Maaf. Ini cerita lama. Aku menulis setelah sekian lama memendam cerita ini di dalam telefon bimbitku. Baru semalam aku terfikir untuk mencipta artikel ini untuk tatapan umum. Nyata, artikel ini adalah pandangan aku saja. Tidak lebih. Malah aku tidak mahu menggembarkan perkara ini. Sama-sama fikir saja.
15 Ogos 2009.
Stadium Negeri, Terengganu.
Cuaca terik. Aku dan beberapa orang kawanku, Along, pikulbeban, Awie dan isterinya, berjalan memasuki dewan besar itu. Aku melangkah memasuki dewan melalui pintu pertama. Seraya masuk, aku melihat penuh deretan susunan kerusi pelbagai warna. Putih, kuning, merah, hijau, hitam. Jujuk seperti deret tentera berbaris. Aku dan kawanku mengambil tempat di baris tiga dari belakang. Keringat sedikit membasahi baju kemeja hitam lengan panjangku. Aku duduk dan mengibas-ngibas dengan tangan kecilku. Mujurlah. Halwa dingin penyaman udara memberi keselesaan kepada aku.
Klik sini untuk meneruskan bacaan..

Aku berbual-bual sebentar dengan rakanku. Mataku liar memandang kepada orang-orang yang hadir. Sedikit bilangannya. Rata-rata usia belia. Ya, sememangnya, majlis tersebut khususnya untuk belia. "Inilah kali pertama aku masuk dewan ni!" kata aku. Kawan aku hanya diam. Matanya melilau sekeliling.
Beberapa minit berselang, dewan mula penuh. Aku lihat ada juga yang berpakaian seragam. Entah dari badan belia apa. Aku tidak tahu. Yang aku dapat pastikan seragam putih dan mempunyai logo kesihatan. Aku yakin ia menyamai Persatuan Bulan Sabit Merah. Cuma nama dan logo saja berbeda. Aku tidak pernah lihat. Aku mengalih pandangan ke pintu utama dewan. Segerombolan belia wanita memasuki dewan. Berjilbab labuh dan berpakaian seragam sekolah. Diikuti sekumpulan belia lelaki muda berpakaian besar, berambut ala kartun. Eh, siapa mereka?
Di belakang, aku menoleh. Belia berambut ala kartun tadi berkumpul di situ. Pakaian mereka sama, tapi bukan pakaian seragam. Berbaju T, seluar jeans besar, berkasut lusuh. Ibarat belia jalanan. Aku menoleh ke depan. Beberapa ketika aku menoleh ke belakang kembali. Aku mendengar derap kaki. Rancak. Kawan-kawan aku turut menoleh. Belia remaja tadi rupa-rupanya sedang menari. Shuffle, agaknya.
"Shuffle?" tanya aku. "Ya kot! Menarik!" balas pikulbeban. Aku lihat aksi mereka. Terkinja-kinja seperti monyet. Namun langkah tari agak menarik. Tambah pula mereka menari berduet. Berdua. Langkah cukup sama. Sayangnya, jika disertai lagu rancak, mungkin lebih menarik! 'Persembahan percuma' hanya sementara. Sepuluh minit, mereka berhenti menari. Dibenakku berfikir, mungkin kakinya panas sebab geselan kaki di lantai. Mungkin mereka penat sebab terkinja-kinja mengalahkan monyet mendapat pisang. Atau mungkin juga mereka sudah bosan menari seperti itu. Haha.. entahlah.
Aku memandang sekeliling. Dewan mulai riuh. Kelihatan beberapa orang mengedar sesuatu berbentuk bulat dan leper. Lelaki cina menghulur kepadaku. "Apa ini?" tanyaku. "Badge 1Malaysia!" balasnya. Selepas mengucapkan terima kasih, dia beredar ke belakang pula untuk mengedar kepada hadirin yang duduk di belakang. Aku menilik badge tersebut. Ya, memang tertera logo 1Malaysia. Bendera Malaysia besar, dan tidak jelik, bangunan Petronas pun ada. Aku langsung tidak memakainya. Takut-takut bisa merosakkan baju aku. Aku letak di dalam beg plastik.
