Ads: (Please Click!)

Sunday, May 22, 2011

Adegan Yang Tak Patut Kita Rasa!


Salam.

Wah! Lamanya aku tak update blog kan? Hoho. Okey. Malas mahu mengomel. Terus kepada cerita. Cerita ni aku pasti korang pun pernah rasa dan alaminya. Cuma tak tahulah apa tindakan korang selepas itu. Mungkin berbeza. Ini pula pengalaman aku.

READ MORE / LESS >>

Berdasarkan entry yang lepas, laptop aku yang masih mentah ini langsung tiada bahan yang menghiburkan seperti movie, termasuklah game. Kawan-kawan lain semua layan poker di Facebook. Aku kurang minat sebenarnya. Bila dah selalu layan Facebook semata-mata, naik muak juga sebenarnya. Jadi aku mengambil keputusan untuk download satu game yang aku minat sedari dulu. Counter Strike! Hehe.

Maka dengan berbekalkan Celcom Broadband yang laju ni (ye ke laju?), aku pun downloadlah game tersebut di internet. Aduh. 2GB saiznya! Mujurlah failnya didatangkan secara partial, maksudnya fail-fail yang berasingan. Setiap fail bersaiz 200MB. Ada 5 fail kesemuanya. Jadi aku mengambil keputusan untuk download satu fail sehari. Maka ia memakan masa selama 5 hari untuk siap.

Pada hari yang kelima, game yang aku download tu siaplah. Maka tibalah masanya untuk aku install. Dengan semangat yang terkobar-kobar dan teruja, aku install. Tidak sampai 5 minit dalam proses install, tup tup keluar notification mengatakan fail tersebut rosak aka rosak!

Tiba-tiba rasa darah menyirap sampai ke kepala. Dan mulutku mula mengeluarkan perkataan yang ..... #*(^&$*!



PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
2 Comments


2 Orang Kentut Madu:

Anonymous said... [Reply]

haha
mungkin salah satu fail x download habis kot

diba said... [Reply]

jgn jem sudah otak tu.he

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger