Ads: (Please Click!)

Sunday, May 22, 2011

Adegan Yang Tak Patut Kita Rasa!

Salam.

Wah! Lamanya aku tak update blog kan? Hoho. Okey. Malas mahu mengomel. Terus kepada cerita. Cerita ni aku pasti korang pun pernah rasa dan alaminya. Cuma tak tahulah apa tindakan korang selepas itu. Mungkin berbeza. Ini pula pengalaman aku.

READ MORE / LESS >>

Berdasarkan entry yang lepas, laptop aku yang masih mentah ini langsung tiada bahan yang menghiburkan seperti movie, termasuklah game. Kawan-kawan lain semua layan poker di Facebook. Aku kurang minat sebenarnya. Bila dah selalu layan Facebook semata-mata, naik muak juga sebenarnya. Jadi aku mengambil keputusan untuk download satu game yang aku minat sedari dulu. Counter Strike! Hehe.

Maka dengan berbekalkan Celcom Broadband yang laju ni (ye ke laju?), aku pun downloadlah game tersebut di internet. Aduh. 2GB saiznya! Mujurlah failnya didatangkan secara partial, maksudnya fail-fail yang berasingan. Setiap fail bersaiz 200MB. Ada 5 fail kesemuanya. Jadi aku mengambil keputusan untuk download satu fail sehari. Maka ia memakan masa selama 5 hari untuk siap.

Pada hari yang kelima, game yang aku download tu siaplah. Maka tibalah masanya untuk aku install. Dengan semangat yang terkobar-kobar dan teruja, aku install. Tidak sampai 5 minit dalam proses install, tup tup keluar notification mengatakan fail tersebut rosak aka rosak!

Tiba-tiba rasa darah menyirap sampai ke kepala. Dan mulutku mula mengeluarkan perkataan yang ..... #*(^&$*!


Thursday, May 12, 2011

My New Baby!

Salam.

Wah! Agaknya dah bersawang sangat blog aku ni, kan? Sebulan lebih aku tak update blog. Jenguk pun tidak. Tapi alhamdulillah, masih ada sisa-sisa jejak pelawat ke blog aku yang tak seberapa ni. Menarik ke blog aku ni? Mungkin ya, mungkin tidak. Yang menilai bukan aku tapi anda - pembaca blog aku. Terima kasih sebab sudi singgah ke blog aku.

READ MORE / LESS >>

Sebulan lebih aku mendiamkan diri. Nampak follower kian bertambah dan ada hari berkurang. Tapi biarlah. Tak kisah sangat. Blogger-blogger lain duk sibuk kejar trafik. Aku? Heh.. rileks je beb. Apa nak susah-susah nak sibuk-sibuk fasal trafik? Takpelah.. hak masing-masing kan? Kalau tulis apa-apa pun dalam entry, lambat laun terkena batang hidung sendiri juga kan.

Gaji bulan pertama aku bekerja di negeri orang ini dah target apa yang aku nak. Dah laa duk dalam wishlist sebenarnya. Tapi asyik tertunggak saja. Agaknya dari tahun 2010 lagi. Sekarang baru dapat. Apa dia wishlist pertama aku ni?

Ni dia!

Laptop aka lappy Acer! Medium specification aje. Processor Intel i5, 4GB RAM, 500GB Hard disk space. Ok la tu kot. Nak pakai high-end pun tak guna. Bukannya buat apa pun kalau sekadar layan internet, kerja ofis sikit-sikit, edit gambar sikit-sikit, main game, bla bla bla.. Hehe. Biarlah orang nak cakap ape pun. Lappy murah la.. tak branded la.. low class la.. pergi mampus! Yang penting, aku beli dengan hasil titik peluh aku sendiri. Tak pakai duit mak bapak! Heh..

"Aduka dah ada lappy baru nanti bleh la update blog selalu, ya?"

"Nanti selalu la nampak Aduka kat Facebook, kan?"

Amboi, cepat sangat harapan korang mencurah-curah kepada aku, kan? Nak gula-gula getah ke ape ni? Sorry ler.. aku xde ape nak bagi.. Hehehe.. Aku rasa adanya lappy ni tak bermakna aku mampu update blog selalu. Tak bermakna aku boleh online selalu di Facebook. Sebab? Yalah. Dalam hutan ni macam mana sangatlah tahap kelajuan internet-nya. Sekali klik, maunya tunggu lebih 5 minit baru load full page! Macam cabai je, kan?

Comel tak lappy aku? Hihihi..

Dah. Cukuplah ini aje ngomel aku untuk kali ni.

Wednesday, March 30, 2011

Sayang Sarawak

Salam.

Tentu korang semua tertanya-tanya kenapa blog aku ni tak update, kan? Bukan tak mahu update, tapi keadaan yang tak mengizinkan. Ecececee.. Macam ayat surat rasmi plak. Haha. Takdelah. Sebenarnya sudah seminggu aku berada di bumi Bintulu, Sarawak atas dasar kerja. Tambahan lagi line internet kat sini cam sangkut-sangkut. Macam biskut Chipsmore. Kejap ada, kejap takde. Ini pun aku update guna handphone. Jadi entry kali ni takde gambar la ye. Hehe.

Selama aku berada di bumi Sarawak dan dunia pekerjaan yang baru ini, alhamdulillah aku berasa seronok. Dapat kawan baru, bos yang sporting habes, kerja yang banyak rileks, dan macam-macam lagilah. Nak list kat sini pun macam tak cukup. Haha. Walaupun begitu, ada juga la yang tak bestnya. Contohnya bilik dan environment kem ni. Kat sini dipanggil kem untuk asrama. Ala-ala tentera beb. Cuaca yang panas tanpa air-cond memang agak tak selesa sikit la. Jika sebelum ni, aku ditempatkan dibilik yang lebih selesa. Siap ada air-cond dan bilik air. Dua orang satu bilik. Oleh sebabkan arahan pemindahan sementara, aku dipindahkan di bilik pekerja bawahan. Pernah tengok orang Indon yang kerja buat bangunan punya rumah? Agak sama tapi moden sikit la. Takde air-cond, bilik air plak kongsi ramai-ramai. Agak daif.

Oleh kerana sebelum ini aku pernah dilatih hidup susah dan serba kekurangan, semua itu menjadi suatu perkara yang takde la rumit sangat. Asalkan hati senang, cukuplah. Lagipun, pemindahan bilik aku ini hanyalah sementara sahaja. Walaupun baru 3 hari tinggal dibilik kongsi ini, rasa berat pula hendak pindah ke bilik asal aku bila arahan pemindahan semula dikeluarkan oleh bos nanti. Kat sini dapat bergaul dan merasa macam mana orang berpangkat rendah hidup. Semua etnik dan kaum ada. Iban, Kedayan, Indon, India, dan sebagainya.

Selama seminggu di sini juga, banyak perkara baru tentang kerja-kerja mekanikal telah aku pelajari. Cuma satu saja perkara yang menjadi masalah kepada aku. Slang Sarawak masih 'fail' bagi aku! Selain itu, kebanyakan pekerja kat sini adalah orang Indon. Jadi ini pun menjadi masalah. Tunggang langgang bahasa Indon aku beb. Sampaikan aku ketawa seorang diri beb. Sebabnya aku tersilap campur adukkan loghat Indon dan Sabah! Jangan kata Sabah, bercampur dengan loghat Terengganu pun ada! Haha. Memang lucu beb. Nak plak orang Indon tu terpinga dengar apekebende yang aku cakap! Hah, macam ayam bercakap dengan itik la! Haha.

Apa-apa pun, aku seronok bekerja di sini walaupun ada terdapat beberapa perkara yang kuat menguji iman aku di sini.

Jangan lupa follow aku di Facebook untuk mengetahui perkembangan terbaru aku. Sekian.

Wednesday, March 23, 2011

Tuala Yang Selesa Adalah Tuala...

Ini Tuala
Kisah ini terjadi ketika aku menyertai kem jati diri dan kepimpinan anjuran pihak kolej aku pada awal tahun 2006. Kem tersebut dibuat di salah satu tempat berlokasi di Kuantan, Pahang. Kem tersebut dijalankan selama 3 hari. Kalau tidak silap, kisah ini terjadi pada hari yang kedua.

READ MORE / LESS >>

Kem yang aku sertai ni ala-ala tentera sikit. Banyak aktiviti dan latihan kepimpinan berbentuk 'keras' dan 'tegas'. Disiplin dan ketahanan diri sewaktu dalam kem, amat-amat penting sekali. Tak kira korang lembik ke tak tahan tekanan ke, korang terpaksa buat beb. Tak buat, korang kena buat gak walau macam mana sekalipun! Yelah. Sebut ala tentera, arahan 'paksaan' tu standard la kan.

