period? ape tu 'period'?
baru beberapa minit yg lalu aku terbaca blog cik zahra tentang satu entry berkenaan dengan period yg selalu dialami oleh kaum2 wanita.. tajuk entry tersebut; tanda2 'bulan' yg menyeksakan.. di dalam entry tersebut, cik zahra ada menerangkan beberapa simptom yg terpaksa dialami oleh setiap wanita bila datangnya period atau dalam bahasa melayunya, 'datang bulan'.. good info, zik zahra.. cik zahra juga ada menulis bahawa dah ramai lelaki sekarang dah mengetahui selok belok tentang pariod ni.. hm.. mungkin ada benarnya kata2 cik zahra tu..
aku ada seorg kawan (perempuan).. kami kenal lama menerusi Friendster dan kebetulan dia berkawan rapat dengan seorg kawan aku di Jasper suatu masa dulu.. kami pernah bercerita perihal period.. maklumlah.. masa tu aku sikit pun xtau pasal period.. oleh kerana aku ni laki, maka wajib gak aku amik tau serba sedikit pasal period.. sebabnya nanti bila kahwin, sure bini aku nanti ada period la kan? xkan aku x amik tahu pasal ni.. aku takmo jadi lelaki jahil.. nak-nak bila bini kita nak beribadah sure kita kene amik port pasal period nih.. bukan tu saja.. nanti bila dah dapat anak, especially anak pompuan..
pernah la aku dengar satu ceramah agama yg bertajuk 'ibubapa, anak perempuan, dan tanggungjawabnya'.. di situ aku dapat sket ilmu pasal tanggungjawab seorg ayah atau bapa terhadap anak perempuannya.. banyak, dan salah satunya adalah period bg anak perempuan.. hatta kita ni bapa sekalipun, anak2 juga akan bertanya kepada bapanya tentang 'darah yg keluar' serta apa dan bagaimana menghadapinya.. lantas jika kita tidak tahu tentangnya, habislah kita.. sedangkan itu juga menjadi salah satu tanggungjawab seorg bapa.. manalah tahu bila 'keluarnya darah' bagi anak perempuan yg baru saja baligh tetapi tidak di angkat hadas, maka tidak sahlah sembahyang anak kita itu nanti.. bila bercakap tanggungjawab, maka wajib kita melaksanakannya.. maka itu, bila berkenaan dengan ibadah, maka wajib juga kita mendidik anak perempuan kita.. tiada alasan untuk membatas segala tanggungjawab tersebut.. relevan? ya.. mmg sangat2 relevan..
berbalik kepada cerita, dalam conference aku ngan kawan pompuan aku tu, dia menceritakan sedikit sebanyak pasal period yg dia dan wanita alami.. apa lagi.. bermacam-macam soalan yg aku tak tau, aku tanya pada dia.. overall dia jawab soalan aku.. baguslah kalu dia sporting.. dan dia juga pernah forward satu artikel pasal period, dan aku save ke dalam word.. aku rasa artikel ni sangat2 berguna.. maka aku post di dalam entry ni.. jom kita baca sama2 mudah-mudahan memberi pengetahuan kepada kita, tidak mengira jantina, pangkat atau lain2nya..

*********
Apa itu Haid / Period / Datang Bulan?
Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid.
Klik sini untuk baca selanjutnya...

PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!
Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.
Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.
Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus wanita yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.
Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah di antara 60 hingga 200 ml.
Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.
Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan wanita. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh wanita tersebut. Mereka yang mengalami masalah tersebut yang berkunjung ke kedai farmasi akan ditemubual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada wanita berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temubual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan produk atau ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.
Abnormal Semasa Haid dan Cara Mengatasi
Tidak semua wanita yang akan mengalami kedatangan haid tanpa masalah. Adalah dianggarkan seramai 10 peratus wanita mempunyai masalah sakit puan yang kronik. Sesetengah wanita mempunyai masalah seperti berikut:
1. Dismenorea
Merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sistematik seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kepeningan. Ia juga kerap berlaku di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan kepada primer atau skunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot rahim dan akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu. Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim) atau penyakit inflamasi pelvik.
Sebelum menyarankan kaedah rawatan, ahli farmasi atau doktor harus mengenalpasti masa bermulanya sakit berhubung dengan haid tersebut. Sakit akibat dismenorea primer berlaku sebelum atau semasa dua hari pertama haid. Jika kesakitan berlanjutan dan menjadi lebih teruk, ia mungkin diakibatkan oleh masalah yang serius dan perlu dirujuk kepada doktor pakar.
2. Menoragia
Merupakan pendarahah yang banyak semasa haid. Ini berlaku pada sembilan peratus hingga 14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak tetapi ia tidak merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor jika pendarahan berlaku di antara tempoh haid atau semasa mengandung.
3. Amenorea
Merupakan masalah tidak datang haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder). Sesetengah wanita tidak datang haid melebihi tempoh tiga bulan. Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan kegagalan berlaku haid sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungsi kromosomal, pituitari atau ovarian. Pesakit yang mengalami amenorea primer dan sekunder perlu dirujuk kepada doktor. Amenorea sekunder biasanya disebabkan oleh mengandung, penyusuan, menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik. Sebab-sebab lain ialah gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjara pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan uterus.
4. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh antara haid
Berlaku di pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertai dengan pendarahan. Terdapat hubungan di antara kesakitan interhaid, pendarahan dan ovulasi. Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi. Jika masalah in berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi dua hari), wanita tersebut perlu dirujuk kepada doktor.
5. Sindrom prahaid
Ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di akhir-ahir tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon. Masa bermula gejala berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah konsisten bagi setiap wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan oleh gabungan keadaan fisiologi. Psikologi dan faktor budaya. Di antara gejala yang sering dialami ialah:
- Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.
- Neurologik - sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan
- Payu dara - ketegangan, bengkak
- Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula
- Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema)
- Kurang kencing
- Kulit berjerawat
Kenalpasti SindromKebanyakan wanita yang menggunakan produk farmaseutikal atau ubat tanpa nasihat doktor dan dengan kata lain mengamalkan swa-pengubatan adalah wanita-wanita yang sihat dan mengalami gejala-gejala sindrom prahaid seperti sakit kepala, pengumpulan cecair atau kekejangan pada bahagian abdomen. Produk atau ubat yang berkaitan dengan masalah tersebut boleh didapati di kedai farmasi dengan nasihat ahli farmasi. Adalah penting untuk mendapatkan ubat yang biasa diambil tanpa memberikan kesan samping serta mujarab. Namun, ahli farmasi mesti mengenalpasti gejala yang dialami semasa kitaran haid yang lalu dan bukannya gejala akibat penyakit yang lebih serius dan memerlukan permerhatian doktor pakar sakit puan (obstretrik dan ginaekologi).
Wanita harus berwaspada terhadap gejala yang boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera. Di antara masalah yang memerlukan pemerhatian doktor pakar dengan segera ialah pendarahan yang teruk, tidak datang haid, discaj yang tidak normal daripada bahagian vagina, kesakitan yang amat sangat sebelum dan semasa haid, kesakitan ketika melakukan hubungan seksual, ketumbuhan pada bahagian payu dara atau dicaj yang tidak normal daripada bahagian puting payu dara.