Penunggang motosikal professional Itali, Marco Simoncelli, 24, telah terbunuh dalam tragedi kemalangan dalam acara Moto GP Sepang Malaysia hari ini (semalam). Perkara ini telah disahkan oleh pihak penganjur.
Penunggang Gresini Honda ini dipercayai hilang kawalan pada pusingan kedua litar di Sepang dan kemudian dilanggar oleh Colin Edwards dan diikuti pula Valentino Rossi dari arah belakang menyebabkan helmet Marco Simoncelli tertanggal menyebabkan kecederaan parah di beberapa bahagian badan terutama di bahagian kepala. Bendera merah dikibarkan dan perlumbaan dihentikan serta merta.
Lihat foto di bawah (klik foto untuk paparan yang lebih besar dan jelas).
Waktu ini Marco Simoncelli hilang kawalan dan rebah merapati jalan (terseret) dalam beberapa meter tanpa melepaskan motosikalnya.
Foto ini menunjukkan helmet yang dipakai oleh Marco sudah tertanggal dan mukanya diseret atau tersembam di atas trek litar.
Helmet yang dipakai Marco (dalam bulatan).
Banyak faktor yang menyebabkan kematian Marco. Gambar-gambar di atas adalah susulan selepas pelanggaran atau kemalangan tersebut. Gambar di bawah pula adalah satu shoot SEMASA Marco dilanggar oleh Colin Edwards dan Valentino Rossi dalam jarak yang lebih dekat.
#1 - Tangan kanan Marco dilanggar dan digilis oleh motosikal milik Rossi.
#2 - Tayar hadapan motosikal Rossi melanggar kuat di kepala dan memungkinkan leher Marco patah dan cedera. Pelanggaran ini juga membuatkan helmet Marco tertanggal.
#3 - Kemungkinan Marco mengalami pendarahan dalaman bahagian dada atau tulang rusuk patah.
#4 - Kaki Marco bengkok memungkinkan kecederaan lutut, atau patah tulang, atau kecederaan penuh pada kaki.
#5 - Pelanggaran kuat oleh tayar hadapan motosikal milik Colin memungkinkan bahagian tulang belakang atau pinggang Marco retak atau patah.
Ini pula petikan berita dari akhbar online:
The unconscious rider was taken to the medical centre at the track in Sepang for treatment, but his injuries to the chest, head and neck were too serious for him to be saved. The CPR continued at the medical centre for 45 minutes but Simoncelli was declared dead at 4.56 pm local time.
Sila lihat video kemalangan di bawah secara teliti.
Jangan kata penunggang motosikal besar, penunggang motosikal bersaiz kecil pun 95% berisiko hilang nyawa atau mati jika helmet yang dipakai tertanggal!
Lewis Hamilton mengucap takziah @twitter :
Untuk membaca berita penuh tentang kemalangan ini, sila klik DI SINI (klik!).
PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!