Hari pertama, disuruhnya kami merangkak dalam lumpur. Merangkak leeeerrr kami ramai-ramai dalam lumpur. Disuruhnya kami mandi dengan air longkang (nama aje longkang tapi macam air sungai yang keruh aje). Mandi leeeeerrr kami ramai-ramai dalam longkang. Disuruhnya kami push-up 50 kali. Yang ni naya. Berketar lengan aku tahan. Push-up juga leeerrrr kami ramai-ramai. Yang tak tahannya, siap tentera tu suruh kami down and stop. Yang suruh down separuh kemudian stop pun ada beb. Yang tak tahan (biasanya pompuan ler..), siap nangis nangis lagi! Kesian. Boleh dikatakan, semua benda berbentuk 'seksaan' dari tentera kami buat. Tak pernah membantah. Merungut dan memaki hamun secara senyap-senyap tu biasalah kan. Sebab tak tahan aje sebenarnya. Haha.

Menghala ke petang, ada aktiviti jungle trekking. Wah wah. Yang ni paling aku suka beb. Masuk hutan la katakan. Memang aku suka. Meranduk sungai. Panjat halangan bertali. Lompat dari kayu sani ke kayu belah sana. Yang jatuh tergolek dalam sungai pun ada. Cari bendera tersembunyi dalam sungai. Fuuuhhh..! Macam-macam lagilah. Best sangat-sangat. Aktiviti jungle trekking adalah last aktiviti untuk hari tu. Maknanya, keluar saja dari hutan kami perlu balik ke khemah masing-masing.

Habis saja jungle trekking, macam biasa kami perlu membersihkan diri untuk bersolat, makan dan bersedia untuk aktiviti di sebelah malamnya pula. Mandi pun perlu ala-ala tentera. Cepat, dan masa perlu sharp tiba di surau. Kalau tak, lepas solat Maghrib pasti kena denda. Denda plak teruk beb!

Aku pergi mandi seperti biasa. Cepat dan gopoh. Sental-sental kat mana bahagian yang perlu sental. Setting masa baeeeekkk punye. 10 minit, cukup! Lepas tu pulang ke khemah, pakai baju Melayu lengkap, terus ke surau.

Sewaktu tiba di khemah, aku perasan yang kawan aku seorang ni belum mandi. Aku pun menegur dia dan bertanya; kenapa dia belum bersihkan diri. Aku memberitahu kepadanya, aku tak mahu satu khemah kena denda oleh sebab dia seorang hadir lewat ke surau. Naya!

Kawan: "Tuala aku.."
Aku: "Haaa tuala kau. Kenapa?"

Kawan: "Semalam kan kita berlumpur sakan tengah-tengah padang sana. Habis la aku punya tuala kotor dengan lumpur."
Aku: "Yang kau lap badan kau dengan tuala tu kenapa? Kau ni sengal la!"

Kawan: "Aku sangka aku bawak 2 helai tuala. Memang biasa-biasa aku pergi kem aku bawak 2 helai tuala."
Aku: "Habis tu? Mana lagi satu?"

Kawan: "Ntah! Tertinggal kot!"
Aku: "Hah molek sangat la tu. Kau guna je daun pisang kat dalam hutan ni. Lap badan kau tu!"

Kawan: "Pinjam ko punya tuala la bro."
Aku: "Tuala aku? Habis, aku nak pakai tuala ape?"

Kawan: "Ko niii.. pinjam sekejap aje laaa.."
Aku: "Yelah yelah. Nah tuala! Sorry la lembap dan berbau sikit.. Seminggu tak basuh.."

Kawan: "Hah??? Seminggu tak basuh???"

Sambil memegang tuala aku dengan cubitan hujung jarinya dan memandang dengan muka yang tak selesa. Jijik bebenor agaknya tengok tuala aku tu! Hampeh.

Aku: "Kenapa? Tak selesa?"

Kawan: *Diam*
Aku: "Kalau kau nak tuala yang selesa, kau pakai CAREFREE ajelah! Tuala aku, kau sidai kat penyidai.."

Nak tak nak, terpaksalah kawan aku tu guna juga tuala aku yang dah berbau lagi lembap tu.

Malamnya selepas habis semua aktiviti, kami kembali ke khemah sebab mahu beradu awal dan bersedia untuk aktiviti keesokkan harinya pula. Kesian aku tengok kawan aku tadi tu. Asyik meggaru belakang badan dan dekat ketiak. Selang beberapa saat, garu lagi. Macam tak lena manalah dia tidur malam tu. Nak kata nyamuk, takde pun nyamuk dalam khemah kami. Huhu. Kesian, kesian..

Waktu tu CAREFREE la popular sebab selesa beb! Tu pun kawan pompuan aku yang cakap la.. Sekarang Libresse! Aaaawwwwwww YUNA! Libresse! BESAR PUNYEEEE..!

Yuna LibresseYuna: "Gunalah LIBRESSE! Selesa.. lebar.. dan.. BESAAARRRR..! Tadaaaaa..!"

Monday, March 21, 2011

Geli Hati! Lucahnya Nama Dia!

Nama Lucah Orang Asli
Sejak ada lappy dan P1 W1max 'pinjaman' ni, aku asyik tidur lewat aje. Nah, selepas subuh baru terbungkang atas katil. Sakit habes tulang temulang belakang aku ni. Bila dah terbaring atas katil, terasa macam jarum beribu menyucuk. Waktu tu mula la berangan si gadis cantek macam Diana Danielle mengurut-ngurut 'stim'! Bwahaha.. Makin ke pagi, makin galak kawan-kawan di internet sedang 'bergurau senda'. Mananya tak syok melayan, ye dak?

READ MORE / LESS >>

Ini cerita 2 malam yang lepas.

Aku bersembang di ruang chat Facebook dengan seorang rakan aku. Ceritanya, dia baru balik dari kampung pendalaman Pahang atas dasar kerja. Bancian kot. Hah, apa lagi. Sejuta persoalan la aku ajukan kepada kawan aku ni. Maklumlah, aku tak pernah pun menjejakkan kaki ke Taman Negara sekalipun. Hehe.

Part yang paling best bila dia bercerita fasal orang asli yang dia jumpa kat sana. Ntah kaum apa aku pun tak tahu sebab bila aku tanya, dia jawab tak pasti. Hehe.

Member: "Ada yang pakai cawat, ada yang dah pandai pakai baju seluar macam kita.. Tapi agak selekeh la.."
Aku: "Wow.. advance gak ek diorang.."

Member: "Kalu yang pkai baju sluar cam kite ni, diorg yg selalu keluar pegi bandar.. jual hasil2 kraf.."
Aku: "Ohooo.. camtuu.."

Member: "Yuppp.. orang asli pn kena pkai duit bhai.. diorg pun siap ada IC tau! Hahaha.."
Aku: "Yelah.. xde IC camne nak ngundi dowh.. Hahahaha.."

Member: "Hahaha.. yang aku suka psl org asli ni, dia rajin bebenor beb! Tanah tak terang lagi diorg dah kluar cari makan.."
Aku: "Sana jam pukul berapa?"

Member: "Ntah.. agak2 dlm kul 4 5 pagi kot.."
Aku: "Mak oi.. awalnyeeee.. O_0"

Member: "Yupp.. mata aku masih berpasir.. ngantuk giler bhai.. tapi aku kena paksa gak ngan org tua kat situ.. katanya org bujang takleh malas2.. hampehh.."
Aku: "Padan muke ko! Hantu fesbuk.."

Member: "Ko nak tahu? Sana nama orang asli memang pelik2.. geli hati pun ada.. kdg2 sampai bawak ke tido ko tau! Gelak sekor2 aku.. Hahahaha.."
Aku: "Yeke? Contoh???"

Member: "Punat a/k Tucu.."
Aku: "Punat??? Wakakakakakakakaka..!!"

Member: "Hahaha.. ada lagiii.. Tampanita Tut a/k Nyong"
Aku: "Bwahahahahahaha.. pelik2.."

Member: "Yang paling best lagi kelakar, nama agak2 lucah sket.."
Aku: "Apa die bro?"

Member: "Pantek Loban a/k Kopet Loban!"
Aku: "Kahkahkahkahkahkahkah..!!! Biar betul ko niiiiii.. nama ke tuuuu??? O_0 hahahahaha.."

Member: "Yalah.."

Memang tak tahan gelak! Aku jadi mcm org sewel takde pedoman sekejap depan lappy pukul 4 pagi gelak sorang-sorang. PANTEK LOBAN??? KOPET LOBAN??? Aduuuhhhh..! Siyes tak tahan gelak beb! Aku sambung bertanya kat kawan aku ni fasal gambar si polan yang bernama lucah tuh. Katanya tak ada. Kan best kalau ada, kan? Memang aku tag semua orang dalam Facebook!

Agaknya tok-tok orang asli ni peminat setia Maria Ozawa aka Miyabi agaknya!

Bila tengah baring atas katil sebab nak tidur, aku terbayang-bayang nama orang asli tuh. Apa punya pelik namanya. Terus aku terbayang perkara yang 'tersirat' dan di 'sebalik tabir' nama tu. 'Daerah-daerah menarik' tuh!

Hahahahahahahaha..!!!

Sunday, March 20, 2011

Drama Sebabak : Masam Manis Ketika Bercinta

Loving Couple
Masa hangat bercinta dulu..

Makwe: "Ayang sayang abang tau.. takleh pisah dah.."
Pakwe: "Abang pun.. sayang ayang sangat-sangat gak.."

READ MORE / LESS >>

Pegang tangan. Belai-belai rambut. Cium-cium. Konon nak tunjuk dan buktikan kasih sayang. Ok, takpe lagi. Jangan serah 'mahkota dan nakhodanya' sekali.


Masa gaduh..

Missed call boleh cecah seribu. Kalau dulu, guna call sekejap-sekejap sebab free 3 saat. Sekarang semua ber-charge hatta 1 saat. Jadi, missed call saja. Harap mendapat balasan call dari si dia.

Makwe: "Aku silent handphone aku. Biar mamat ni rasa menyesal. Padan muke!"

Dari jauh (padahal satu taman), pakwe ni berusaha jugalah nak pujuk. Sanggup datang sampai pintu gate depan rumah si makwe. Setia la katakan..


Saat-saat perang dunia kedua..

Masing-masing tunjuk ego. Makwe tak call, pakwe pun tak call.

Pakwe/Makwe: "LANTAK LER!"

Maki hamun dalam hati. Tapi perasaan sayang ada sikit aje. Kira-kira 30%. Dua-dua tunjuk ego, tapi dalam masa yang sama meletakkan harapan agar si dia memujuk merayu.


Perpisahan antara dua teluk..

Sebab lama sangat merajuk, si pakwe rasa rindu. Sama juga si makwe. Tak call pun. Saling membalas-balas SMS. Malu kononnya. Dalam masa yang sama, takut si dia masih marah. Walhal tak pun! Takpelah. Lelaki kena gentle. Nyah kau 'ladies first!'.

Pakwe: "Hello. Sayang sihat? Dah makan? Dah mandi? Makan apa tadi? Eh, tengok TV? Cerita apa tu, sayang? Indon?"

Timbul la soalan-soalan yang pelik-pelik. Modal mukaddimah untuk berbaik. Biasalah. Common! Si makwe plak apa lagi. Jual mahal tu penting! Well, sifat 'kewanitaan'..

Makwe: "Ajar sikit! Rasakan!" Bisik dalam hati aje.. "Sihat je.. Dah makan nasi ngan sambal ikan bilis ajeee.. Bla bla bla bla bla bla.."


Dugaan melanda, kehadiran orang ketiga..

Gaduh bagai nak rak! Biasalah. Pasangan couple tak boleh lari dari bergaduh. Jadi, bawak sorang mamat untuk buat si pakwe jeles! Konon mahu uji, tapi perasaan tu tiba-tiba melekat pada si mamat baru ni. Si pakwe ni punyalah bengang tapi.. gentle beb! Cool! Ambil masa jumpa si pencabar dia. Si mamat dan si pakwe berjumpa sambil ditemani si makwe. Tapi berakhir tanpa sebarang keputusan yang berpihak pada si pakwe. Kesian si pakwe. Balik dengan hati yang lara.

Malam, si pakwe cuba contact sama si EX-makwe.

Pakwe: "Takpe.. saya (dah turun pangkat gile-gile!) pasrah.. kalau itu yang awak mahu, saya redha.. kalau dengan si dia awak bahagia, saya sanggup lepaskan awak.."

