai mengkritik bangunan (rumah) tersebut kerana ia seolah-olah hanya sekadar 'menunjuk-nunjuk' kekayaan pemiliknya semata-mata. Bahkan rata-rata penduduk Mumbai hanya hidup dengan pendapatan yang kurang dari USD $2 sahaja sehari.

Jika anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang rumah ini dengan lebih lanjut, anda boleh membaca DI SINI (klik!).

Jika saya diberi rezeki menjadi kaya seperti Mukesh Ambani, lebih baik saya laburkan duit harta saya untuk penduduk-penduduk miskin dan yang memerlukan. Itu lebih mulia dari bermegah-megah dan membazir.

Pelik betul kepercayaan orang Hindu ni, kan?

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
1 Comments


1 Orang Kentut Madu:

Rara. said... [Reply]

dassat, rumah dah macam hotel.

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger