Loading...
Insanity vs Stupidity: Lelaki alien

Lelaki alien

Thursday, April 30, 2009

di dalam kelas, Baby hanya termenung.. sesekali rakan meja sebelahnya, Micha, menjeling sambil menulis nota yang diberikan oleh pensyarah di depan.. sebenarnya sudah beberapa hari Micha melihat Baby bersikap demikian.. asyik termenung.. masa rehat pun hanya duduk di dalam kelas.. makan tengahari entah ke mana.. oleh sebab peperiksaan hampir tiba, Micha agak risau..

"hey, Baby.. kenapa kau ni? sejak kebelakangan ni aku tengok kau termenung saja.. ada masalah?", tanya Micha dalam nada yang perlahan.. berbisik.. Baby hanya mengangkat bahu.. mukanya monyok saja..

"hei, you there! what are you doing? did you write down this note or not?"

bingkas Baby bangkit.. Micha pun begitu, terus mengadap muka ke depan dan sambung menulis nota..

"excuse us, Madam Suzy!", balas Micha..

"psst! kat hostel la aku cerita..", bisik Baby.. Micha hanya mengangguk..

Klik spoiler ini untuk meneruskan bacaan..

**********

balik saja di hostel, Baby dan Micha duduk bersama di atas katil Baby..

"Baby.. ceritalah kat aku.. kau ade masalah ke? risau la aku tengok kau.. kita kan kawan.. lagipun kau kan room mate aku..", pujuk Micha..

"sebenarnya.. aku gaduh dengan laki aku..", kata Baby..

"hah? laki?", Micha terkejut..

"laki aku.. maksudnya boyfriend aku la.. pakwe aku! kau ni.."

"fasal apa?"

"begini.. sebelum ni, dia selalu je call aku, SMS aku, keep-in-touch dengan aku tau.. at least satu hari for sure dia call aku, ambil berat pasal aku.. caring sangat.. tapi.."

"tapi apa, Baby?"

"sejak kebelakangan ini, dia macam sudah berubah.. jarang sangat call aku..", lanjut Baby..

"ala kau ni Baby.. mungkin dia sibuk kerja kot..", balas Micha..

"aku tak kisah pasal tu.. lagipun tu bukan alasan untuk dia langsung tak berhubung dengan aku.. dulu dia sibuk kerja juga.. malam-malam okay je dia tetap call aku.. hm.. mungkinkah dia jemu dengan aku?"

"kau tak siasat ke perkara ni? tak tanya dia?", soal Micha..

"aku bukan tak mahu tanya.. tapi.. kau faham-fahamlah.. lelaki.. kalau benar belah mereka, sanggup bersumpah atas nama tuhan! kalau perkara yang palsu, macam-macam alasan diberinya.."

"dia kan pakwe kau.. kau tak percayakan dia ke?"

"aku bukan tak mahu percaya, Micha.. percaya.. tapi bukan 100%, tahu? dia bukannya suami aku lagi!", tegas Baby bersungguh.. "cuma aku syak pada dia.."

"syak? kau syak apa pada dia? dia ada perempuan lain?", tanya Micha.. Baby tidak menjawab.. sebaliknya dia hanya mengangguk perlahan.. dia memejamkan mata seketika..

"benarkah?!", soal Micha..

"baru-baru ini, aku ke bandar.. kebetulan aku terserempak dia dengan perempuan yang aku tak kenal.. mereka sedang lunch.. mula-mula menyirap juga darah aku.. tapi nasib baik aku masih waras.. aku buat-buat tak nampak walaupun jantung aku dah berdegup kencang.. aku betul-betul tahan marah dan sabar.."

"eh? kau buat tak tahu saja ke?"

"ye la.. takkan aku nak serang mereka.. ramai orang kat situ..", jawab Baby, lantas dia menyambung, "bila aku pulang ke rumah, aku terus call dia.. tergagap-gagap dia jawab soalan-soalan pedas aku, tahu? then, selepas itu la kami gaduh.. dan memang aku syak perempuan tu girlfriend baru dia!"

"eh, Baby.. tak baik tuduh-tuduh tanpa usul periksa..", nasihat Micha..

"tuduh? tidak, Micha.. aku nampak dengan mata kepala aku sendiri.. mereka saling berpegangan tangan! sebab tu darah aku menyirap satu badan!"

"oh, ye ke?".. Micha menggeleng-gelengkan kepalanya.. mereka terdiam.. Baby membaringkan badannya di atas katil.. dia merenung ke siling.. Micha memandang Baby dengan mata yang simpati.. dia tidak sanggup melihat kawannya yang sedulunya riang, kini muram.. dia mesti memujuk rakannya itu untuk kembali ceria seperti sediakala.. ya, dia mesti!

"sudahlah, Baby.. kita tengok je sejauh mana dia boleh pergi.. kalau dia boleh 'curang' dengan kau, kau pun boleh lakukan!", hasut Micha..

Baby memandang tepat wajah Micha seraya berkata, "aku tak mahu bermain kotor macam tu, Micha.. aku sayang dia.. aku tak patut lakukan perkara yang sama.. aku tak suka berdendam.."

"habis? takkan kau nak biarkan saja.. tadi kau juga cakap kau sakit hati..", tegas Micha.. Baby hanya terdiam..

"lelaki ni, kau tak boleh bagi muka sangat! nanti naik lemak!".. mereka sama-sama terdiam..

seketika kemudian, Baby bersuara, "lelaki.. kenapa ya, kebanyakkan cerita loving couple yang aku dengar, lelaki mesti spoil.. kebanyakkan kesnya, lelaki mesti cari perempuan lain.. selalu 'curang'.. apa yang mereka nak agaknya? kepuasan? nafsu? kasih sayang? apa.. tak cukupkah kasih sayang yang orang perempuan bagi?"

persoalan Baby, membuatkan Micha termenung.. dia berfikir..

"aku pun tak faham lelaki ni.. aku pun macam tu, Baby.. tu ha, pakwe aku.. dah bertahun-tahun kami couple.. kadang-kadang aku sendiri tak faham dengan perangai dia, tahu? lelaki ni pelik, bukan? macam alien..!", kata Micha.. dia ketawa..

"alien? kenapa kau cakap macam tu?", soal Baby sambil ketawa kecil..

"ye lah.. bermisteri.. pelik..!", kata Micha sambil ketawa.. Baby juga begitu..

"sudahlah, Baby.. buat apa kau layan 'alien' tu! baik kau enjoy.. kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum, tahu?"

"betul kata kau, Micha.. jadi?"

"jadi.. esok last untuk minggu ni kita ada kelas, bukan?.. so, apa kata hari minggu kita pergi enjoy kat KLCC..! nak?", saran Micha.. dia mengangkat tangan lantas mengenyit mata kepada Baby..

"nak! wah..! sudah lama kita tidak berseronok, bukan? tak sabar!", kata Baby sambil bangkit.. dia kelihatan sungguh bersemangat.. Micha hanya tersenyum.. dia gembira melihat rakan sebiliknya kembali ceria.. kembali bersemangat.. misinya sudah berjaya.. berjaya mengalihkan pemikiran rakannya itu daripada berfikir kepada 'alien yang pelik'..

"Micha.."

"ya?"

"thanks.."

"sebab?"

"kau beri semangat untuk ku.. daripada berfikir fasal 'alien' tu lagi!"

Micha tersenyum.. "tiada masalah! sebenarnya tiada apa-apa sangat pun.. biarkan saja 'alien' tu bergalak dulu.. time susah, dia akan cari kau balik! jangan risau.. begitulah perangai 'alien'!"

Baby mengangguk perlahan..

Comments

9 Responses to “Lelaki alien”
Post a Comment | Post Comments (Atom)

CaPiQa said...

harap2 alien yang mengarang entri ini x seperti yang diceritakan.. *wink2*

April 30, 2009 2:16 AM
LiLacFlA said...

lama x singgah sini.

hurm kadang2 lelaki memang alien.

he have things that people might be dying for, but he is still not satisfied?
then he do something stupid and that cause him a price of losing all the precious things that he once owned, leaving him to regret and cry for the past?

hurm...

April 30, 2009 4:20 AM
hasni said...

erm
stuju2
alien btl la alien pelik ni

April 30, 2009 9:08 AM
ani said...

morning cik aduka...sbb dah lama x komen kat sini kan, so sy tag cik aduka.....jgn malas2 =D

April 30, 2009 9:09 AM
cikeYda said...

hahahahahahhahahah~!~!~


ni ceta mmg masuk akal..
well lelaki is alien??? ei jgn la..
lelaki2 masi ada yg ensem.. cuma kuat sgt berahsia n main blkg nya..
hhhehehehe

April 30, 2009 9:18 AM
Monkey D Luffy said...

bagus entri ni

i like!

April 30, 2009 9:59 PM

capiwa: amboi2.. hulur kaki kang..

lila: tu la psl.. lama mghilang.. mana pegi? amboi2.. best ek kata kat org laki.. x smua camtu tau..

hasni: amboi.. suke ek..

ani: tag tu sy pnh jwb.. sori cik ani.. sy skip.. =)

cikeyda: yg brahsia tu mybe betul.. x smua laki jahat tau.. laki ade yg baek.....cam sy! haha..

uncle luppy: ala uncle.. entry ntah pe pe je ni..

psttt..! nantikan episod seterusnya.. =P

April 30, 2009 11:31 PM
♥ sOFIa ♥ said...

waiting for the next episode.

lelaki=alien

lucu :P

May 2, 2009 3:22 AM