Astaghfirullah!
Hanya itulah ungkapan yang terpacul keluar dari mulut aku tatkala pertama kali melihat gambar-gambar ini. Betapa dahsyat, teruk, dan sadisnya perilaku manusia sekarang. Sememang layaknya manusia yang melakukan kekejaman ini melebihi sifat binatang. Apalah dosa dan kesalahan si ibu dan si anak ini sampai sanggup dan tergamak dibunuh?
READ MORE/LESS..
Hanya itulah ungkapan yang terpacul keluar dari mulut aku tatkala pertama kali melihat gambar-gambar ini. Betapa dahsyat, teruk, dan sadisnya perilaku manusia sekarang. Sememang layaknya manusia yang melakukan kekejaman ini melebihi sifat binatang. Apalah dosa dan kesalahan si ibu dan si anak ini sampai sanggup dan tergamak dibunuh?
READ MORE/LESS..
PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!
Jika dilihat mutakhir ini, sering kedengaran mahupun terbaca di dada-dada akhbar tentang kes-kes penderaan, pembunuhan, rogol, dan banyak lagi kes jenayah ganas berlaku di sekeliling kita. Saban tahun, kes-kes seperti ini semakin meningkat mengikut perkiraan statistik jenayah oleh pihak polis.
Antara faktor umum yang dikategorikan adalah;
Tekanan dan Stress
Faktor yang membawa kepada tekanan dan stress bergantung kepada seseorang individu. Biasanya tekanan yang paling kuat impaknya berlaku kepada individu yang mengalami masalah kesempitan kewangan, masalah keluarga, tekanan di tempat kerja, dan sebagainya. Kes-kes seperti ini mendorong seseorang manusia bertindakan di luar kawalan dan fikiran normal mereka. Ada sesetengah golongan akan didorong oleh perasaan marah dan dendam tatkala diselubungi oleh tekanan-tekanan tertentu.
Masalah Mental
Akibat daripada tekanan dan stress, memungkinkan permasalahan mental boleh berlaku kepada sesetengah individu. Ia tidak mengira usia, pangkat, atau latar belakang. Sesetengah orang mengatakan bahawa faktor keturunan memungkinkan masalah mental berlaku dan turun menurun kepada anak-anak dan cucu-cucu si pesakit mental. Fakta ini mungkin benar. Jika ini terjadi kepada seorang individu, tiada lagi istilah belas ehsan, kasihan, baik atau buruk, serta keperikemanusiaan di dalam jiwa individu tersebut.
Kurang Pendidikan Moral
Agama, kepercayaan, iman, dan pegangan kepada sesuatu adat dan adab adalah beberapa elemen yang termasuk dalam konteks moral. Bila disebut moral, ia merangkumi elemen-elemen ini di dalam diri manusia. Seharusnya elemen-elemen ini perlu teguh dan kuat bagi melahirkan moral yang bermutu di dalam diri manusia. Faktor lemahnya moral juga menjadi penyebab berlakunya peningkatan kes-kes bunuh di Malaysia. Maka, adalah perkara wajib bagi setiap individu memahami dan mendalami pendidikan moral yang bukan hanya bermula di rumah, malah di sekolah dan juga institusi-institusi luar yang lain.
Sesungguhnya bagi yang beragama Islam, iman dan nilai-nilai murni seorang mukmin perlulah selalu diterapkan di dalam diri pada setiap masa. Ini bagi membataskan perasaan amarah, dengki, khianat, tidak berhati perut, kejam, dan banyak lagi perkara negatif yang ada agar tidak terlintas dan terbit di hati. Dengan selalu berzikir dan selawat juga mampu menyekat hati kita daripada perkara-perkara buruk ini.