Salam.
Sape suka korek hidung kat sini? Hah? Kotor? Siapa cakap kotor? Mana ada kotor. Sten-ded char-teddd la tuuuu.. Ni kan bab kesihatan. Kihkihkih!
Kan sunnah Rasulullah s.a.w tuuuu.. Sunnah ada mengatakan bahawa (lebih kurang gini la sabda baginda); "Bersihkanlah rongga hidungmu setiap kali kamu bangkit dari tidurmu. Sesungguhnya syaitan dan jin amat suka bergayutan di setiap bulu hidungmu yang kotor."
"Eleeeehhh..! Pandai-pandai jeeeeeeeeee..!"
Oit! Betul la weh. Tak caye lak. Gi tanya ustaz nuuu kalu tak caye..
Aku suka korek hidung. Ehem ehem. Time baru bangun tidur ler. Kenapa?
Time tidur
Kita tak sedar beb dah berapa banyak habuk-habuk.. hama-hama.. debu-debu.. sawang labah-labah yang kecik-kecik tu.. serangga-serangga halus 'menyelinap' masuk ke dalam rongga hidung korang. Sentuh dengan jari pun tak rasa beb. Halus bebenor. Nak nak kalau bilik atau tempat tidur korang tu berhabuk macam stor kayu. Pergh! Maunya berkilo-kilo 'bijih' korang boleh keluarkan dari rongga hidung korang. Silap-silap korang leh 'kiok' time tidur sebab hidung tersumbat atau sesak pernafasan. Haha!
Kerja kat tempat-tempat yang berhabuk
Yang ni takleh nak sangkal la kan. Nama pun dah tempat berhabuk. Of koz la korang bakal menyedut udara yang penuh berhabuk dan berdebu. Dulu, semasa aku kerja di kilang besi Perwaja, maunya berkilo-kilo debu besi aku keluarkan dari rongga hidung aku beb. Bukan besar-besar debunya. Halus woooo.. Setiap tahun kena buat medical check-up. Kang tak pasal-pasal ada kanser payudara plak.. eh! Silap. Kanser paru-paru laaaa.. Haha!
Bagusnya korek hidung.
Sesetengah orang mungkin geli tengok orang korek hidung depan mata dia. Tapi diri sendiri tak plak rasa geli. Kehkehkeh. Tapi korek hidung ni bagus sebenarnya beb. Bagus kalau kena pada tempatnya la. Jangan la plak time orang makan, time tu la korang nak korek hidung. Kalau tak pinggan hinggap di muka, mungkin kapak melekat kat kepala korang. Haha!
Amalkan korek hidung selepas bangun tidur. Time mandi pun boleh. Siap boleh basuh lagi. Lagipun takde orang tengok atau nampak kita tengah 'stim' korek hidung kan.
Lelaki dan perempuan biasanya berbeza. Bab-bab tak senonoh ni kalau perempuan memang payah orang lelaki nak nampak depan mata. Mereka biasanya banyak cover jeeee.. Yelah. Cuba korang korek hidung depan awek korang. Maunya awek korang sound, "Oi tak senonohlah you ni korek hidung! Depan I pun you nak buat benda yang tak senonoh!"
Korang sound je balik, "Alaaa.. macam la you tu tak korek hidung. Ke you tu biarkan taik idung you menjadi 'bijih timah' dalam rongga idung you?" Dan teruskan aktiviti mengorek hidung korang sambil pejam mata. Tengok la awek korang tu respons apa.
Atau...
Korang sound je balik, "Alaaa you niii.. you tak sayang I ke? Nanti kalau I tak korek immediately, nanti hidung I tersumbat. I mati sesak nafas depan you, macam mana? You takkan nak biarkan?" Dan teruskan aktiviti mengorek hidung korang sambil pejam mata. Tengok la awek korang tu respons apa.
Ayat 'cover' dari awek korang mesti ada punyalah! Haha!
Tak bagus korek hidung.
Sebenarnya situasi kat atas tu benda yang tak bagus pun. Yelah. Tak senonoh aihhhh! Korek hidung depan orang plak. Yang ada satu perangai ni memang pengotor. Lepas korek, buang 'sisa-sisa kumbahan' dia tu kat tempat yang sepatutnya. Contohnya dalam rumah ke.. atas meja makan ke.. kat sofa ke.. atas seat motosikal ke.. dalam bekas air tempat korang mandi ke.. kat tempat pemegang escalator ke..
Kalau jenis yang macam ni, aku bagi hikmat penyepak tanpa banyangan je beb. Kihkihkih!
Aku nak tanya korang. Be honest la wei! Korang sehari korek hidung berapa kali? Kihkihkihkih! Cara bagus ke cara yang tak bagus? Kihkihkih!
Jadi.. moh ler kite ramei-ramei korek idong dengan cara yang berhemah! Yeahhh..!
PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!