"Latip, tengok ni," sapa pikulbeban. Dia menunding jari telunjuk ke kasutnya. Aku lihat badge tersebut dipakaikan dikasutnya.
"Apsal kau pakai kat situ?" tanyaku.
"1BlackMalaysia!" lanjutnya seraya ketawa. Aku tersengih saja. Ada-ada saja kawanku ini.
"Kau tak pakai?"
"Tak."
"Apsal? Kita kan sokong 1BlackMalaysia," kata pikulbeban, gurau. Dia ketawa kecil.
"Kalau aku letak kat situ, rosak la kasut mahal aku ni!" kata aku terus ketawa.
Tiba-tiba paluan muzik berkumandang. Aku lihat lelaki bertopi dan berjaket coklat berdiri di atas pentas. Dia menyanyikan lagu dalam loghat Kelantan. Aku terkesima sebentar. Entah lagu apa yang dinyanyikan. Aku tidak tahu. Aku menepuk dahi dan tunduk. Aku menyeret badanku ke depan. Lagu Kelantan sememangnya aku tidak gemari. Walaupun bibit liriknya aku faham. Lebih-lebih lagi jika lagu itu lagu ciplak!
"Ah, sudah..! Ni dari mana plak 'mat barat' (biasanya orang Terengganu memanggil orang Kelantan 'mat/minah barat') datang ni?!" keluh aku. Sememangnya aku tidak gemari. Aku memaki dalam hati.
Selesai satu lagu, lelaki itu cuba menghiburkan hadirin dengan celoteh kosong. Membosankan. Dia cuba melawak. Hanya hadirin depan dekat dengan pentasnya saja yang ketawa. Seterusnya, dia menyanyi lagu yang cukup popular. "Terengganu Kita" oleh kumpulan Iklim tidak lama dulu. Tapi ikhlas aku kata, nyanyiannya cukup teruk! Kukira jika Saleem Iklim menonton pada waktu itu, tentunya dia ketawa terbahak-bahak. Tentu juga dia marah kerana lagunya 'diperbodohkan' sebegitu rupa. Tentu juga dia keluar dewan kerana menyampah!
Selepas syok lelaki itu menyanyi, terus dia membuat pengumuman akan ketibaan menteri besar Terengganu. Tidak lain tidak bukan, YAB Dato' Ahmad bin Said. Beliau masuk dewan. Kami semua berdiri tanda hormat. Selangkahnya dia memasuki dewan, iringan muzik 1Malaysia berdendang rancak. Beliau diiringi beberapa orang perempuan melayu muda jelita bak puteri. Pakaian mereka berwarna kuning dengan hiasan manik-manik yang berkilau. Cantik sekali. Walaupun aku berdiri berjarak jauh, aku lihat jelas. Dato' Ahmad tersengih sambil bersalam-salaman. Seterusnya, lagu Negaraku dinyanyikan.
Aku kira setelah menyanyi, Dato' akan berucap. Namun, tidak. Persembahan demi persembahan berakar hiburan dipertontonkan. Aku tertarik apabila pengerusi majlis mempersilakan kumpulan belia naik ke pentas. Kurang jelas nama kumpulan tersebut. Nah. 5 orang remaja berdiri di atas pentas. Belia lelaki tersebut gaya lagaknya tidak ubah seperti belia berambut ala kartun yang aku lihat sebentar tadi. Muzik ala disko dimainkan. Belia tadi serentak terkinja-kinja di atas pentas disaksikan ratusan, mungkin ribuan, penonton yang hadir.
"Break dance?" tanyaku.
"Taklah! Shuffle! Inilah shuffle!" kata kawanku. Aku mengangguk. "Ini la team budak-budak kat belakang tadi. Diorang buat persembahan untuk Dato' kita tentang lifestyle belia kita," terang kawanku. Aku mengangguk lagi. Rata-rata ramai hadirin tertarik dengan persembahan 'belia terkinja-kinja' itu tadi. Mereka memberi tempukan berat dan riuh. Satu dewan gemuruh.
Seterusnya, aku tertarik dengan sepasang lelaki dan wanita di atas pentas. Pergerakannya seolah agak lambat. Lelaki itu botak berkaca mata hitam. Dia duduk tepat di hadapan sebuah piano elektronik.
"Orang OKU. Buta. Diorang ni tokoh belia Terengganu," kata kawanku, Awie. Aku tersentak. Tokoh belia? Awie mengiakan persoalan yang bermain difikiran aku. Dia tersenyum. Lantas kami melihat persembahan mereka. Masya Allah. Suara perempuan itu (kukira isteri si lelaki botak) persis Misha Omar dan Siti Nurhaliza! Aku kagum. Hadirin sedewan memberi tempukan galak seraya dengan jeritan 'wo'. Suara lelaki botak itu pula persis suara Saleem Iklim. Hadirin makin galak. Aku mencuit bahu pikulbeban lantas aku berkata, "Bosan. Jom keluar. Aku rimas."
Kami bertiga; aku, Along, dan pikulbeban berjalan keluar. Awie dan isteri, bersama ibunya tinggal di dalam dewan. Sebentar nanti Awie akan menerima anugerah kecemerlangannya. Dia tidak dapat ke mana-mana kecuali duduk di dalam dewan tersebut. Kami terus pergi ke masjid. Aku menunaikan solat Asar secara jamak ta'khir. Selepas itu, aku baring sebentar. Penat perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu sedikit terasa. Tambahan cuaca pada hari itu panas terik sekali. Jika bukan majlis rasmi dan penting, kami tidak akan ke mana-mana. Awie terlibat dalam majlis itu. Dia memenangi anugerah tokoh usahawan belia terbaik peringkat negeri. Selaku kawan, aku sedikit berbangga dengan apa yang dia usahakan selama ini.
Tidak sampai 5 minit aku berbaring, aku menerima SMS dari Awie.
"Temankan aku sorang. Amik hadiah."
Lantas aku bangkit dan mengejutkan dua orang kawanku yang telah lena di suatu sudut di dalam masjid. Kami bergegas ke dewan. Masuknya kami ke dalam dewan, kelihatan majlis masih mengumumkan beberapa pemenang anugerah belia.
"Awie dah lepas? Dah dapat anugerah?" tanya aku kepada Kak Eza, isteri Awie.
"Sudah. Korang lah entah pergi ke mana. Ponteng ek," rungut Kak Eza dalam loghat Johor. Aku tersengeh lantas beralasan, "Kami ke masjid. Sembahyang." Kak Eza mengangguk.
Dalam perjalanan pulang, benakku asyik berputar fasal majlis tadi. Antaranya; pertama, tentang tokoh belia - pasangan OKU itu. Keduanya, fasal shuffle. Ketiganya, ahli jemputan. Ketiganya, aturcara majlis.
Sesungguhnya aku sudah lama tidak menghadiri majlis rasmi sebegini. Dihadiri orang-orang ternama. Dan orang terpenting. Terakhir adalah pada 3 tahun yang lepas di Kota Bharu, Kelantan. Majlis dihadiri oleh Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra.
Yang menarik adalah yang ini...

Diucapi oleh beliau...

..dan, ini yang dapat aku 'rembat' dari beliau...

**********

Comments
2 Responses to “Majlis 'terkini'..”
Post Comments (Atom)
Post a Comment |
ayat yg semut itam tu mmg menarek ;)
August 30, 2009 12:59 AMchipsmore:
August 30, 2009 6:30 PMhehehe.. mmg mnarik pn..
=)
Post a Comment