Tapi, harapan menggunung masih diletak pada si ex-makwe.

Pakwe: "Saya sanggup tunggu awak sampai bila-bila.."

Konoooonnn..

Dalam hati berbisik mahu tengok si ex-makwe bahagia. Konon aje gak. Tapi hati bagai nak pecah! Kentut dulu baunya wangi, kini busuk mengalahkan bangkai! Makan, mandi, tidur asyik igau si makwe. Sekarang mimpi ngeri!


Menjadi stalker..

Dulu nak stalker upah kawan rapat si makwe aje. Jimat kos dan senang. Sekarang? Facebook ada beb. Sendiri bikin sudah..

Pakwe: "Hatiku hanya untukmu, sayang. Aku sanggup tunggu kau terluka kecewa dengan mamat tu! Aamiinnn..!"


Dua tahun menunggu dan menjadi stalker cemerlang..

Akhirnya tewas. Si pakwe terpandang satu foto perkahwinan si ex-makwe. Tapi bukan dengan mamat pencabarnya dulu. Mamat lain! Aduh! Bukan sebijik penampar hinggap di pipi kiri tapi kedua-dua belah pipi! Pang! Pang!!

Pakwe: "Cis! Sia-sia aku tunggu kau 2 tahun lebih ni!!!"
Aku: "Sebab kau bongok! Macam la takde pompuan lain lagi dah kat dunia ni!"


So kepada lelaki, jangan jadi keldai sangat. Eh ehhh.. pompuan pun! Peduli apa dengan hati dan perasaan? Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Cari aje laki/pompuan lain. Abis cerita.

Ni cerita rekaan je beb! Tapi ada maksud tersirat dan agak sinis. Hehehe..

Saturday, March 19, 2011

From FB To Blog (Part 3) : Maria Ozawa

Maria Ozawa
Mak datuk! Cantik kan gadis (err.. gadis ke?) dalam gambar kat atas ni kan? Siapa dia ni? Ni la awek aku! Eh, bukan bukan. Hah, sebut saja nama gadis comel ni, semua lelaki seluruh dunia confirm kenal dia punya! Maklumlah, gadis paling HOT! Mana tak HOT-nya. Semua scenes PANAS PANAS dia buat! Haha.

READ MORE / LESS >>

Tak faham?

Oh, mungkin sesetengah kaum Hawa tak kenal siapa gadis dalam gambar di atas ni. Nama dia Maria Ozawa. Gadis ini kacukan Jepun-Perancis, yang popular dalam industri pornografi di Jepun. Nak plak sekarang ni tsunami melanda Jepun. Masing-masing duk sebut nama Maria Ozawa ni. Di Facebook, Twitter malah di blog! Amboi. Cuma yang hairannya, kenapa nama si gadis ini saja di-mention di dalam internet? Yalah. Nama 'Maria Ozawa' aje orang kenal di Jepun. Perdana Menteri Jepun belum tentu orang kenal beb! Haha.

Bercakap tentang tsunami, dua hari lepas aku terlepas cakap dengan mak aku fasal Maria Ozawa ni. Malu! Rasa bengkak panas menyirap lain macam aje muka aku ni dek malu. Ini aku petik status aku buat di Facebook.

Mak: "Teruk kan tsunami kat Jepun sana.."
Aku: "Teruk! Setakat ni dlm 600 lebih org terkorban!"

Mak: "Banyak tu!"
Aku: "Memang! Mujurlah Maria Ozawa ok.."

Mak: "Sape???"
Aku: "Errr.. Ma.. Maria.. Ozawa.. Hehehe.."

Mak: "Maria mane ni? Nama macam Melayu! Sape die tu?"
Aku: "Errr.. pelakon!"

Mak: "Pelakon ape?"
Aku: "..........!"

*ah sudah! ape aku nk jwb ni?!*

=__________="

Kerana terlalu excited bercerita fasal bencana tusnami di Jepun, aku telah kantoi dengan mak aku sendiri. Korang bayang sendiri la apa jawapan yang aku cakap seterusnya kepada mak aku, okey? Malu mahu cerita lebih-lebih!

