Ads: (Please Click!)

Wednesday, October 19, 2011

#1 Income Dari ChurpChurp Untuk Minggu Ini


Salam.

Terlebih dahulu aku ingin ucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana limpah kurniaNya kepada aku rezeki daripada berblogging ni. Walaupun tak seberapa, walau satu ringgit sekalipun, ia masih tetap dinamakan rezeki. Dan setiap rezeki yang datang kepada kita sebenarnya adalah kurniaan daripada Allah swt. Dan sewajarnyalah kita untuk terus mensyukuri setiap apa yang telah diberikan oleh Allah swt.

Aku sebenarnya telah lama join ChurpChurp ni, cuma aku kurang aktif dan tidak endahkan sangat. Pertamanya, aku kurang faham fungsi sebenar ChurpChurp ni. Kedua, Disebabkan kurang kemahiran dalam membuat iklan dan mengiklan di internet.

Sehubung dengan itu, aku telah buat beberapa carian tentang bagaimana mahu mendapat income melalui ChurpChurp ni. Dan alhamdulillah, hasil dari usaha dan percubaan sendiri, nah, usaha selama ini akhirnya membuahkan hasil. Seperti yang aku katakan tadi, aku sudah lama join. Cuma pada minggu lepas aku cuba untuk usahakan pengiklanan ChurpChurp ni. Dan tadi, aku amat terkejut bila menjenguk di akaun ChurpChurp aku. Income tiba-tiba meningkat! Alhamdulillah, syukur.


Inilah berkat usaha hanya selama tempoh lebih kurang dua minggu.

Apa-apa pun, terima kasih juga kepada pembaca setia dan pembaca senyap (silent reader) yang terus menerus membaca dan menyokong Blog Aduka. Melihat income yang aku perolehi ini membuatkan aku menjadi lebih bersemangat untuk berusaha lebih, untuk mendapatkan income yang lebih lagi. Siapa tidak mahu side-income? Alang-alang berblogging, apa salahnya dapat seratus dua hasil dari berblogging, kan?

Untuk sesiapa yang belum join ChurpChurp, anda bolehlah join sekarang! Sambil berblogging, sambil buat duit! Klik DI SINI untuk join.

Untuk tips menambahkan income ChurpChurp, aku akan tulis pada artikel yang selanjutnya. Teruskan membaca Blog Aduka!

Tuesday, October 18, 2011

Kesan 'Peng Yu' : Punca Kenapa Orang Ramai Tidak Mempedulikan Budak 2 Tahun Dilanggar!


Salam.

Berita dan video mengenai budak 2 tahun yang dilanggar di China telah menggemparkan dunia. (KLIK DI SINI!) Ia bukanlah satu insiden atau kemalangan yang biasa kita lihat. Ia telah menjadi buah mulut dan topik perbincangan oleh banyak pihak termasuk media massa dan media cetak dunia.

Satu saja persoalan yang bermain-main di minda kita. Apakah sebab musabab dan relevannya orang ramai untuk tidak menghiraukan langsung kanak-kanak malang itu? Sehinggakan banyak pihak antaranya menuduh kesemua 18 (anggaran) orang yang hanya lalu dan lihat itu adalah orang yang KEJAM dan TIDAK BERHATI PERUT. Ada pula yang menyalahkan masyarakat dan kerajaan negara China itu sendiri apabila undang-undang dan nilai kemasyarakatan negara itu amat longgar.

Ini adalah fakta yang saya sendiri selidik dan kaji di internet selepas beberapa jam selepas kejadian ini berlaku.

Di China, keadaan ini disebut sebagai kesan 'Peng Yu'. Sebelum ini, ramai mangsa kemalangan jalan raya, atau orang-orang yang telah jatuh sakit di jalanan sebenarnya berjaya menyaman orang-orang yang membantu mereka untuk sejumlah wang dengan mudah walaupun tidak ada bukti bahawa mereka adalah orang-orang yang menyebabkan kemalangan itu.

Rencana ini telah ditulis di dalam satu akhbar China berbahasa Inggeris. Ini adalah petikan daripada akhbar tersebut:

Di Nanjing pada tahun 2007, apabila seorang lelaki muda bernama Peng Yu, berkata beliau telah membantu seorang wanita tua jatuh untuk bangun. Tetapi perempuan tua menegaskan bahawa Peng telah menolaknya jatuh lalu wanita tua itu menyaman Peng bagi tujuan pampasan. Kerana kekurangan bukti kukuh, mahkamah di Nanjing memutuskan bahawa Peng perlu menanggung 40% tanggungjawab untuk kejadian itu, dan di bawah tekanan awam yang hebat, Peng telah dipaksa untuk membayar denda pula sebanyak 10 ribu yuen.

Selepas kes-kes ini, ramai orang takut untuk menghulurkan bantuan kerana takut disaman. Mereka akan lebih cenderung untuk berdiri dan lihat sahaja jika mereka berada di tempat kejadian.

Untuk pengetahuan kita semua, terdapat banyak lagi kes-kes yang serupa berlaku akibat dari kesan kes 'Peng Yu' tadi. Dan kebanyakan kes adalah kerana kekurangan bukti dan saksi dalam kes tersebut. Antara rencana yang hampir serupa adalah seperti berita ini:

Wanita tua, Wang

Lelaki yang memandu kereta, Xu

Kes seorang wanita tua berusia 69 tahun yang mendakwa ke atas seorang lelaki muda yang langgar dengan keretanya telah mencetuskan perdebatan awam mengenai moral dan kredibiliti. Perbicaraan masih dalam lanjutan, tetapi majoriti besar rakyat menunjukkan sokongan mereka terhadap lelaki itu dan percaya wanita tua itu memutar belitkan fakta. Mereka juga menyatakan keengganan mereka untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan pada masa akan datang, kerana masyarakat gelora dalam keadaan marah dan tidak berdaya di atas keruntuhan akhlak dan kehilangan kredibiliti.

Ilustrasi Xu tentang Wang yang melintas jalan secara berbahaya


Wang Xiuzhi, telah melintas jalan secara bahaya dan salah terjatuh dan mengalami beberapa keretakan tulang pada bulan Oktober 2009 di bandar utara Tianjin. Xu Yunhe menghentikan keretanya lalu keluar untuk membantu beliau. Tetapi Wang berkata Xu telah melanggarnya dengan kereta menyebabkan kecederaan yang teruk.

Tanpa mana-mana video pengawasan dan saksi, Xu disabitkan kesalahan dan diarahkan menanggung 40 peratus kos bagi kemalangan itu, walaupun mahkamah tidak pernah membuktikan bahawa dia memukul, mengasari, atau melanggar Wang. Dia telah diarahkan untuk membayar lebih 100,000 yuan berbentuk pampasan kepada Wang, mengikut penghakiman asal yang diturunkan oleh mahkamah daerah pada bulan Jun. Xu merayu keputusan itu dengan menegaskan bahawa beliau tidak bersalah.

Lebih kurang ceritanya dengan kes Peng Yu tadi kan?

Oleh yang demikian, ramai rakyat China mendakwa kes yang terjadi kepada budak 2 tahun yang dilanggar dan orang ramai langsung tidak menghiraunya, adalah punca dari 'kesan Peng Yu'. Hal ini menjadi satu 'penyakit' psikologi yang menjadi trauma dalam masyarakat di China!

Sila klik butang 'Share' dan sebarkan hasil kajian ini kepada rakan-rakan anda. Terima kasih!

Monday, October 17, 2011

Budak Kecil Digilis Kereta, Orang Berlalu Tanpa Mempedulikannya!



Salam.

Agak terkedu aku bila pertama kali melihat video ini. Sangat tidak berperikemanusiaan! Jom saksikan video ini.


Aku sebenarnya tak faham bahasa Cina, dan tak pasti apa jadi kepada budak dalam video ni. Samada dia mati ke hidup ke tak dipastikan. Kalau kita tengok video ni, nampak macam budak tu dirawat rapi di hospital kan? Mudah-mudahan budak kecil tu tak ada apa-apa la.

Di negara lain kita tengok video ni dah rasa kejam kan? Yang buang bayi tu? Tak kejam ke?

UPDATE!


Menurut media China, dikhabarkan budak ni dah meninggal dunia. Sebelum ini, budak yang berusia 2 tahun ini koma dan tidak sedarkan diri. Kini, ibubapa budak ini bersedih dan menangis tak berlagu. Kasihan.

Ini pula gambar keratan akhbar. Makcik gambar atas kanan adalah si penyelamat budak 2 tahun ini daripada terus diabaikan oleh orang ramai.


Malahan si penyelamat itu juga turut menangisi pemergian kanak-kanak malang itu. Sungguh menyentuh perasaan.


Raya Tak Jadi (2011) DVDRip : Download Link


Sinopsis

Filem ini bermula dengan seorang ahli perniagaan iaitu Leo yang bakal mengalami kerugian yang banyak kerana kontena yang berisi kurma-kurma yang ingin dijualnya sebelum raya tidak sampai. Oleh itu, dia telah merancang untuk menunda hari raya dengan menculik Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Hj.Ehsan. Leo telah mengarahkan dua pekerjanya, Ali dan Abu untuk melakukan penculikan tersebut. Mereka berdua telah Berjaya menculik Hj.Ehsan namun masalah timbul apabila Ali dan Abu telah tertukar teksi yang ada Hj Ehsan dengan Shuib iaitu seorang pemandu teksi.

Shuib mempunyai seorang adik yang pekak iaitu Bob. Kekecohan berlaku apabila Shuib dan Bob menemui Hj Ehsan yang disangkai telah mati di dalam boot teksi.Mereka berdua telah melakukan pelbagai cara untuk meninggalkan mayat tersebut namun gagal dan membuat keputusan untuk mengebumikan mayat itu. Tiba-tiba mayat yang disangkai telah mati itu hidup semula dan ini telah memeranjatkan semua orang. Hj. Ehsan kemudiannya menerangkan mengenai penculikannya. Sementara itu, Leo telah mengarahkan Ali dan Abu untuk mendapatkan semula Hj Ehsan dan mereka telah menculik Ibu dan adik perempuan Shuib dan Bob sebagai tebusan.

Trailer


Download Link : Raya Tak Jadi (2011) DVDRip MKV RMVB AVI

MediaFire
MKV (350 MB)
Part 1
Part 2

ATAU
Part 1
Part 2

RMVB (300 MB)
Part 1
Part 2

AVI (700 MB)
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Download problem? Klik DI SINI (klik!)

Sudah selesai download, macam mana mahu tengok? (Untuk by part SAHAJA. Untuk single link, anda terus boleh menonton setelah selesai download) Anda perlu download semua part. Contohnya untuk format .avi; download hanya semua part .avi sahaja. Jika file extension mempunyai nombor (.001), anda perlu menggunakan software HJSplit untuk menonton. Anda boleh baca cara-cara dan download software tersebut DI SINI (klik!)

Selamat menonton!

Saturday, October 15, 2011

Tanah Palestin Dahulu Dan Kini (Grafik)


Salam.

Peperangan ke atas Palestin yang telah berlaku selama abad ke-20 dan ke-21, menyebabkan sempadan di rantau ini berubah secara drastik beberapa kali sejak beberapa puluhan tahun yang lalu. Berikut adalah melihat bagaimana negara Palestin telah merosot sejak tahun 1917.


Jika grafik di atas terlalu besar untuk dipaparkan, sila ke laman ini : KLIK DI SINI.


Tidakkah anda perasan, bahawa sejak tahun 1917 sehingga 1947 penguasaan penaklukan Israel di tanah Palestin adalah begitu drastik sekali? Ini bermakna jika dihitung secara kasar, Israel hanya mengambil masa 30 tahun untuk menguasai hampir 65% tanah bumi Palestin!

Grafik di bawah ini pula adalah ringkasan sejarah Perang Enam Hari (atau Six Days War) yang berlaku pada tahun 1967.




Sila perhatikan lingkungan penguasaan tanah yang dimiliki oleh Palestin sekarang. Kini dianggarkan tidak sampai 30% pun bumi Palestin dimiliki oleh orang Palestin itu sendiri!

Subhanallah.

Namun apakan daya, negara-negara Israel disokong penuh dan kuat oleh sekutunya; Amerika dan Iran. Bahkan, negara Arab sendiri hanya mampu melepaskan tangan. Bantuan kemanusiaan dihantar, askar pengaman dihantar, perbincangan dua hala telah dibuat namun sehingga kini bumi Palestin dan rakyat peribuminya tidak pernah kenal erti aman dan kemerdekaan! Malahan, PBB sendiri hanya menjadi 'bola tendangan' dan 'patung' kepada dunia semata-mata!

Sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan, keselamatan, dan keamanan saudara seagama kita di Palestin.

Friday, October 14, 2011

Total BlackOut : Game Show Yang Kelakar!


Salam.

Mesti ramai antara kita yang tak tahu dan tak pernah tengok rancangan TV yang bertajuk 'Total Blackout' ni kan? Memang. Sebab rancangan TV ini hanya disiarkan di televisyen Denmark dan YouTube sahaja. Ia merupakan salah satu rancangan siaran yang berkonsepkan Game Show di mana dalam game tersebut menguji beberapa perserta meneka, menyentuh, berjalan limbo, menyelam, dan sebagainya di dalam gelap!

Antara cabaran yang amat melucukan di dalam banyak-banyak cabaran game show ini adalah di mana peserta perlu meneka benda dengan menggunakan indera bau. Peserta dikehendaki masuk ke dalam sebuah bilik gelap, yang secara total tidak nampak apa-apa (seperti buta), dan menuju ke beberapa buah kotak yang disediakan lalu membuka satu pintu kecil antara kotak-kotak tersebut. Kemudian, peserta dikehendaki menghidu dari lubang pintu tersebut dan menekanya dengan betul.

Jom kita saksikan game show yang teramat kelakar dan menghiburkan ini.


Kahkahkah! Sampai termuntah-muntah! *Sakit perut tahan gelak!*

Selain dari peserta di atas tadi, peserta ini pun melucukan! Jom saksikan.


Hahahahahahahaha!!!

Jangan kata lelaki aje yang menyertai game show ni ye. Perempuan pun ada beb!


Walaupun agak 'menjijikkan', namun bagi aku game show begini memang menghiburkan. Untuk ditayang di dalam negara kita? Oh, tidak. Amat tidak sesuai! Hehe.

Anda boleh menonton game show ini di YouTube dengan mencari kata kunci 'total blackout'. Confirm anda tergelak-gelak separuh mati menonton video-video game show ini. Haha!

Wednesday, October 12, 2011

6 Tahun Ariel Sharon Terlantar Seperti Mayat Hidup!

Ariel Sharon admitted hospital

Salam.

Pasti ramai di antara kita yang kenal dengan nama Ariel Sharon. Siapakah beliau? Beliaulah bekas Perdana Menteri Israel yang disifatkan manusia paling kejam pada abad ini. Sepanjang pemerintahan beliau, sudah hampir 4 billion umat Islam di Palestin terbunuh, termasuk golongan wanita dan kanak-kanak. Ya. 4 billion! Kini beliau dikatakan sakit tenat di sebuah hospital di Israel.

Ini fakta yang dipetik dari Facebook:

Semua kita tahu mengenai cerita Kamal Artaturk yg mati secara terhina sehingga bumi tidak menerimanya. Namun manusia terus berani menentang Allah. Terbaru Allah buktikan kekuasaannya seperti berlaku di zaman Firaun dan Qarun yg mana kedua mereka mati dlm keaiban. Ariel Sharon telah byk merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yg mengalir kerana kezalimannya dulu. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun koma. Sehinggakan media di seluruh dunia malu untuk menerbitkan gambar keadaannya. Kini Ariel Sharon yg berusia 82 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yg merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga 90 tahun. Dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem dan kemudian di Chaim Sherba Medical Center. Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yg membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain. Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk. Subhanallah.

Di bawah ini adalah imej di mana beliau sedang bertarung nyawa di hospital tersebut.


Ini pula petikan dari Majalah Qiblati, vol.01/no. 09/Mei-Juni 2006 terbitan Jeddah, KSA:

Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadassah telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi) ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan.

Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain. Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata’ala dan musuh islam yang gemar menumpahkan darah.

Penyumbatan yang terjadi di otaknya menyebabkan kerosakan seluruh tubuh. Ini sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad Shalallahu alaihi wassalam yang berlangsung terus menerus siang dan malam.  Akhirnya ia menderita  kelumpuhan di seluruh tubuhnya dan tidak mampu menggerakkannya walaupun hanya  menggerakkan mata.

Dialah yang memimpin para tentera untuk menyerang Sinai dan Lebanon. Ia juga yang menyembelih para tawanan Mesir!

"Saat ini dia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui sekelilingnya."

Akhirnya Allah Subhanahu Wata’ala memperlihatkan kepada kita keadaan thaghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah Subhanahu Wata’ala yang agung, iaitu membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup. Demikianlah, mereka (para doktor) akan mengamputasi anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedangkan ia masih hidup.


Benarlah firman Allah SubhanahuWata’ala : 

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Qur’an itu benar" (Fushilat:53)

Difahamkan, perdana menteri Israel yang ke-11 ini pertama kali diserang penyakit strok pada 18 Desember 2005. Walaupun Ariel Sharon selepas itu dikeluarkan dari hospital, beliau sekali lagi dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana diserang strok buat kali kedua pada 4 Januari 2006. Sejak tarikh itu sehingga kini, beliau tidak sedarkan diri, seterusnya beliau kini tidak ubah seperti mayat hidup yang terlantar! Ariel Sharon hanya menunggu masa untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir. Baca secara terperinci DI SINI.

Anda juga boleh baca di blog Belalang Hijau Perisik. Klik DI SINI.

Begitu hebat balasan dan azab yang diturunkan oleh Allh swt kepada pemimpin yang kejam di atas muka bumi ini.

Aduka: Padan muka kau Sharon! Neraka jahannam la tempat kau!

Laman Sosial Dr Rozmey Sudah Dilancarkan! Anda Sudah Daftar?

dRBook.biz - Laman sosial Dr Rozmey

Salam.

"Wow! Boleh tahan!"

Itulah ungkapan yang terintas di dalam hati aku buat pertama kali aku singgah di laman sosial yang kononnya milik Dr Rozmey, Herba Prima Marketing. Anda kenal? Mustahil anda tidak kenal. Nama beliau cukup gah dan selalu menjadi bahan ejekan suatu masa dahulu.

Yalah. Kontroversi filemnya tu la. Aku pernah membuat artikel pasal beliau. Klik DI SINI untuk membaca.

Kesian. Memang ramai orang tidak suka dengan cara beliau yang 'bersifat' berlagak. Tapi walau apapun orang kata, aku memandang beliau dari sudut yang berbeza. Aku bangga dengan beliau yang mana anak tempatan yang berjaya menempa nama mencipta produk kesihatan yang memberi seribu kebaikan kepada pengguna. Anak Melayu pula tu. Tak bangga ke?

Dahulu, beliau menimbulkan beberapa kontroversi yang menyebabkan ramai orang tidak suka dengan beliau, termasuk kebanyakan wartawan media cetak dan hiburan. Selain dari filem yang bertajuk '2 Alam', kontroversi selanjutnya yang cuba ditimbulkan oleh beliau adalah kewujudan laman sosial yang dijangka menandingi Facebook!

Pada awalnya, aku ketawa. Serius aku ketawa. Jadi aku ke alamat laman sosial tersebut. Kalau tidak silap, laman pertama yang didaftar adalah dengan menggunakan URL www.drbook.com. Waktu itu, terdapat satu tarikh pelancaran laman sosial tersebut berupa 'countdown clock'. Namun, menjelang tarikh tersebut dan hari-hari berikutnya, laman sosial tersebut tidak juga dilancarkan. Langsung ramai orang bercakap-cakap di Facebook bahawa Dr Rozmey hanya mengarut dan berangan-angan Mat Jenin semata-mata. Ada juga yang mengatakan beliau sebagai 'orang gila'.

Realitinya sekarang, laman sosial tersebut akhirnya wujud. Aku tidak tahu bila sebenarnya laman sosial beliau ini dilancarkan. Sedar-sedar, dah wujud dah pun! Dan kini jumlah pengguna laman sosial beliau itu telah mencecah 1,600 orang! Hmmm.. Not bad la kan? Hehe.

Apa URL laman sosial beliau tu?

Jika anda berminat, anda boleh ke URL ini dan selanjutnya daftar satu akaun: www.dRBook.biz

Rasakan kelainnya sendiri!

Saturday, October 08, 2011

Komik : Berhati-hati Ketika Berjalan


*Poo = tahi





Friday, October 07, 2011

Nasi Lemak 2.0 (2011) PPVRip : Download Link


Sinopsis

Chef Huang (Wee Meng Chee) berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun, bertentangan dengan masakan yang kurang popular, dia dikenali sebagai 'Hero Huang' di kawasan kejiranannya. Cef Huang akan membantu komunitinya sehinggalah dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkannya terjebak dalam masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaan restorannya. Cef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja kedai wanita penuh misteri (Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya.

Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu ramai 'hero tempatan' yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam 'nasi lemak'.

Trailer



Download Link : Nasi Lemak 2.0 PPVRip AVI 700MB

MediaFire
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

(Single Link)
WUpload

Download problem? Klik DI SINI (klik!)

Sudah selesai download, macam mana mahu tengok? (Untuk by part SAHAJA. Untuk single link, anda terus boleh menonton setelah selesai download) Anda perlu download semua part. Contohnya untuk format .avi; download hanya semua part .avi sahaja. Jika file extension mempunyai nombor (.001), anda perlu menggunakan software HJSplit untuk menonton. Anda boleh baca cara-cara dan download software tersebut DI SINI (klik!)

Selamat menonton!
 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger