Ads: (Please Click!)

Wednesday, March 23, 2011

Tuala Yang Selesa Adalah Tuala...


Ini Tuala
Kisah ini terjadi ketika aku menyertai kem jati diri dan kepimpinan anjuran pihak kolej aku pada awal tahun 2006. Kem tersebut dibuat di salah satu tempat berlokasi di Kuantan, Pahang. Kem tersebut dijalankan selama 3 hari. Kalau tidak silap, kisah ini terjadi pada hari yang kedua.

READ MORE / LESS >>

Kem yang aku sertai ni ala-ala tentera sikit. Banyak aktiviti dan latihan kepimpinan berbentuk 'keras' dan 'tegas'. Disiplin dan ketahanan diri sewaktu dalam kem, amat-amat penting sekali. Tak kira korang lembik ke tak tahan tekanan ke, korang terpaksa buat beb. Tak buat, korang kena buat gak walau macam mana sekalipun! Yelah. Sebut ala tentera, arahan 'paksaan' tu standard la kan.

Hari pertama, disuruhnya kami merangkak dalam lumpur. Merangkak leeeerrr kami ramai-ramai dalam lumpur. Disuruhnya kami mandi dengan air longkang (nama aje longkang tapi macam air sungai yang keruh aje). Mandi leeeeerrr kami ramai-ramai dalam longkang. Disuruhnya kami push-up 50 kali. Yang ni naya. Berketar lengan aku tahan. Push-up juga leeerrrr kami ramai-ramai. Yang tak tahannya, siap tentera tu suruh kami down and stop. Yang suruh down separuh kemudian stop pun ada beb. Yang tak tahan (biasanya pompuan ler..), siap nangis nangis lagi! Kesian. Boleh dikatakan, semua benda berbentuk 'seksaan' dari tentera kami buat. Tak pernah membantah. Merungut dan memaki hamun secara senyap-senyap tu biasalah kan. Sebab tak tahan aje sebenarnya. Haha.

Menghala ke petang, ada aktiviti jungle trekking. Wah wah. Yang ni paling aku suka beb. Masuk hutan la katakan. Memang aku suka. Meranduk sungai. Panjat halangan bertali. Lompat dari kayu sani ke kayu belah sana. Yang jatuh tergolek dalam sungai pun ada. Cari bendera tersembunyi dalam sungai. Fuuuhhh..! Macam-macam lagilah. Best sangat-sangat. Aktiviti jungle trekking adalah last aktiviti untuk hari tu. Maknanya, keluar saja dari hutan kami perlu balik ke khemah masing-masing.

Habis saja jungle trekking, macam biasa kami perlu membersihkan diri untuk bersolat, makan dan bersedia untuk aktiviti di sebelah malamnya pula. Mandi pun perlu ala-ala tentera. Cepat, dan masa perlu sharp tiba di surau. Kalau tak, lepas solat Maghrib pasti kena denda. Denda plak teruk beb!

Aku pergi mandi seperti biasa. Cepat dan gopoh. Sental-sental kat mana bahagian yang perlu sental. Setting masa baeeeekkk punye. 10 minit, cukup! Lepas tu pulang ke khemah, pakai baju Melayu lengkap, terus ke surau.

Sewaktu tiba di khemah, aku perasan yang kawan aku seorang ni belum mandi. Aku pun menegur dia dan bertanya; kenapa dia belum bersihkan diri. Aku memberitahu kepadanya, aku tak mahu satu khemah kena denda oleh sebab dia seorang hadir lewat ke surau. Naya!

Kawan: "Tuala aku.."
Aku: "Haaa tuala kau. Kenapa?"

Kawan: "Semalam kan kita berlumpur sakan tengah-tengah padang sana. Habis la aku punya tuala kotor dengan lumpur."
Aku: "Yang kau lap badan kau dengan tuala tu kenapa? Kau ni sengal la!"

Kawan: "Aku sangka aku bawak 2 helai tuala. Memang biasa-biasa aku pergi kem aku bawak 2 helai tuala."
Aku: "Habis tu? Mana lagi satu?"

Kawan: "Ntah! Tertinggal kot!"
Aku: "Hah molek sangat la tu. Kau guna je daun pisang kat dalam hutan ni. Lap badan kau tu!"

Kawan: "Pinjam ko punya tuala la bro."
Aku: "Tuala aku? Habis, aku nak pakai tuala ape?"

Kawan: "Ko niii.. pinjam sekejap aje laaa.."
Aku: "Yelah yelah. Nah tuala! Sorry la lembap dan berbau sikit.. Seminggu tak basuh.."

Kawan: "Hah??? Seminggu tak basuh???"

Sambil memegang tuala aku dengan cubitan hujung jarinya dan memandang dengan muka yang tak selesa. Jijik bebenor agaknya tengok tuala aku tu! Hampeh.

Aku: "Kenapa? Tak selesa?"

Kawan: *Diam*
Aku: "Kalau kau nak tuala yang selesa, kau pakai CAREFREE ajelah! Tuala aku, kau sidai kat penyidai.."

Nak tak nak, terpaksalah kawan aku tu guna juga tuala aku yang dah berbau lagi lembap tu.

Malamnya selepas habis semua aktiviti, kami kembali ke khemah sebab mahu beradu awal dan bersedia untuk aktiviti keesokkan harinya pula. Kesian aku tengok kawan aku tadi tu. Asyik meggaru belakang badan dan dekat ketiak. Selang beberapa saat, garu lagi. Macam tak lena manalah dia tidur malam tu. Nak kata nyamuk, takde pun nyamuk dalam khemah kami. Huhu. Kesian, kesian..

Waktu tu CAREFREE la popular sebab selesa beb! Tu pun kawan pompuan aku yang cakap la.. Sekarang Libresse! Aaaawwwwwww YUNA! Libresse! BESAR PUNYEEEE..!

Yuna LibresseYuna: "Gunalah LIBRESSE! Selesa.. lebar.. dan.. BESAAARRRR..! Tadaaaaa..!"


PERHATIAN! Aktiviti PLAGIAT (copy & paste) sesuatu artikel tanpa pengetahuan dan kebenaran penulis adalah satu aktiviti/perbuatan yang TIDAK BERMORAL!

Ads: (Please Click!)
Comments
4 Comments


4 Orang Kentut Madu:

Fazli said... [Reply]

hahaha... kelakar. kalau saya memang tak jadi pinjamlah tuala tak basuh seminggu. kalau tak bgtau takpe.

Aisumi Chan Kawa'i said... [Reply]

hahahaa.. ok.. SETUJU! yang tu memang selesa.. towel biasanya xkasik pinjam dan xpinjam org kecuali terdesak sngt :P

lalink7 said... [Reply]

aku dah agak mesti nak ade kaitan dengan tuala wanita..hahaha

kotex tetap di hati..

madammondoq said... [Reply]

salam..

haha..good information..
salam singgah ke blog saya juga..
TQ..

Post a Comment

Ruang komen telah di-set sebagai 'dofollow'. Sila tinggalkan URL blog anda dengan cara yang bijak. Baca DI SINI untuk mempelajari SEO mengenai 'dofollow' link.

Kepada ANONYMOUS, sila tinggalkan link dengan cara yang bermoral sedikit.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ini dan menurunkan komen anda.

 

Blog Aduka Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger