Salam.
Seriously, nak jadi blogger yang diminati, dikenali ramai, yang femes-ames bukannya perkara yang mudah. Yelah, buat plak sekarang semua orang nak ada blog. Dah macam jadi trend. Tak lengkap kalau tak ada blog kalau setakat ada Twitter atau Facebook atau.. Bila dah lambakan blogger ni, maka wujudlah blog yang entah apa-apa kan? Takpe. Lantak ler.
READ MORE / LESS >>
Seriously, nak jadi blogger yang diminati, dikenali ramai, yang femes-ames bukannya perkara yang mudah. Yelah, buat plak sekarang semua orang nak ada blog. Dah macam jadi trend. Tak lengkap kalau tak ada blog kalau setakat ada Twitter atau Facebook atau.. Bila dah lambakan blogger ni, maka wujudlah blog yang entah apa-apa kan? Takpe. Lantak ler.
READ MORE / LESS >>
PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!
Sebenarnya, entry ni bukanlah entry mengutuk. Dah lari tajuk sebenarnya. Apa yang aku nak cerita sebenarnya mengenai skill berblogging ni. Yalah. Nak jadi blogger yang konsisten, penulisan kena jaga. Idea kena luas dan kukuh. Macam aku ni, idea takde la banyak sangat pun. Overall berasaskan dan diulas dari pengalaman sendiri aje. Oleh sebab tu, sekarang ni macam dah tersangkut-sangkut mahu mengarang. Mana tak nya. Dulu satu hari boleh capai 4 ribu UV sehari sebab at least 1 entry dikarang sehari. Sekarang paling tinggi pun 300 UV sehari. Sebab? Jawapannya, konsisten blog tu menurun. Kenapa menurun? Hah, biasalah. Blog tak update la jawapannya.
Baru-baru ini, datang beberapa idea untuk mengarang cerita atau entry. Tapi sampai sekerat jalan, stop.. Kemudian save as draft. Sambung esok la kononnya. Tapi tak sambung-sambung pun sebab.. memang buntu! Selepas tu, datang plak idea baru. Satu cerita menarik berdasarkan kisah benar. Jalan cerita ada. Tapi bila mahu plot cerita.. ya Allah! Rasa berterabur sangat! Ni la akibatnya kalau lebih sebulan tak mengarang esei!
Jadi di sini aku nak nasihatkan korang yang nak jadi blogger ni, konsisten dalam penulisan blog perlu ada. Apa tu konsisten dalam berblogging? Bila sebut konsisten, ia merangkumi beberapa aspek, iaitu; gaya penulisan, idea yang matang, cerita, aktiviti blog (kekerapan update), promosi (marketing), dan sebagainya. Tak kiralah blog korang tu blog peribadi ke atau blog islamik ke. Asasnya adalah seperti yang aku sebut tu.
Ehem ehem. Kalau ditanya kepada blogger baru, ada diorang tahu semua perkara asas ni? Uhuk! Haraaaaammm..
Aduka : Mahu baca balik semua cerpen klasik!