Friday, March 18, 2011

Battle of Los Angeles (2011) : Download Link

Battle of Los Angeles

READ MORE / LESS >>

Sinopsis

For years, there have been documented cases of UFO sightings around the world – Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. But in 2011, what were once just sightings will become a terrifying reality when Earth is attacked by unknown forces. As people everywhere watch the world’s great cities fall, Los Angeles becomes the last stand for mankind in a battle no one expected. It’s up to a Marine staff sergeant (Aaron Eckhart) and his new platoon to draw a line in the sand as they take on an enemy unlike any they’ve ever encountered before.

Barisan Pelakon

Aaron Eckhart, Michelle Rodriguez, Michael Pena, Bridget Moynahan, Ne-Yo, Ramon Rodriguez, Taylor Handley, Cory Hardrict, Jadin Gould, Bryce Cass, Joey King.

Trailer


Download Link : Battle of Los Angeles (2011) PDVD Rip

http://ul.to/qmg5f9e5/L.H.Battle.Los.Angeles.2011.TS.XViD-IMAGiNE.part1.rar
http://ul.to/1v17669e/L.H.Battle.Los.Angeles.2011.TS.XViD-IMAGiNE.part2.rar
http://ul.to/i02ljudz/L.H.Battle.Los.Angeles.2011.TS.XViD-IMAGiNE.part3.rar

ATAU (Single Link)

http://www.fileserve.com/file/wz2wbWn/L.H.Battle.Los.Angeles.2011.TS.XViD-IMAGiNE..avi

Selamat menonton!

Phobia 2 (2009) Thai Movie DVDRip : Download Link

Phobia 2
Filem permintaan Wawamizi Zack.

Sinopsis

READ MORE / LESS >>

Phobia 2 mempersembahkan lima kisah seram pendek yang berlainan dan setiap satunya juga diarahkan oleh pengarah yang berlainan. Watak-watak dalam filem dilakonkan beberapa pelakon handalan Thailand antaranya Jirayu Laongmanee, Worrawech Danuwong, Charlie Trairat, Nicole Theriault dan Marsha Wattanapanich.

Kisah pertama menceritakan tentang seorang lelaki iaitu Pey yang suka melakukan perbuatan jahat sehingga suatu ketika dia ditahan tetapi Pey tetap dianggap sebagai budak jahat. Suatu ketika, saat Pey menghabiskan malamnya untuk bermeditasi, dia merasakan sesuatu yang aneh daripada lubuk hatinya dan dia mula mencari jawapan untuk itu.

Cerita kedua pula mengisahkan tentang kewujudan tentang kejadian misteri di wad hospital. Ada yang tidak diduga dan misteri berlaku sehingga benar-benar mendatangkan ketakutan kepada penontonnya.

Ingin mengetahui lebih lanjut cerita ketiga dan seterusnya? Saksikan sendiri.

Trailer



Download Link : Phobia 2 (Thai) DVDRip RMVB

Part 1 MediaFire
Part 2 MediaFire

ATAU

Part 1 SendSpace
Part 2 SendSpace

ATAU

Part 1 MegaUpload
Part 2 MegaUpload

ATAU (Single Link)

FileServe

Subtitle: Download Subtitle!

Selamat menonton!

From FB To Blog (Part 2) : Cinta... Palsu!

Cinta Palsu
Bila sebut fasal cinta, hah pasti terbayang di dalam kepalaotak kita ni hal-hal loving couple kan? Bermadu asmara, pegang-pegang tangan, love love, dan macam-macam lagi la kan? Aku suka kau, kau suka aku. Alaaa.. dah jadi trend ler sekarang ni bab couple-couple ni. Ape nak hairannya kan?

READ MORE / LESS >>

Tapi kalau sentuh bab cinta palsu, macam mana? Hehe.

Ini salah satu status di Facebook aku.

Awek: "camne kalu saye tpaksa blapar dahaga?"
Pakwe: "saye bpuasa bsama awak."

Awek: "kalu kapal saye karam?"
Pakwe: "saye pinjamkan badan saye pengganti kapal awak terus ke pantai."

Awek: "kereta saye kehabisan minyak?"
Pakwe: "kite jln kaki balik sama2."

Awek: "kalu saye terjun bangunan?"
Pakwe: "....."

Awek: ".....?"
Pakwe: "saye tgk je.. saye masih muda teruna.."

Awek: "!!!!!!!"

Kepada sang pencinta, jangan jadi macam kes kat atas ni ye! Ni kes naya namanya. Haha!
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger